|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
akhirnya.....lama betul menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok VC kat atas tu begitu mengujakan. Bila kata minggu depan, down sekejap. Skrol kat bawah....
WOWWWW!
Syabas gepren!!!
Tak sia2 menyeru. Kaka ana x perlu panggil bomba dahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 31-1-2013 08:48 AM
fuhhh..!! akhirnya muncul juga N3 yang ditunggu-tunggu. hari-hari jenguk menantikan sambungan tau...
hihihihi sama la kita....hari-2 dtg jenguk........anyway tq dear nicki.....suspen gaban nih........
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 31-1-2013 09:48 AM
Oooo...next story Fred jadi heroin ek?
Make sure ada watak kucing nama Nicki dalam cerita tu... ...
Akan kumasukkan seramai yg boleh sebagai watak tempelan. In sya Allah!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 31-1-2013 08:34 AM
Bagaimanapun...jari-jemariku tidak ligat seperti kebiasaannya. Entah kenapa...gejala writer's block ...
uiii....promote mcm novel jiwang..padahal cerita eksen..
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 31-1-2013 09:34 AM
tetibe je budak ni muncul
Kabare wakkk?
hahahhahah.
Tadaaaaa.cheq munculll
waras.Alhamdulillah.
l |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 30-1-2013 03:14 PM
Hi.....Freddy cougar....
lama x muncul.....
Usuuu.Ofiss busyy sikit.
heehehehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 31-1-2013 10:35 AM
Usuuu.Ofiss busyy sikit.
alooo..opis yg bzz...bkn orgnya....hihi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 31-1-2013 08:30 AM
Salam semua,
@none88, @cikjeela, @Cik_Andak, @Banana - Thanks for reading
Wahhhh...patutlah rasa macm ada munyik meow. meow...rupanya ada yg menyeru...terharunya........
Takpe niki...take your time...aku pun tgh karg citer sendrik bila mau habis ntah...macm susah nak tamtkn...huhu...
So, sihat2 aje kan...baby pun tough kan...jaga pemakanan & sihat2 selalu....
|
|
|
|
|
|
|
|
fuhh..puas bermarathon baca cerita kat sini..
cerita yang best n menarik, tak sabar nak tnggu sambungan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
tengkiu nicki.....
Bila mau sambung lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah Selasa ni Nicki.... Mana sambungan? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...
Walaupun cheq janji 2,3 episode, tapi cheq mampu satu episode aje nih.....
@mrs.senget - Thanks for reading....
@Cik_Andak - Cheq sambung bila ada kesempatanlah ye Andak.... busy bebenor dgn keje ni ha....
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 5-2-2013 09:57 AM
Dah Selasa ni Nicki.... Mana sambungan?
sambung ikut suka hati.....
Psssttt...kalau Lady nak letak citer baru..go ahead le..takyoh le tunggu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 76
Ibu Pejabat Balai Polis Bukit Aman
Inspektor Sabri memerhatikan rakaman CCTV yang di perolehi dari Pusat beli-belah Wangsa Walk. Pihak pengurusan di situ sangat prihatin dan memhami situasi yang berlaku dan mereka memberikan kerjasama. Walaubagaimanapun, atas permintaan pihak atasan, siasatan yang di jalankan haruslah di buat secara tertutup untuk mengelakkan pusat beli-belah itu menerima publisiti yang tidak elok.
Inspektor Sabri menyandarkan badannya ke kerusi. Setakat ini, tiada apa-apa petunjuk yang boleh di gunakan untuk meneruskan siasatan. Jarinya di lalukan ke rambut beberapa kali. Di sabitkan dengan kesalahan mengedar dadah, pelacuran, kongsi gelap dan pembunuhan, Shark bukan calang-calang penjenayah. Apatah lagi kini dua orang anak tokoh korporat telah menjadi mangsa penculikan membuatkan dia berasa agak tercabar. Shark perlu di jejaki segera. Bukan saja Shark, malah saki-baki kumpulan Jedi harus di tangkap. Itu tekadnya.
Rakaman video tersebut menunjukkan kehadiran Sofea Raihana dan Nina Yasmine di Wangsa Walk. Tiada apa yang luar biasa, hanya menunjukkan yang mereka masuk ke dalam pusat beli-belah dan sekadar mengunjungii beberapa kedai. Kemudian, berhenti untuk minum di salah sebuah café.
“Stop!” Inspektor Sabri memberikan arahan. Video rakaman di hentikan.
“Rewind” Arahan di berikan lagi. Pegawai yang bertugas bersama Inspektor Sabri menurut. Rakaman video di pusingkan beberapa saat ke belakang.
“Stop” Imej seorang lelaki berjaket hitam dan bertopi terpampang di skrin. Inspektor Sabri mengamati dengan tekun untuk beberapa saat. Setelah itu, dia memberikan arahan supaya rakaman di mainkan lagi tetapi kali ini fokusnya bukanlah kepada mangsa-mangsa culik tersebut tetapi kepada imej lelaki berjaket hitam dan bertopi.
