CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Jenayah] SR, Wall Street Journal berterusan memfitnah Najib- PANAS! bukti dah keluar

[Copy link]
Post time 23-7-2015 02:13 PM | Show all posts
bit replied at 23-7-2015 11:24 AM
Tak habis timbang kati lagi ke Jibby???

tak abis lagi najib timbang tulur diaaa hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 02:20 PM | Show all posts
kurunsing replied at 23-7-2015 02:13 PM
tak abis lagi najib timbang tulur diaaa hahaha

tgh cari tulur utk timbang
tulur ada kat kak mah

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu loyar najib hantar surat mintak penjelasan dari wsj, depa boh layan. Ni nak timbang hantar surat Napa tak balas surat haritu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 02:32 PM | Show all posts
VladinirPutim replied at 23-7-2015 02:20 PM
tgh cari tulur utk timbang
tulur ada kat kak mah

Dgr cite dah dekat dua minggu duk selongkar rumah cari2... kak mah lupa letak kat mana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 02:44 PM | Show all posts
nour2001 replied at 23-7-2015 02:30 PM
Haritu loyar najib hantar surat mintak penjelasan dari wsj, depa boh layan. Ni nak timbang hantar su ...




ni mungkin loyer najib nak ty 'adakah anda pasti artikel tu benar?'


bila wsj jwb pasti...loyer najib balas lg surat ty plak 'berapa persen anda pasti artikel tu benar?'



tahun depan pun x tentu kena saman


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 02:59 PM | Show all posts
kecimpret replied at 23-7-2015 02:44 PM
ni mungkin loyer najib nak ty 'adakah anda pasti artikel tu benar?'

hihi..berbalas surat nanti..akk saspek kasi tangguh sbb nak kena cari kambing hitam ni....tgk lah sesapa yg jadi mangsa najib ni nanti....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2015 03:15 PM | Show all posts
aku dah malu nak mengaku rakyat Malaysia ... nak berambus pegi tempat lain tak mampu ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 04:28 PM | Show all posts
Up....up...up....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 04:29 PM | Show all posts
Adakah pasukan petugas khas sudah soal siasat PM?

1:21PM - 23 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/305925



Adakah Pasukan Petugas Khas telah mengambil kenyataan dan menyoal siasat Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), soal MP Pandan Rafizi Ramli.

Dalam kenyataannya, Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata Najib adalah individu paling penting dalam keseluruhan siasatan itu.

"Soalan ini juga sudah tentu berlegar di pemikiran rakyat kebanyakannya dan tidak memberi gambaran yang baik kepada kebebasan Pasukan Petugas Khas ini sekiranya individu yang paling penting belum lagi disoalsiasat dan diambil kenyataan," katanya.

Najib adalah pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Pasukan petugas khas itu juga menyiasat dakwaan sejumlah RM2.6juta dana 1MDB disalurkan kepada akaun peribadi Najib.

Selain itu, Rafizi turut membangkitkan isu utama berkaitan skandal 1MDB yang berkait rapat dengan Najib.

Menurutnya, berdasarkan Fasal 117 Memorandum Pertubuhan 1MDB, semua keputusan pelaburan, hutang dan lain-lain yang dibuat oleh syarikat pelaburan itu perlu mendapat kelulusan daripada perdana menteri.

Ini bermakna, katanya, Najib mengetahui urusniaga yang kini dipersoalkan sehingga menyebabkan 1MDB mengumpul hutang lebih RM42 bilion.

Malah, kata Rafizi, wang sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan dari dana 1MDB juga didedahkan disalur ke akaun persendirian Najib.

"Sementara ketua polis negara membuat pelbagai kenyataan untuk menyoal siasat dan menahan pelbagai pihak termasuk saya dan Tony Pua, rakyat masih tertunggu-tunggu bilakah pasukan penyiasat akan mula mengambil kenyataan dan menyoal Najib iaitu individu paling utama dalam skandal 1MDB ini," katanya lagi.   
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 04:38 PM | Show all posts
'Penyiasat 1MDB bertindak kerana gugup'

2:00PM - 23 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/305934



Kempen mempertikaikan siasatan kes 1MDB mendorong pasukan bertindak khas bergegas membuat tindakan dan melakukan tangkapan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Kata Kadir, ada sumber memberitahu tangkapan berkenaan sebahagiannya dibuat kesan kempen dilakukan jentera propaganda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis dalam blognya, bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu berkata, jentera propaganda Najib yang diketuai Datuk Abdul Rahman Dahlan meningkatkan usaha mempertikaikan pengkritik perdana menteri serta menimbulkan keraguan terhadap siasatan - rasmi dan tidak rasmi - 1MDB.

