CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WonBin

** Thread Bebas & Sembang / pertanyaan Board Usahawan **

 Close [Copy link]
Post time 2-7-2009 09:43 AM | Show all posts
dia main sorok2 blkg kain sutera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2009 06:24 PM | Show all posts
1941# faridali

tuan yang reply ni pun dah lama menyepi..
main sorok2 di timbunan kerongsang ke??
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 05:08 PM | Show all posts
1942# elle_gogo


elle lama x nampak..main sorok2 gak ke..sorok2 belakang file tender yg menimbun..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 06:11 AM | Show all posts
semalam bengkek dengan perangai peniaga melayu yg tak layak bergelar peniaga,hasad dengki tak habis2, org naik kejap atas pun kecoh, padahal benda tu bukan jejaskan ekonomi setempat pun, kita duk kat atas kalau sistem niaga tak kaw sekalipun, takda maknanya jugakkk.. asyik lempar batu sembunyi tangan lama2 terdiam terkena kepala dahi sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 07:07 AM | Show all posts
1944# ctredzuan

apa masalah plak ni ct.... sabar2.. semoga Tuhan bersama anda...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 10:29 AM | Show all posts
Biar pelanggan 'komplen'

Oleh SHAWKATH AZDE
[email protected]


Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalambidang perniagaan menjual aiskrim yang dibuat ibunya. Hari ini,kesungguhannya dalam bidang perniagaan berbayar dengan sebuah empayarbernama aL-ikhsaN.



BAKAL menyambut hari ulang tahun ke-39 tahun lima hari lagi, lelaki yang masih muda ini bukan calang-calang ahli perniagaan.
Memupuk minat bisnes sejak kecil dengan prinsip hidup yang kuatberpegang kepada ajaran Islam, hari ini sebanyak 59 buah butikaL-ikhsaN di seluruh negara wujud dan menjadi bukti sebuah empayarperniagaan hebat miliknya.


Beliau adalah Ali Hassan Mohd. Hassan, pemilik rangkaian al-ikhsaN yang berkembang maju dalam tempoh 14 tahun.
Rangkaian kedai aL-ikhsaN bukan asing lagi dalam kalangan anak mudahari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike,Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.
Kejayaan mengembangkan kedai aL-ikhsaN sekali gus menghakis kritikanbahawa usahawan Melayu sering gagal dalam perniagaan serta menepisstereotaip bahawa orang Melayu sebagai malas dan layu.

ALI HASSAN (tengah) bergambar bersama stafnya di butik aL-ikhsaN   Ampang.

Mercu tanda kejayaan empayar al-ikhsaN di seluruh negara sebenarnyabermula dengan urusan jual beli baju sukan berasaskan modal kecildengan kelompok pelanggan yang tidak besar.
Ali Hassan menceritakan produknya pada masa itu hanya dijual kepadarakan-rakan dan pensyarah beliau sewaktu menuntut di UniversitiTeknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

"Masa menuntut di universiti dulu, saya akan beli satu dan jualsatu. Ketika itu, jualan kecil dan modal juga kecil. Jualan dibuatkepada rakan-rakan satu universiti dan juga pensyarah saya.
"Sewaktu di UTM, saya juga bekerja sambilan sebagai penghantar pizauntuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup," katanya yangberkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993.
Ketika ditanya mengenai biasiswa yang diterimanya, beliau berkata:"Memang saya ada terima biasiswa tetapi saya berikan semua kepada ibukerana kami bukan orang senang."

AL-IKHSAN juga melebarkan butik perniagaannya sehingga ke Alor Setar, Kedah.

Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluanguntuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebihcenderung untuk mengusahakan perniagaan.
Bercerita lanjut mengenai kebangkitan aL-ikhsaN, Ali Hassanmemberitahu perniagaan pertamanya bermula di ruang sempit di HolidayPlaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titikpeluhnya sendiri.


"Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripadainstitusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil. Itu bukan alasanuntuk tidak berjaya. Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjualbaju sukan secara pantas.
"Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluangyang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual," katanya yang pernah naikturun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan danmemasarkan barangannya.

BUTIK aL-ikhsaN mendapat sambutan hangat di Johor Bahru, Johor.


VARIASI bekas minuman air  Umbro.


