|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V163'
[Copy link]
|
|
ada yg suka.
kita tak boleh nk ubah org melainkan org tu sendiri yg berubah.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah page 97 |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber ikan negara masih ada
KOTA TINGGI: Negara masih mempunyai sumber ikan yang boleh diraih oleh para nelayan.
Ketua Pengarah Perikanan. , Datuk Mohd Sufian Sulaiman berkata, data diperolehnya menunjukkan hidupan laut itu masih ada lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai usaha dilakukan pihak jabatan untuk menambahkan sumber hidupan itu.
“Ikan berkurangan ini mungkin sebab tangkap hari ini tak dapat sebab aktiviti menangkap ikan ini kadang kala dapat, kadang kala tak dapat.
“Namun dari data kita masih ada sumber tersebut bahkan banyak program bagi menambahkan sumber itu yang jabatan buat seperti melabuhkan tukun, wartakan kawasan larangan ikan supaya ikan membiak dan sumber ini bertambah.
“Memang lah musim tengkujuh nelayan tidak dapat turun ke laut. Kita pun sudah maklum awal kepada nelayan-nelayan ini jika musim tengkujuh nak buat apa. Kita ada beri kursus-kursus seperti ternakan ikan dalam sangkar, dalam kolam dan dalam masa sama kita beri mereka kursus baiki enjin baiki bot sementara musim tengkujuh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil MyGAP Hatcheri Sekolah Pertama Di Bawah Jabatan Perikanan Malaysia kepada Pusat Penetasan Ikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, Kota Tinggi hari ini.
Mohd Sufian berkata setakat ini tidak ada kekurangan ikan yang ketara berlaku kecuali pada musim-musim tertentu.
“Ada musimnya ikan tiada. Nampak ketara masa pandemik Covid-19 nelayan tidak turun ke laut lepas dibenarkan dapat hasil yang banyak.
“Maknanya kena beri masa ikan membiak. Saya cadangkan nelayan membuat perancangan mungkin seminggu sekali tidak keluar ke laut atau sebulan tiga empat hari tidak ke laut yang mana akan memberi kesan kepada pembiakan ikan,” katanya.
Sementara itu, beliau juga memberi jaminan bekalan ikan seluruh negara mencukupi untuk menampung keperluan pengguna sepanjang musim tengkujuh.
Katanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi-agensi berkaitan akan membantu bagi memastikan stok-stok tersedia sepanjang tempoh itu.
“Kita sudah maklum kepada kita punya penternak terutama penternak kolam penternak sangkar untuk bersedia ikan, udang mereka yang dah sedia dikeluarkan atau diharvest kena keluarkan sekarang elakkan kerugian, jadi stok itu ada,” katanya.
Terdahulu pada majlis itu SMK Bandar Mas menjadi sekolah pertama di Malaysia yang menerima pensijilan MyGAP bagi pusat penetasan atau hatcheri pembenihan ikan air tawar. –
Sebelum ini nelayan di beberapa negeri merungut kerana tangkapan ikan berkuragan berbanding biasa meski[in mereka turun ke laut. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... n-negara-masih-ada/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak ada lah perlu bergantung kepada bekalan luar negara
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin harga pun murah sedikit |
|
|
|
|
|
|
|
seboleh yg mgkn zura akan cari juga masa utk masuk porum.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu yg skrg zura reply ikut rumah.
bila semua dah reply baru zura tekan noti.
tp cara ni kita kena ingat kt page berapa kita stop hari sebelumnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanita dan pembangunan tidak boleh dipisahkan – Tuanku Syed Faizuddin
PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pertautan antara wanita dengan pembangunan negara amat penting serta tidak boleh diketepikan.
Titah baginda, sumbangan wanita daripada pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik di Malaysia serta di seluruh dunia begitu dominan .
Oleh itu menurut baginda, perubahan pada peranan ekonomi masa kini mempunyai kesan yang amat besar dan meluas terhadap kaum wanita yang terlibat daripada segi peranan dan fungsi sosialnya.
“Wanita kini semakin cekap dan punyai wibawa serta upaya yang besar dalam memajukan ekonomi keluarga, dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi masyarakat dan negara.
“Jumlah wanita yang bekerja dalam sektor professional khususnya dalam perkhidmatan awam mahupun swasta juga semakin bertambah, sesuai dengan taraf pendidikan serta komitmen tinggi demi memajukan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Seminar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bertajuk : “Wanita dalam Pembangunan Negara” anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diadakan di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dan Ahli Pemegang Amanah YTF, Datuk Rajasekaran Murugiah.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah serta Ahli-Ahli Lembaga Pengelola DBP, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Penasihat DiRaja YTF, sistem pendidikan juga kini mengutamakan kesamarataan antara golongan wanita dan lelaki.
“Hal ini dapat melonjakkan daya persaingan yang positif demi kemajuan masyarakat dan negara.
“Oleh itu, kaum wanita disarankan supaya terus menerus bangkit dengan wajah baharu bagi meraih hak, kedudukan dan peluang sosial yang setepatnya dalam pembangunan masyarakat dan negara’.
Baginda turut menegaskan bahawa kaum wanita harus peka membuat keputusan yang selaras dengan kehendak komuniti berlandaskan perubahan minda dan gaya hidup masyarakat kini.
Titah baginda, aliran semasa perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat turut menuntut golongan wanita sentiasa peka dalam konteks pembangunan sosial demi kemajuan negara.
“Peranan kaum wanita dalam pembangunan negara yang berteraskan lapangan ilmu dan sosial juga perlu diteliti dengan lebih menyeluruh,” titah baginda.
Penutupan seminar sehari ituakan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... nku-syed-faizuddin/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sb dah yk berlaku bila dah pemes dah laku
portion jd kecil. rege pun ada yg naikkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah pentingnya wanita |
|
|
|
|
|
|
|
tidak boleh dipandag sebelah mata
|
|
|
|
|
|
|
|
betul. mcm2 ada. semoga tak disalah guna lah utk perkara yg tak elok.
|
|
|
|
|
|
|
|
tp sebelum pegi ada baiknya mira gugel dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tmpt zura asyik bunyi guruh dan mendung je skrg ni.
tp hujannya kt tmpt lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu hujan pun sekejap je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka bermula esok
Oleh NUR HUDA MUSA
20 Oktober 2022, 1:45 pm
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan di semenanjung negara bermula esok.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ramalan itu dikeluarkan berdasarkan analisis model METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).
Katanya analisis tersebut menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan semenanjung dalam tempoh 21 hingga 23 Oktober 2022 ini.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh
membawa hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turn aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya di sini tadi.
Sementara itu dalam hantaran berbeza, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melibatkan Timur Laut Condore, Utara Reef North dan Layang-layang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... angka-bermula-esok/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|