“Buka rakaman di tempat parking sekali lagi” Arahan diikuti tanpa banyak soal.
“Shark dah ikut mangsa dia sejak awal lagi” Inspektor Sabri berkata. Matanya tetap memandang ke arah skrin. Mangsa-mangsa, Sofea Raihana dan Nina Yasmine telah masuk ke dalam kereta lebih awal. Dua minit selepas itu, kereta mereka di masuki oleh lelaki berjaket hitam dan bertopi. Kurang jelas tetapi Inspektor Sabri pasti yang lelaki itu memegang pistol. Tidak sampai seminit, kereta Honda Jazz bernombor pendaftaran WUM 90 telah meninggalkan kawasan parkir pusat beli-belah itu.
Dan, itu saja maklumat yang di dapati dari rakaman CCTV setakat ini. Inspektor Sabri mengeluh sendiri. Tidak dapat dinafikan, dia agak buntu ketika ini. Sudah hampir 48 jam sejak kedua-dua anak tokoh korporat itu di culik tetapi, petunjuk yang didapati terlalu sedikit. Dia memerlukan lebih dari ini..
“Jangan give up” Ada suara yang menegurnya dari belakang. Inspektor Sabri lantas menoleh. Inspektor Marina memberikan senyuman. Sebuah kerusi di tarik lalu duduk di sebelah rakan sejawatannya.
“ Macam mana?” Inspektor Marina bertanya. Inspektor Sabri menggelengkan kepala Inspektor Marina sekadar mengangguk perlahan.
“Teruklah macam ni…” Inspektor Sabri meluahkan rasa. Agak tertekan kerana dia masih gagal untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
“Zam ada call?”
“Belum lagi”
“Tuan Zaid panggil masuk meeting” Inspektor Marina memberikan pesanan.
“Bila?”
“In 15 minutes. Datuk Yusuf dengan Datuk Razali on the way”
“Okay” Inspektor Sabri menjawab.
******************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Penjara Sungai Buloh
Selangor
“Abdul Razak Rahman” Dia yang ketika itu sedang mengelamun, pantas mengangkat kepala dan melihat seorang pegawai penjara sedang berdiri di hadapan sel kurungannya. Dia bangun lantas menhampiri jaringan besi yang memisahkan dia dan pegawai tersebut.
“Awak ada tetamu”
“Tetamu? Siapa?” Soalannya tidak di jawab. Pintu sel penjara di buka dan dia diarahkan supaya mematuhi arahan dan peraturan sebelum di bawa berjumpa dengan tetamu. Dia mengikut arahan tanpa banyak soal.
Pintu bilik menunggu terbuka lalu dia masuk. Melihatkan tetamu yang menunggunya di dalam bilik, keningnya terangkat. Lelaki yang sedang duduk menunggunya bangun. Tiada riak yang di tunjukkan. Mereka hanya memandang buat beberapa ketika.
“Duduklah” Dia menurut dan terus berjalan terus ke arah meja. Kerusi di tarik lalu dia duduk di hadapan Inspektor Zamani. Inspektor Zamani menganggukkan kepala kepada pegawai polis yang mengiringinya ke bilik menunggu. Pegawai polis itu membalas anggukan lalu keluar, meninggalkan mereka di situ.
“Kau sihat?” Soalan dari Inspektor Zamani di balas dengan anggukan. Kemudian mereka terdiam lagi. Kelihatan Inspektor Zamani menarik nafas. Dia pula hanya mendiamkan diri, menunggu Inspektor Zamani untuk meneruskan kata-kata.
“Ada apa kau nak jumpa aku? Aku rasa, aku dah bagi semua maklumat yang kau nak…” Dia bersuara, setelah agak lama mereka berdiam diri.
“Shark”
“Shark?” Inspektor Zamani menganguk.
“Mungkin kau dah dengar berita yang Shark culik dua orang anak VIP” Dia mengangguk perlahan.
“Kau ingat lagi siapa ni?” Inspektor Zamani bertanya setelah membuka fail di atas meja.
“Ini Fifikan? Bekas awek Shark?” Inspektor Zamani mengangguk.
“Jadi, Shark culik bekas awek dia sendiri?”
“Nina Yasmin Datuk Razali, pun di culik sama” Sekeping lagi gambar seorang gadis ditunjukkan.
“Sekarang ni, aku nak kau beritahu aku. Apa lagi yang kau tahu pasal Shark yang aku tak tahu?” Keningnya berkerut mendengar soalan dari Inspektor Zamani.
“Kan aku dah kata, semua maklumat yang aku tahu, aku dah bagitau. Tak ada apalagi yang aku nak sembunyikan”
“Come on bro. Cuba kau ingat balik kalau-kalau kau ingat apa-apa lagi. Ini dah melibatkan nyawa. Kau pun tahukan, Shark boleh buat tindakan gila kalau dia nak…”
Dia menelan air liur. Memang itu Shark yang dia kenali, hati kering, tiada perasaan. Kalau hitam katanya, maka hitam jugakah yang dia mahukan. Bukan putih, bukan kelabu.