"Pihak terkini yang dibabitkan dalam kempen ini ialah wartawan Sarawak yang kurang dikenali bernama Lester Melanyi dan mengaku mengetahui mengenai pemalsuan dan pengubahsuaian dokumen 1MDB oleh Sarawak Report - dakwaan yang dinafikan mereka," tulis beliau.

Pasukan petugas khas dianggotai pegawai pelbagai agensi - antara lain - menyiasat dawaan penyaluran wang bernilai hampir AS$700 juta ke akaun persendirian Najib.

Ia dilaporkan Sarawak Report dan The Wall Street Journal.

Seorang pengarah syarikat ditahan pada 20 Julai lalu dan seorang lagi - juga pengarah dan bergelar Datuk - diberkas dua hari semalam untuk membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 05:42 PM | Show all posts
Singapura ikrar bertindak terhadap bank langgar undang-undang kes 1MDB

Published: 23 July 2015 3:01 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... ang-undang-kes-1mdb

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini berikrar bertindak tegas terhadap mana-mana bank yang mencabuli undang-undang pembersihan wang haram berhubung akaun-akaun berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Business Times hari ini.

Amaran itu muncul sewaktu polis Singapura membekukan 2 akaun bank yang dikaitkan dengan firma pelaburan sarat hutang Malaysia itu, minggu lalu.

Dua akaun bank dibekukan pada 15 Julai lalu, seminggu selepas bank pusat Singapura berkata ia menghubungi institusi kewangan berkaitan siasatan Malaysia terhadap tuduhan yang berbilion ringgit dari 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut polis Singapura, arahan pembekuan itu sebahagian "siasatan terhadap kemungkinan kesalahan pembersihan wang haram", lapor akhbar sama.

Salah satu daripada bank itu, Falcon Bank, mengesahkan ia sedang memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa itu dalam siasatan mereka.

The Wall Street Journal (WSJ) awal bulan ini melaporkan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion)  dipindahkan dari Falcon Bank di Singapura ke akaun Najib di AmPrivate Bank di Malaysia pada awal 2013.

Menurut Business Times, Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon berkata mereka sedang meneliti pengawasan bank yang mungkin terlibat dalam aliran wang itu.

"Minat utama kami adalah sama ada mereka mematuhi piawaian ketat yang kita jangkakan dari mereka dalam anti-pembersihan wang dan menentang pembiayaan keganasan. Tumpuan kami adalah sama ada mereka melakukan penelitian wajar dan cermat berkaitan aliran ini," beliau dipetik berkata.

Siasatan itu akan meneliti jika bank mematuhi peraturan berkaitan mengenal pasti pelanggan, pengesahan sumber dana, pemantauan akaun dan laporan sebarang urus niaga meragukan.

"Jika mereka didapati cenderung kepada itu, kami akan bertindak secara senyap terhadap mereka. Jika pelanggarannya serius, tindakannya juga akan serius," kata Menon. - 23 Julai, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.h1yuB0RM.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 06:07 PM | Show all posts
"Soalan ini juga sudah tentu berlegar di pemikiran rakyat kebanyakannya dan tidak memberi gambaran yang baik kepada kebebasan Pasukan Petugas Khas ini sekiranya individu yang paling penting belum lagi disoalsiasat dan diambil kenyataan," katanya.


Iyela kan.  Ape punye ke benak penyiasat2 sekalian.  Perampok tercokoh depan mata takmo tanye.  Duk tanye devider jalan, CCTV, lampu isyarat, garisan belang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
TDM....kita tunggu apa mereka berani buat pd TDM.


