|
[Tempatan]
Versi 11: Ops Daulat - Seorang Pahlawan Gugur, 3 Anjing Kiram Mati : Post 1505
[Copy link]
|
|
PREBET AHMAD FARHAN MINAT SERTAI ASKAR SEJAK KECIL - KELUARGA
Kota Baharu, 12 Mac - Prebet Ahmad Farhan Ruslan, anggota tentera yang terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah, hari ini, amat berminat menyertai tentera.
Bapa saudaranya, Mohd Zaki Ghani, 47, berkata Allahyarham menyertai pasukan tentera dua tahun lepas sebagai mewarisi pekerjaan bapanya, Ruslan Hassan, 50, seorang pesara tentera.
"Arwah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan sejak kecil lagi sebab itu dia amat bersemangat menyertai gerakan dalam operasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh, di sini malam ini.
Suasana sedih dan hiba menyelubungi rumah keluarga itu terutama apabila ibu Allahyarham, Roslawati Ghani, 44, terpaksa dipapah sebaik menerima berita kematian anaknya yang disampaikan oleh beberapa anggota tentera yang mengunjungi rumahnya pukul 3.30 petang ini.
Mohd Zaki berkata Ahmad Farhan, 21, menelefon ibunya minggu lepas menyatakan dia akan memasuki kawasan operasi hari ini bersama anggota Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Sabah.
Mohd Zaki seorang guru yang tinggal di Lundang mendapat tahu kemalangan yang menimpa anak saudaranya itu melalui telefon daripada seorang lagi anak saudaranya.
"Saya bergegas ke rumah kakak saya (Roslawati) kerana khuatir terjadi sesuatu yang tidak diingini apabila menerima berita yang menyedihkan itu, kerana ayah arwah tiada di rumah kerana ada urusan peribadi di Singapura," katanya.
Katanya kali terakhir beliau menemui Ahmad Farhan pada hari raya Aidiladha lepas, sebelum kembali ke kem tempat dia bertugas di Sabah.
"Saya tidak menduga itu adalah pertemuan terakhir dengan arwah yang memang rapat dengan saya dan semua keluarganya," katanya.
Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh di sini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menziarahi keluarga Allahyarham, turut menyampaikan sumbangan wang ehsan sebanyak RM10,000.- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_BeachBoys posted on 12-3-2013 07:55 PM
senang macam ni ni la,bro...aku x wat decision lagi nak memihak mana-mana pihak dalam soal ni...ya ...
Ntah la. Pada aku takkan kerajaan kita sekeji itu sebab kita berpegang pada agama Islam. Berbanding Amerika yang berpegang pada agama Kristian. Malah, takkan demi perang yang dinyatakan ini sampai sanggup kita biarkan beberapa nyawa polis dan tentera kita hilang. Merekalah benteng utama pertahanan kita malah benteng pada pemerintah.
Pada aku semua ini bukan permainan atau konspirasi. Tapi aku akui ini kesan domino akibat isu lambakan pendatang tanpa/dengan izin dan kerakyatan dengan permit....
|
|
|
|
|
|
|
|
myralupilato posted on 12-3-2013 11:36 PM
beauty queen la sangat
sebagai peminat dan follower tegar dunia beauty queen, ai rasa sungguh ...
princess tu perasaan dia cm general perang pun yea....eiiiii xada ke sesaper
leh bunuh pompuan tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 12-3-2013 11:35 PM
lgk best..lgk lama.. sejak2 kes suluk neh.. sky tgk brita TV1 saja..
ye, buhsan ngan tv3, baik tgk tv1 jek...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuih_Cincin posted on 12-3-2013 11:06 PM
Dorang tak faham apa makna cession tu (Indon pun tak paham)..pada dorang cession tu bermaksud "s ...
