CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

All About MLM 2014: Hencapan LIVE Minggu-9

 Close [Copy link]
 Author| Post time 22-12-2014 09:55 AM | Show all posts
MLM2014 : Juri Maharaja Lawak Mega Menakutkan – Afdlin Shauki



Minggu keenam Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan kumpulan Comey tersinggir setelah beberapa minggu berjuang dalam pertandingan yang menghimpunkan pelawak-pelawak terkenal tanah air ini.
Bertemakan bebas, kumpulan Sepah dan Shiro paling berjaya memikat hati juri apabila mendapat 5 bintang hasil sketsa hebat mereka. Namun, beberapa keputusan juri pada malam itu agak mengejutkan dan mendapat perhatian orang ramai termasuk pelawak otai, Afdlin Shauki.


Kredibiliti Juri Dipertikai
Diangkat menjadi juri dalam satu pertandingan lawak tersohor negara bagaikan satu penghormatan kerana mereka yang dipilih bukan calang-calang orang. Iyalah ada ke yang tak kenal Datuk Jalaluddin Hassan, Fazura dan Taufik Batisah? Farah Quinn itu mungkin lah kot.
Namun kebelakangan ini beberapa keputusan juri mula dipertikai dan ianya semakin memuncak pada minggu keenam yang menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan dilakukan oleh juri.



Hal ini turut mendapat perhatian pelawak senior Afdlin Shauki melalui laman twitter miliknya yang menganggap juri memberi bintang-bintang yang tak sepatutnya. Apa yang dimaksudkan oleh Afdlin sebenarnya?
Juri Silap Program
Memang tak dinafikan ada kumpulan yang membuat persembahan dengan begitu baik sekali sebagai contoh Bocey yang hanya mendapat 3 bintang daripada Datuk Jalaluddin Hassan.
Lebih teruk lagi Datuk Jalaluddin Hassan turut memberikan kritikan terhadap nyanyian Achey yang dikatakan hanya menjerit semata-mata.





Perlu diingat Maharaja Lawak Mega 2014 merupakan pertandingan yang dinilai berdasarkan sketsa komedi kumpulan bertanding, jadi bagi kami soal suara tak sedap bukanlah satu perkara yang perlu diambil kira sepenuhnya. Yang penting penonton ketawa dan terhibur kan?
Nasib sama turut menimpa kumpulan Shake yang hanya mendapat 2 bintang walaupun rata-rata penonton di Dewan Teater Selangor Shah Alam bergelak ketawa menyaksikan persembahan mereka.






Walaupun kumpulan Shake bukanlah satu nama besar jika dibandingkan dengan kumpulan yang lain, namun berdasarkan peningkatan yang ditunjukkan, mereka layak mendapat lebih dari 2 bintang.


Keputusan Juri Mempengaruhi Undian


Memang tak dinafikan bukan senang sebenarnya nak buat penonton gelak, lebih-lebih lagi jika beraksi seorang diri. Namun perkara itu bukanlah halangan buat Nabil yang terkenal dengan stand up komedinya. Pada persembahan minggu lalu Nabil mendapat 4 bintang daripada juri. Hurm,korang setuju ke dengan keputusan juri itu?
Melalui kenyataan yang dikeluarkan Afdlin melalui laman twitter miliknya, bintang yang diberi juri mempengaruhi undian peminat.
Tapi rasanya penonton sekarang bijak menilai persembahan kumpulan yang bertanding. Walaupun tak dapat banyak bintang, korang vote juga kan?
Setakat hari ini, kumpulan Shiro berjaya memintas kedudukan kumpulan Zero yang sebelum ini mengungguli senarai undian. Manakala kumpulan lain seperti Bocey, Sepahtu, dan Virus mengekori rapat dan terus memberikan saingan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal gigi siti sarah pon mau complain ke?? Doktor gigi cakap.. kalo gusi kita x sihat.. dia akan jatuh maknanya dia takkan melekat antara dua gigi.. itu yg nmpk jarang.. xde ubat yg boleh buat gusi tu naik balik.. braces pon bukan semua sesuai pakai.. kalo buat dgn swasta dorang ok je.. kan duit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Cookie.Monster posted on 21-12-2014 05:48 PM
Minggu 7 tema apa chuols?