BEG jenama Adidas yang terkini di pasaran.


PRODUK jenama popular antarabangsa seperti Adidas, Nike, Puma dan Umbro dijual pada harga berpatutan di aL-ikhsan.
























Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabilamendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amatmenggalakkan.
"Mulanya, saya berniaga kerana mempunyai minat mendalam terhadapsukan bola sepak tetapi kemudian ia menjadi lebih serius kerana padaketika itu agak sukar untuk mendapatkan barangan sukan," katanya yangmerupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik.

Sambil meninjau susunan peragaan barang jualannya, beliau menyatakandalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada,antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekunberusaha.
"Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank,kita kena istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa,usahakan apa yang ada.
"Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satuatau dua tahun. Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik,barulah mereka akan percaya.

"Apa sahaja kita kena sabar.... perbaiki apa kelemahan yang ada.Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati.Biar mereka 'komplen'," katanya yang berpendapat ia merupakan antaralangkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.
"Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yangdipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidakada...ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yangmereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan.

"Ambil sahaja apa 'komplen' pelanggan dan jangan kita tafsirkanpendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tandamereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang,"katanya.
Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassansebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam.

"Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kitameninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin,tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.
Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayaisekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannyaamat berbeza.

"Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakindengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya... kemenangandan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampaksusah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isikejayaan yang sebenar," jelasnya.

Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yangsentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukandijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.
"Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produkberkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukupberpatutan. Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai merekaakan kembali lagi.

"Kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat dikedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada hargaberpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai olehpemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini.


"Malah, setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di sini pada hari yang sama," tambah beliau.
aL-ikhsaN Sport turut menyediakan kelengkapan sukan bertarafantarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif danberkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England,Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing sertaPiala Dunia 2010.

Berhubung kesukaran dalam perniagaan yang dialami, beliau berkata,mengekalkan pekerja dalam industri peruncitan merupakan perkara utamamemandangkan pemilihan kerjaya pekerja dalam industri tersebut masihlemah.
"Turnover staf adalah tinggi dalam industri peruncitan tetapikami di aL-ikhsaN masih bagus lagi kerana kami memberikan pakej yangterbaik seperti motivasi dan latihan di ibu pejabat kami di Johor,"katanya.



www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2009 01:02 PM | Show all posts
... saya nak buat futsal tournament before raya.. tgh kumpul donation dari supplier, agak2 mintak al-ikhsan jadi penaja utama bole tak???? sebab staf sumer sibuk nak kasut futsal baru, ingat ker nak suruh dorang main pakai safety boot jer....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 04:49 PM | Show all posts
dengan motivasi yg dpt dari al ekhsan.. semoga dapat bergerak laju lagi utk mencapai kemajuan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2009 01:14 AM | Show all posts
aritu ada yg bgtau al ekhsan ada jual yg tak ori, kan. mcm crocs
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 11:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by sinar_inspirasi at 5-7-2009 12:01

nak citer lebih pun susah jugok... tp itu la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 12:04 PM | Show all posts
kebetulan ramai tak tau citer brg ori dan tak ori...  bila ada kat butik terus percaya ori... sedangkan tak semua malah terlalu byk yg tak ori.. tp kualiti je bagus.... kalau tak pecaya lagi.. sila rujuk KPDN...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 05:03 PM | Show all posts
Kuala Terengganu Uptown (KT Uptown) - RM12 sehari

--------------------------------------------------------------------------------

Puasa dah dekat, lepas tu Hari Raya. Kepada sesiapa yang nak tambah pendapatan atau nak jadi usahawan, boleh tempah tapak Kuala Terengganu Uptown (KT Uptown). Baru dapat approval dari MBKT. Akan mula Ogos ni di Tempat Letak Kereta Pasar Borong Gong Pauh. Ada 300 tapak je. Tapak niaga makanan cuma ada 29 je tapi 9 tapak dah kena ambik. Ada 20 lagi. Tak boleh masak kat situ. Bungkus je. Baki 271 tapak lagi untuk barang pelbagai. 25 tapak dah diambil. Apa je asal sah disisi undang-undang kecuali barang basah macam sayur, ikan dan sewaktu dengannya. Sewa sehari cuma RM12 untuk gerai pelbagai dan RM15 untuk gerai makanan. Sewa dikutip hari-hari. Bayaran pendaftaran dan pengurusan ialah RM772. Sekali bayar je. Ini termasuk tapak, kanopi, baju t-shirt seragam 2 helai, pendawaian letrik untuk kanopi, promosi, kawalan keselamatan dan lesen MBKT untuk setahun. Kanopi kami pasang dan tutup setiap hari. Waktu berniaga 9 mlm hingga 3 pagi. 365 hari setahun. Tapak kanopi pilih sendiri. Nak tapak bagus kena cepat. Tunggu apa lagi. Siapa cepat dia dapat.