Betul tu. Takyah la bayar cession ni semua... Mesia tak berhutang ape pon ngan lanun sulu bedebah tuh. Biar la meka semua mati kering. Bangsa tak kenang budi!
|
|
|
|
|
|
|
|
takmau surrender kalu, itu lanun gondrong setan lahanat semua boleh pigi mampos, slowly but surely..
yg keluarkan arahan jgn surrender dgn senang lenang dok goyang teloq kat pinoy tu pon patut mampos sama pengikut2 dungu dia. |
|
|
|
|
|
|
|
perembes posted on 12-3-2013 07:45 PM
wpon pulis dah sahkan tanduo bersih..
hati aku tetap ragu..
lanun tetap lanun.. taktik kotor mmg ...
harus lah ada org kuat yg support dari belakang
|
|
|
|
|
|
|
|
iskans posted on 12-3-2013 11:41 PM
Ntah la. Pada aku takkan kerajaan kita sekeji itu sebab kita berpegang pada agama Islam. Berbandin ...
same ngan aku...kalau buleh,kite xnak la ada kospirasi dalam isu lahad datu ni.mintak simpang la kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
and forever la lanun2 tausug tu mimpi kata sabh tu depa punya...sampai bila2 pon korang tak akan dapat. perasan tak hengat punya lanun...sedap2 aja ckp tanah org sbg hak engkau, kalau sepelaung aja pon tak ok, inikan satu negeri...chait...tamak haloba punya setan gondrong...penipu, pembelit.. |
|
|
|
|
|
|
|
td tgk news psl falkland islands voted to stay as britain's overseas territory. falkland islands ni pn pnah ade kes direbut gak. ade persamaan sikit lahad datu invasion dgn falkland islands sbb pernah di-invade oleh argentina in 1982. a three months war between britain n argentina then argentina surrendered. nearly 1000 people (both sides included) died. hopefully we can resolve this matter quickly to avoid no of death increase on our side. |
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 12-3-2013 11:54 PM
harus lah ada org kuat yg support dari belakang
ntah2 kerajaan pilipin tu sendiri yg support setan kiram ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni jd SR je tp sbb geram dgn kiram tu gigih gak la mnaip kat sini..
setahu mizz, undang konvensyen geneva tu berkaitan dgn tawanan perang je..dorang ni bkan tawanan..
Encik kiram tlg baca sini dulu yeh b4 bt kenyataan bebal awak tu...http://ms.wikipedia.org/wiki/Konvensyen_Geneva
|
|
|
|
|
|
|
|
tasha posted on 12-3-2013 11:56 PM
ntah2 kerajaan pilipin tu sendiri yg support setan kiram ni...
tau tak pe
mmg lah memasing menafikan
mana kita tau di sebaliknya camne
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_BeachBoys posted on 12-3-2013 11:55 PM
same ngan aku...kalau buleh,kite xnak la ada kospirasi dalam isu lahad datu ni.mintak simpang la k ...
Ha'ah. Tapi pandangan kamu memang menarik wajar ada dalam minda pemikiran mereka yang berhati-hati. Walau kepercayaan aku pada kepimpinan kini adalah 55 %. Namun keyakinan aku dalam pertahankan maruah negara dari penceroboh dan jauh daripada teori konspirasi tersebut amat tinggi....(taknak bagitau persent)
|
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 12-3-2013 05:34 PM
astaga.. ko ke mana ini??
PGA tuh kes lain..
memang aku bingung. kakaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
baulu posted on 12-3-2013 11:33 PM
Plausible theory......
Kalau tak masakan dsai berani offer increase of 20% oil royalty to sabah ...
teori lain...
sabah banyak minyak...kuasa luar tggu masa nak masuk campur kononnye nak membantu menyelesai masalah negara bergolak...tapi ada maksud lain....herm....
aku harap teori ni pun x berlaku.....
|
|
|
|
|
|
|
|
sya_sugar_sugar posted on 12-3-2013 06:59 PM
okay lah tu ingat-ingat...
bai der wei , uols ni local Sabah kew kena posting kat Sabah?
lokal der.
sini bleh la aku bermalaya habis-habisan. kalau ko jumpa aku face to face pehtu dengar aku cakap melayu malaya kompem senang je detect aku dari mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_strangers posted on 12-3-2013 11:17 PM
aku pun sependapat dgn ko...adakah kemungkinan US mahu buat negara kita spt afghanistan dan iraq s ...
Letih lah dik teori ke hulu ke hilir,
sendiri buat teori, sendiri sentap sendiri panik.
apa ke bangang nya?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|