CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 4-3-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
KES BAHARU:

P. PINANG (2488) W.P K. LUMPUR (2884) & PUTRAJAYA (135) SARAWAK (1206) KEDAH (3242) PAHANG (1912) SABAH (2717) SELANGOR (8053) JOHOR (1979) PERAK (1713) MELAKA (821) TERENGGANU (993) PERLIS (273) W.P LABUAN (270) KELANTAN (1739)
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 4-3-2022 03:34 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 4 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 4, 2022

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
4 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 3 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Enam) 6 negeri iaitu WP Putrajaya (83%), Kelantan (60%), WP Kuala Lumpur (58%), Selangor (57%), Johor (57%), dan Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian 50%;
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (111%), Perak (105%), Perlis (98%), WP Kuala Lumpur (91%), WP Putrajaya (88%), Kelantan (74%), Pahang (73%), Johor (66%), Terengganu (65%), Perlis (63%), Sarawak (62%), dan Sabah (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (58%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 204 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator  COVID-19 ialah24%.

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 3 Mac 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 2,048 kes (Rajah 1). Daripada 2,048 kes ini:
  • 745 kes (36.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,303 kes (63.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori  1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 3 Mac 2022:
  • Kes sembuh: 27,629 kes [3,197,298 kes kumulatif  (90.6%)];
  • Kes baharu: 32,467 kes (3,528,557  kes kumulatif);
  • Kes import: 413 kes [355 warganegara (86.0%); 58 bukan warganegara (14.0%)];
  • Kes tempatan: 32,054 kes [31,106 warganegara (97.0%); 948 bukan warganegara (3.0%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 355 kes (145 kes disahkan COVID-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 208 kes (82 kes disahkan COVID-19; 126 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 32,467 kes harian yang dilaporkan pada 3 Mac 2022:
  • 231 kes (0.71 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 32,236 kes (99.29 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
  • Kategori 1: 10,828 kes (33.35%);
  • Kategori 2: 21,408 kes (65.94%);
  • Kategori 3: 100 kes (0.31%);
  • Kategori 4: 63 kes (0.19%); dan
  • Kategori 5: 68 kes (0.21%).
Daripada 231 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 3 Mac 2022:
  • 60 kes (25.98%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 115 kes (49.78%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 56 kes (24.24%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 127 kes (54.98%) berumur 60 tahun dan ke atas
  • 74 kes (32.03%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (0.43%) kes adalah kes ibu mengandung
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,809 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,343 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 466 kluster
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 3 Mac 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Sarawak1.43
Perak1.29
Terengganu1.19
Negeri Sembilan1.16
WP Kuala Lumpur1.15
Pahang1.13
Perlis1.11
Selangor1.09
Pulau Pinang1.09
WP Labuan1.05
Kedah1.04
Melaka1.04
Kelantan1.03
WP Putrajaya1.02
Johor0.95
Sabah0.94
MALAYSIA1.01
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 Mac 2022 @ 10.15 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 08:22 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 08:22 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 08:23 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 08:24 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2022 08:25 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 5-3-2022 07:16 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 3-3-2022 07:26 AM
Satu2 bencana menimpa

Makin mencanak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 5-3-2022 03:12 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
5 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 4 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Tujuh) 7 negeri iaitu WP Putrajaya (100%), Perlis (73%), Selangor (61%), WP Kuala Lumpur (58%), Johor (57%), Perak (51%), dan Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian 50%;
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (114%), Perak (98%), Perlis (98%), WP Kuala Lumpur (93%), WP Putrajaya (93%), Kelantan (79%), Pahang (78%), Terengganu (71%), Sarawak (65%), Johor (64%), Pulau Pinang (58%), dan Sabah (56%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (56%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 211 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator24%.

Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 4 Mac 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,997 kes (Rajah 1). Daripada 1,997 kes ini:
  • 721 kes (36.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,276 kes (63.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori  1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 4 Mac 2022:
  • Kes sembuh: 26,352 kes [3,223,650 kes kumulatif (90.5%)];
  • Kes baharu: 33,209 kes (3,561,766  kes kumulatif);
  • Kes import: 441 kes [405 warganegara (91.8%); 36 bukan warganegara (8.2%)];
  • Kes tempatan: 32,768 kes [31,631 warganegara (96.5%); 1,137 bukan warganegara (3.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 348 kes (138 kes disahkan COVID-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 211 kes (80 kes disahkan COVID-19; 131 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 33,209 kes harian yang dilaporkan pada 4 Mac 2022:
  • Kategori 1: 12,935 kes (38.95%);
  • Kategori 2: 20,071 kes (60.44%);
  • Kategori 3: 98 kes (0.30%);
  • Kategori 4: 52 kes (0.15%); dan
  • Kategori 5: 53 kes (0.16%).
Daripada 203 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 4 Mac 2022:
  • 43 kes (21.18%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 117 kes (57.64%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 43 kes (21.18%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 119 kes (58.62%) berumur 60 tahun dan ke atas
  • 67 kes (33.00%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (0.49%) kes adalah kes ibu mengandung
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,826 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,350 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 476 kluster
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 4 Mac 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Sarawak1.41
Perak1.28
WP Kuala Lumpur1.23
Terengganu1.18
Negeri Sembilan1.11
Perlis1.10
Selangor1.10
Pahang1.10
Pulau Pinang1.09
Melaka1.06
Kedah1.05
WP Putrajaya1.05
WP Labuan1.02
Kelantan1.02
Johor0.96
Sabah0.91
MALAYSIA1.02
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 Mac 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 5-3-2022 03:12 PM
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA5 MAC 2022PENGGUNAAN KAPASI ...