Bak kata stoner......rakyat perhatikan ajer
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 06:17 PM | Show all posts
EJALTI replied at 23-7-2015 05:42 PM
Singapura ikrar bertindak terhadap bank langgar undang-undang kes 1MDB

Published: 23 July 2015 3 ...

pasrah jek weolssss... uolsssss

kena la hadap negara lain yg menyiasat kes utama akaun jibby ni...

yg mesia nih punya penyiasat dok usung laptop pc segala...ujung2 tak bagi org pi obesi...

buat malu kampeni betoi...

nampak sangat kekampungan tarap labi2....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:13 PM | Show all posts
bila nak saman ni?..nak tunggu habis syawal ker jib?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 09:08 AM | Show all posts
EJALTI replied at 23-7-2015 04:29 PM
Adakah pasukan petugas khas sudah soal siasat PM?

1:21PM - 23 Jul 2015

macam belommmmmm jer...berani ke soal siasat bos sendiri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 09:15 AM | Show all posts
kecimpret replied at 24-7-2015 09:08 AM
macam belommmmmm jer...berani ke soal siasat bos sendiri?

dia siasat guna panggilan telefon je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:22 AM | Show all posts
PAC mahu Kementerian Kewangan panggil Jho Low

Published: 24 July 2015 11:03 AM
http://www.themalaysianinsider.c ... gan-panggil-jho-low



Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho (gambar, kanan) perlu dipanggil sebelum menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 8 September ini untuk menjawab segala persoalan mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Star.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, mereka akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan meminta Low hadir memandangkan kementerian tersebut merupakan pemegang saham utama 1MDB.

"Mereka perlu tahu di mana beliau dan mampu untuk mengesannya," kata Nur Jazlan dipetik sebagai berkata.

Beliau juga berkata bukan masalah PAC kementerian tersebut mengesan ahli perniagaan terbabit yang turut dikenali sebagai Jho Low dan mereka mempunyai sumber.

"Boleh menggunakan polis untuk mengesan mereka," katanya .

Low pada awalnya terlibat dalam Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ditukar kepada 1 MDB dan dinamakan sebagai perunding khas dan tidak rasmi dalam syarikat tersebut.

PAC juga memanggil pengarah Brazen Sky untuk hadir pada 9 September susulan penemuan Ketua Audit Negara dalam laporan interim 1MDB.

Sebanyak RM6.1 bilion dana negara disalurkan kepada Brazen Sky.

Dilaporkan pada bulan lalu, jumlah keseluruhan  iaitu AS$1.103 bilion atau (RM4.059 bilion) dalam 1MDB ditebus daripada dana Brazen Sky di Pulau Cayman dan ia tidak disimpan dalam mata wang dolar AS namun sebagai unit di BSI Bank LTD, Singapura.

1MDB mencetuskan kontroversi kerana hutangnya yang meningkat sebanyak RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun operasinya.

Justeru, syarikat pelaburan itu kini sedang giat melupuskan asetnya iaitu loji penjanaan kuasa dan tanah.

Ia juga kini dalam siasatan pasukan petugas khas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:25 AM | Show all posts
EJALTI replied at 24-7-2015 11:22 AM
PAC mahu Kementerian Kewangan panggil Jho Low

Published: 24 July 2015 11:03 AM

hehe dr puasa aritu kata nak panggil..dah raya pun lum panggil panggil gek.....lol...tunggu raya cina kut...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:26 AM | Show all posts
Kes 1MDB: Seorang lagi ditahan reman

10:51AM - 24 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306016



Seorang pengarah syarikat menjadi individu ketiga yang ditahan reman oleh Pasukan Petugas Khas berhubung siasatan ke atas 1MDB.

Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas individu tersebut.

Individu pertama, seorang pengarah syarikat harta tanah dan pembinaan ditahan pada hari Isnin lalu dan dikenakan perintah tahanan reman pada hari Selasa.

Pada hari Rabu, seorang pengarah urusan syarikat yang mempunyai kaitan dengan SRC International Sdn Bhd turut ditahan reman.

SRC International sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB sebelum diletakkan bawah Kementerian Kewangan.

Pasukan Petugas Khas itu menyiasat dakwaan melibatkan 1MDB, firma pelaburan milik Kementerian Kewangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.143285 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list