Untuk pertanyaan, sila email : [email protected]
Hotline : 09-6248837 (Pejabat) 9 pagi -5 ptg
016-9533936 9pagi - 10 mlm
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 05:03 PM | Show all posts
Pesta Konvo UPM
Tarikh : 7hb Ogos 2009 ~ 12hb Ogos 2009
Jumlah hari : 6 hari
Jumlah tapak niaga : 1
Keluasan Tapak / Khemah : 20kaki x 20kaki
Kategori Jualan : Bukan Makanan
Nilai Sewaan : RM1,100
....
luas yang hendak dikongsikan : 20kaki x 10kaki
Nilai kongsian : RM550



Pesta Konvo UKM
Tarikh : 12hb Ogos 2009 ~ 18hb Ogos 2009
Jumlah hari : 7 hari
Jumlah tapak niaga : 1
Keluasan Tapak / Khemah : 20kaki x 20kaki
Kategori Jualan : Bukan Makanan
Nilai Sewaan : RM1,600
....
luas yang hendak dikongsikan : 20kaki x 10kaki
Nilai kongsian : RM800


Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya melalui email...

[email protected] atau di nombor 019-6119421

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 05:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum,
kepada yang berminat untuk menyewa tapak promosi:
LOkasi: Alam Sentaral, Shah alam
Sewa : RM 140 /day
Contact: 03 55188715
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 10:57 PM | Show all posts
thnx a lot for the info....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 05:29 AM | Show all posts
salam,

saya org baru kat ruangan ni nak minta pendapat sikit sebelum buat pelaburan yg baru diperkenalkan kpd saya.

kawan kata labur 50k beli lori migo migo yg jual ais kerim, air dll pas tu sewakan semula kat company yg jual tu boleh  dapat pendapatan sebanyak 3500.00 monthly selama 5 tahun, tanpa perlu kita bersusah utk mencari pelanggan.  pada pandangan saya ini merupakan pelaburan low risk yg manjana pendapatan tetap.  dulu pernah buka kedai makan dan proses pastri utk supply ke kilang kilang tapi di gangu oleh benda yg tak masuk dik akal sehingga saya menyerah kalah. sekarang ni nak kumpul modal semula.

ada sesiap kat sini tahu mengenai pelaburan ni. betukah ianya sesimple yg saya terangkan atau sekadar trick perniagaan. tlg lah berikan pandangan dan nasihat.  tak sanggup utk kehilangan modal sendiri lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2009 10:30 AM | Show all posts
1956# adikbun


heheheh.... tak yah laa dik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 10:39 AM | Show all posts
salam,

saya org baru kat ruangan ni nak minta pendapat sikit sebelum buat pelaburan yg baru diperkenalkan kpd saya.

kawan kata labur 50k beli lori migo migo yg jual ais kerim, air dll pas tu sew ...
adikbun Post at 8-7-2009 05:29 AM



saya rasa lebih baik anda jadi investor pada en. sinar kita...boleh deal ngan dia terus..lagi baik..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 01:51 PM | Show all posts
saya tengah berjinak jinak dgn bisnes abaya. supply dr dubai ke msia.. harap2 menjadi ler..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 07:05 PM | Show all posts
kebetulan ramai tak tau citer brg ori dan tak ori...  bila ada kat butik terus percaya ori... sedangkan tak semua malah terlalu byk yg tak ori.. tp kualiti je bagus.... kalau tak pecaya lagi.. sila ru ...
sinar_inspirasi Post at 5-7-2009 12:04


betull..betull..betulllllllllll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071502 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list