Masa cousin share dia kat maeps susun katil, macam ada instinct bakal dibuka.sekali betul maeps yg tak sampai sebulan tutup dibuka balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 3-3-2022 08:53 AM
Ni cuti sampai minggu dpn ni

Tadi adik beritahu..dia kena wfh sehingga diberitahu bila boleh masuk office. 2 minggu lepas seminggu tu aje dia masuk office.lepas tu kena wfh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 09:12 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 6-3-2022 03:13 AM
farhana008 replied at 5-3-2022 07:09 PM
Masa cousin share dia kat maeps susun katil, macam ada instinct bakal dibuka.sekali betul maeps yg ...

Tinggi gak hari ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 09:13 PM | Show all posts
farhana008 replied at 5-3-2022 07:16 PM
Tadi adik beritahu..dia kena wfh sehingga diberitahu bila boleh masuk office. 2 minggu lepas semin ...

Opis ada sorang lagi positif...mujo tgh cuti
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 09:52 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 09:53 PM | Show all posts

Post time 5-3-2022 09:54 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Info terkini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 01:20 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
6 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 5 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tujuh (7) negeri iaitu WP Putrajaya (83%), Johor (65%), WP Kuala Lumpur (65%), Perlis (64%), Kelantan (63%) Selangor (62%), dan Perak (55%) menunjukkan peratusan pengisian 50%;
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (117%), WP Putrajaya (99%), Perak (97%), WP Kuala Lumpur (94%), Perlis (92%), Kelantan (83%), Terengganu (76%), Pahang (69%), Sarawak (68%), Johor (68%), Pulau Pinang (57%), dan Sabah (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (61%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 226 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator26%.

Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 5 Mac 2022, sebanyak 2,019 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital (Rajah 1) dengan kategori berikut:
  • 772 kes (38.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,247 kes (61.8 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 5 Mac 2022:
  • Kes sembuh: 27,143 kes [3,250,793 kes kumulatif          (90.4%)];
  • Kes baharu: 33,406 kes (3,595,172  kes kumulatif);
  • Kes import: 342 kes [282 warganegara (82.5%); 60 bukan warganegara (17.5%)];
  • Kes tempatan: 33,064 kes [32,074 warganegara (97.0%); 990 bukan warganegara (3.0%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 371 kes (131 kes disahkan COVID-19; 240 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 226 kes (74 kes disahkan COVID-19; 152 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 33,406 kes harian yang dilaporkan pada 5 Mac 2022:
  • Kategori 1: 13,157 kes (39.39%);
  • Kategori 2: 20,035 kes (59.97%);
  • Kategori 3: 92 kes (0.28%);
  • Kategori 4: 69 kes (0.20%); dan
  • Kategori 5: 53 kes (0.16%).
Daripada 214 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 5 Mac 2022:
  • 60 kes (28.04%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 101 kes (47.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 53 kes (24.77%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 96 kes (44.86%) berumur 60 tahun dan ke atas
  • 70 kes (32.71%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (0.47%) kes adalah kes ibu mengandung
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,837 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,363 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 474 kluster
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 5 Mac 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Sarawak1.41
Perak1.26
WP Kuala Lumpur1.25
Terengganu1.15
Pahang1.10
Selangor1.10
Negeri Sembilan1.09
Perlis1.09
Pulau Pinang1.08
Melaka1.05
Kedah1.05
WP Putrajaya1.03
WP Labuan1.00
Kelantan1.00
Johor0.97
Sabah0.87
MALAYSIA1.05
UJIAN PENGESANAN COVID-19: RTK ANTIGEN (RTK-Ag) DANREVERSE TRANSCRIPTIONPOLYMERASE CHAIN REACTION (RT-PCR)
Seseorang itu boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada berdekatan dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin. COVID-19 boleh tersebar terutamanya antara individu yang mempunyai kontak rapat. Jangkitan berlaku apabila titisan yang mengandungi virus dihirup melalui udara atau bersentuhan langsung dengan mata, hidung, atau mulut seseorang. Virus ini lebih mudah merebak dalam persekitaran tertutup yang kurang ventilasi dan sesak.
Ujian RTK-Ag biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ketiga hingga hari ketujuh selepas seseorang terdedah kepada pesakit COVID-19 (Peeling et. al, 2021),manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari kedua hingga hari keempat belas selepas dijangkiti (Rajah 2). Justeru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil. Penggunaan RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala. KKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian COVID-19 selain RT-PCR. RTK-Ag membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19 kerana kaedah ini adalah ringkas, mudah, murah, dan boleh dilakukan di lapangan atau point-of-care testing (POCT). Proses pengujian RTK-Ag adalah pantas dan keputusan ujian boleh diperolehi dalam masa 20 hingga 30 minit.