komedi bermoral

no dabel meaning
n maybe buat komedi ala2 jln cerita kump jalor psl ibu bapa n bla2

bg iols komedi mst menda mengarut
mksudnya tak logik
mcm kita tgk kartun
maybe depa kena wat mcm sketsa kump senario dulu2 biasa mmg ade moral di akhir cerita tp dipersembahkn dlm bentuk komedi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:50 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 21-12-2014 10:03 PM
Kumpulan '' Budak Kaca Mata ''

bukan lah ...
dia asal solo pastu join exist
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ida88 posted on 20-12-2014 11:38 AM
Dato jalal pikir mgu ni pertandingan nyanyian
dan kepentingan tempo vokal and so on


datuk jalal patut jd juri gegar vaganza
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 20-12-2014 09:01 AM
Mmg lawak amir smlm.. Die punyer lari tempo mmg legend dari dlu lg wakaka

amir dr zaman rajalawak mmg tak pndai nyanyi mst salah masuk key dan kelaut manjang nyanyi
selain dia nabil pun tak pndai nyanyi
yg selalu beria2 nyanyi mcm pro si jep, along cham, jozan,achey dan si joey yg mmg sah penyanyi sblm nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 12:10 PM | Show all posts
mmg menyampah la datuk jalal beras ni jd judge. hapa pn tak tau!
nabil yg x lawak tu dpt 4 bintang! ngok ngek betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 12:16 PM | Show all posts
apakah kejurian sekarang ni??
biasalah lawak memang kadang ada buat panas..
ni asik nak baik ajee..bukanlah lawak namanye uolss..

p/s: asik semua xleh kena sentuh langsung nak menyentap je kekdahnye ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 03:10 PM | Show all posts
setuju ngan afdlin ..bagi aku minggu muzikal tu kumpulan shake lawak..terutamanya part amir menyanyi..hancur
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:13 PM | Show all posts
btw suara along best
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:15 PM | Show all posts
Suchi posted on 22-12-2014 02:56 AM
amir dr zaman rajalawak mmg tak pndai nyanyi mst salah masuk key dan kelaut manjang nyanyi
selain ...

termasuk shuib suara shuib merdu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:54 AM | Show all posts
Suchi posted on 22-12-2014 10:49 AM
komedi bermoral

no dabel meaning

Wah tengkiyu ikan puyu atas penjelasan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:06 PM | Show all posts
DianaSaksen posted on 22-12-2014 03:10 PM
setuju ngan afdlin ..bagi aku minggu muzikal tu kumpulan shake lawak..terutamanya part amir ...

betol la...aku pon gelak gile tgk kump. shake tu.mmg la lawak hentam keromo. nama pun lawak. kalau yg serius jadi mcm lawak kump comey tu la.

org tua mcm dato jalal tu mmg susah nk hadam lawak yg mcm ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:12 PM | Show all posts
serius... last MLM minggu 6 sepatutnya x ada yg keluar... sebab mmg semua buat orang gelak!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:33 PM | Show all posts
afdlin shauki time jadik juri raja lawak 4 pun xbest....heheh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:43 PM | Show all posts
maxim posted on 22-12-2014 09:55 AM
MLM2014 : Juri Maharaja Lawak Mega Menakutkan – Afdlin Shauki

Acey tu mmg aku tak faham apa dia cakap sbb suka menjerit-jerit, cakap baik-baikpun org faham kalau dah lucu, bingit betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 01:49 PM | Show all posts
Sepahtu....lawak dan moral berpisah tiada.....itu la kelebihan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:30 PM | Show all posts
ala afdlin..hang pun bkn kelako mana..
time jd juri pn x best jugak..sama jer...
sape2 yg jd juri pn tetap ada yg x puas hati..huhuhuhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:24 PM | Show all posts
nak cakap juga.

undilah zero..
minat dorang sbb tgk "rianna" yang selamba.

n suka dgr farah.quin komen.dia btol2 komen
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:26 PM | Show all posts
a;ah betul..aku nengok farah quinn tu bila komen..memang komen betul2..
tepat apa yg dikatanye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.098914 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list