KKM telah menggunakan RTK Ag sejak 6 Mei 2020 dan kit yang digunakan adalah dinilai oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan ia mematuhi standard yang diperlukan dan kemudiannya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk kegunaan lebih meluas dalam komuniti.
Dimaklumkan bahawa ujian RT-PCR masih merupakan goldstandardbagi mengesan jangkitan COVID-19. RT-PCR mengesan kehadiran asid nukleik (virus genetic material) virus SARS-CoV-2 yang lebih spesifik. Ujian ini mempunyai kadar sensitiviti sebanyak 99.9% dan kadar spesifisiti sebanyak 100%. Namun begitu, ujian ini memerlukan proses dan peralatan makmal yang lebih canggih, kos yang lebih tinggi, tenaga kerja terlatih, dan masa pengujian yang lebih lama iaitu memakan masa antara 6 hingga 24 jam (tidak termasuk masa untuk pengangkutan ke makmal).
KIT UJIAN PANTAS COVID-19
Kit ujian pantas antigen atau Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) merupakan kit ujian untuk mengesan kehadiran antigen (protein nukleokapsid) pada virus SARS-CoV-2 terhadap orang yang dijangkiti COVID-19.
Terdapat dua jenis RTK-Ag iaitu kit kegunaan profesional dan kendiri. Kit profesional hanya boleh dijalankan oleh anggota kesihatan terlatih di fasiliti kesihatan menggunakan sampel Nasopharyngeal Swab (NPS) atau Oropharyngeal Swab (OPS). Manakala RTK-Ag kendiri boleh dilakukan oleh orang awam tanpa seliaan anggota kesihatan. Ini adalah kerana RTK-Ag kendiri hanya perlu menggunakan sampel yang kurang invasif dan mudah diambil seperti air liur dan swab nasal.
Pesakit yang dikesan positif RTK-Ag kendiri perlu melaporkan keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera, mengemaskini status kesihatan (Home Assessment Tool), dan perlu menjalani isolasi seperti yang ditetapkan oleh KKM. Bagi ujian RT-PCR dan RTK-Ag profesional pula, pihak makmal atau pengamal perubatan yang menjalankan ujian tersebut perlu melaporkannya dengan kadar segera kepada KKM melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).
KKM menyarankan semua ujian RTK Ag kendiri atau professional ataupun RT-PCR yang dijalankan perlu dilaporkan kepada KKM melalui MySejahtera atau SIMKA, tidak kira sama ada keputusannya adalah positif atau negative. Ini bagi membantu KKM mendapatkan gambaran lebih jelas kadar jangkitan yang berlaku di dalam komuniti.
INTERPRETASI KEPUTUSAN UJIAN RTK-Ag
Ujian RTK-Ag dijalankan dengan menggunakan teknik immunoassay chromatography. Pada kit antigen ini terdapat dua garisan (pre-coated) iaitu: garisan kawalan (C) dan ujian (T). Sekiranya terdapat antigen SARS-CoV2 pada sampel, kompleks partikel antigen–antibodi akan terbentuk dan warna di garisan T akan muncul. Warna garisan kawalan C perlu ada pada setiap ujian yang dijalankan untuk membuktikan ujian adalah sah (valid). Sekiranya tiada warna garisan pada C, ujian adalah tidak sah (invalid) dan perlu diulang semula.
RTK-Ag yang diluluskan penggunaannya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 95% kadar sensitiviti dan 95% kadar spesifisiti. Oleh itu, terdapat kemungkinan 5% berlaku keputusan false positive atau false negative. False positive berlaku apabila kit memberi keputusan positif bagi individu yang tidak dijangkiti. Antara faktor penyumbang yang menyebabkan keadaan ini adalah jangkitan silang dari pesakit COVID-19 atau kontaminasi virus dari persekitaran. Manakala false negative berlaku apabila kit tersebut tidak dapat mengesan kehadiran antigen dalam pesakit yang dijangkiti COVID-19. Antara faktor penyebab false negative adalah teknik pengambilan sampel yang salah dan masa sampel diambil di luar tempoh jangkitan.
PENGGUNAAN RTK-Ag KENDIRI
KKM telah meluluskan penggunaan kit ujian kendiri antigen bermula pada 14 Julai 2021. Penggunaan RTK-Ag kendiri sebagai ujian pengesahan di sektor-sektor tertentu, seperti sektor pendidikan, populasi sasaran, dan kumpulan berisiko tinggi adalah penting supaya keputusan yang lebih cepat diperolehi bagi membolehkan tindakan kawalan dilakukan dengan segera. Penggunaan RTK-Ag kendiri juga dapat mengatasi masalah logistik dan pengangkutan sampel terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar.
Penggunaan RTK-Ag kendiri juga selaras dengan polisi KKM, TRIIS bagi mengurangkan penularan COVID-19 iaitu:
  • Test – melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri;
  • Report – melaporkan keputusan ujian pengesanan kendiri (negatif, positif, atau tidak sah) melalui aplikasi MySejahtera;
  • Isolate – menjalani pengasingan atau isolasi kendiri sekiranya positif COVID-19;
  • Inform – segera memaklumkan kepada kontak rapat dan ahli keluarga terdekat sekiranya positif, di samping memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan atau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) berhampiran; dan
  • Seekmendapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya gejala bertambah teruk.
Pengguna perlu menjalankan pengujian seperti yang disarankan di dalam arahan kit untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif, atau invalid wajib dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera (self-reporting). Sekiranya positif, arahan Home Surveillance Order (HSO) akan dikeluarkan.
KKM ingin menekankan bahawa ujian tidak perlu diulang selepas individu yang positif COVID-19 selesai menjalani kuarantin. Ini kerana ujian yang sangat sensitif seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga 2-3 bulan lamanya setelah dijangkiti ,misalnya dalam tempoh viral shedding. Namun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan.
KAWALAN KUALITI RTK-Ag KENDIRI OLEH PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA)
Semua kit ujian COVID-19 yang dibawa masuk ke negara ini perlu melalui penilaian oleh Jawatankuasa Expert Committee dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia iaitu Medical Device Authority (MDA). Jawatankuasa ini bertindak menyaring dan memutuskan sesuatu kit itu layak dan disyorkan untuk berada di pasaran atau Recommended for Use (RFU) berdasarkan prestasi kit ujian setelah melalui evaluasi atau penilaian makmal di pusat evaluasi terpilih iaitu Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC), Institut Kanser Negara (IKN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan Hospital Sungai Buloh (HSgB).
Pada 2 September 2021, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM telah dipertanggungjawab menetapkan harga runcit bagi kit ujian kendiri di pasaran tempatan. Sebelum penetapan harga ini, kit ini dijual pada harga RM35.00 – RM40.00. Penetapan harga maksimum ini dibuat atas dasar keprihatinan kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini.
Pada masa ini, terdapat premis yang telah menawarkan harga kit berkenaan pada paras serendah RM4.80-RM6.60. Walaubagaimanapun, orang awam perlu memastikan hanya menggunakan jenama kit kendiri yang telah mendapat kelulusan dari pihak MDA. Semak senarai terkini di laman MDA: https://www.mda.gov.my/announcement/631-self-test-covid-19-test-kit-for-conditional-approval-approved.html
Sehingga 18 Februari 2022, terdapat 128 kit ujian kendiri di pasaran yang telah mendapat rekomendasi ini. Kit ini juga telah diluaskan penjualannya bukan saja di farmasi dan fasiliti kesihatan, malah ia juga mudah didapati di kedai-kedai terpilih.
Pihak MDA turut memantau keselamatan dan prestasi kit ujian kendiri yang mendapat kelulusan bersyarat dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang isu dengan kit ujian kendiri yang digunakan, orang awam dinasihatkan melaporkan kepada pembekal yang menjual kit ujian berkenaan dan MDA.
Justeru, KKM amat menyarankan agar orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera. Langkah ini penting bagi memastikan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian dengan selamat dan membantu negara meneruskan pemulihan dan pertumbuhan sosioekonomi negara dengan lebih mampan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 Mac 2022 @ 10.15 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2022 04:47 PM | Show all posts
seribulan replied at 5-3-2022 09:13 PM
Opis ada sorang lagi positif...mujo tgh cuti

sekarang ni memang was was dengan sesiapa sahaja sebab risau ada yang jadi pembawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Category: Kesihatan

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 3.966531 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list