“Shark memang gila” Dia menggumam sendiri.
“Polis dah pergi semua tempat yang pernah Shark jadikan markas. Banglo lama dekat PJ, Puchong tempat simpan ‘barang’, rumah Shark dekat Hartamas, tapi tak dapat apa-apa lagi. Tempat Madam Zoey pun kitorang dah serbu tapi….” Inspektor Zamani menggelengkan kepala.
“Serius dowh… aku tak tahu mana lagi tempat yang Shark boleh sembunyi…”
Mereka terdiam.
“Tanto!” Tiba-tiba, dia teringat nama itu.
“Siapa Tanto?”
“Dulu…masa aku mula-mula join Shark, Shark pernah guna tempat ni untuk simpan ayam-ayam import dia. Tanto…Mat Indon yang tolong dia jaga tempat tu. Gudang lama dekat Bangi. Aku rasa, gudang tu ada lagi tapi memang dah lama sangat terbiar. Aku pun tak tahu kalau Tanto ada lagi untuk jaga gudang tu”
“Bangi…area mana?” Tanpa menunggu lebih lama, dia menerangkan kawasan itu dengan lebih lanjut.
“Ajak… thanks” Inspektor Zamani berkata setelah dapat apa yang di perlukan. Kemudian Inspektor Zamani bangun dan bergegas keluar.
***********************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Bilik ACP Zaid
Perbincangan berlaku dalam suasana yang agak tegang. Sesekali Datuk Razali hampir hilang pertimbangan dengan menuduh pihak polis sengaja melengah-lengahkan kes ini namun dapat di tenangkan oleh ACP Zaid.
“Kami masih berusaha untuk mencari di mana sebanarnya Puan Sofea dan Cik Nina berada. Kami akui, agak sukar untuk mengesan kedudukan mereka sekarang. Kami tak akan berputus-asa dan kami berharap pihak Datuk Yusuf dan Datuk Razali bersabar” ACP Zaid bersuara. Sungguhpun berada dalam keadaan tegang seperti ini, dia perlu meyakinkan pihak keluarga mangsa supaya sentiasa bertenang. Ini penting supaya pihak polis dapat melakukan siasatan dengan lancar.
“Dalam masa 48 jam ni, ada tak Datuk Yusuf, Datuk Razali atau Encik Fandi terima sebarang panggilan dari Shark?” Inspektor Sabri bertanya.
“Ini gambar yang Shark hantar pada saya malam tadi” Fandi menghulurkan telefon bimbitnya kepada Inspektor Sabri lalu di ambil. Gambar itu menunjukkan gambar Fifi dan Nina yang sedang terduduk lesu di satu sudut, seperti di dalam sebuah bilik. Nombor yang di gunakan adalah nombor telefon milik Fifi.
“Saya dah cuba call, tapi telefon dah di matikan” Fandi menambah. Inspektor Sabri mengangguk lalu menuliskan maklumat itu di dalam buku catitannya.
“Tuan Zaid” Datuk Yusuf bersuara.
“Saya dan Datuk Razali dah berbincang. Kami akan sediakan duit seperti yang di minta oleh Shark” ACP Zaid menarik nafas lalu memandang ke arah kedua-dua anak buahnya seolah-olah meminta pendapat.
“Saya rasa…” Belum sempat Inspektor Sabri menghabiskan ayat, telefon bimbitnya berbunyi.
“Maaf” Inspektor Sabri berkata lalu keluar dari bilik ketuanya.
“Tuan” Inspektor Sabri memanggil setelah kembali. ACP Zaid mengangkat muka.
“Inspektor Zamani dapat maklumat yang kemungkinan Shark dan tebusannya berada di Bangi. Dia ke sana sekarang dan memerlukan back-up” Inspektor Sabri menerangkan.
“Okay...call for back-up” ACP Zaid memberikan persetujuan.
“Fifi ada di Bangi?” Datuk Yusuf bertanya.
“Mengikut maklumat yang kami terima, ya. Pihak kami akan ke sana sekarang” ACP Zaid menjawab.
“Saya nak ikut” Datuk Yusuf berkata lagi.
“Kami rasa tak perlu, Datuk. Shark sangat bahaya. Lagipun kami belum dapat pastikan sama ada maklumat yang kami dapat itu seratus-peratus betul. Lebih baik kalau Datuk…”
“THIS IS MY DAUGHTER YOU ARE TALKING ABOUT! ANAK SAYA! So, sama ada awak setuju atau tidak, saya tetap akan ikut. Kalau tidak, saya akan bawa hal ni pada pihak yang lebih tinggi. Awak dan anak buah awak akan dapat susah. You know what I mean!” Datuk Yusuf berkeras. Entah mengapa saat ini, dia juga seperti hilang pertimbangan. Nyawa Fifi lebih penting sekarang. Sama ada Fifi benar-benar berada di Bangi atau tidak, dia tidak peduli. Dia hanya mahu memastikan anaknya selamat.
“Tapi Datuk…” Datuk Yusuf merenung ACP Zaid dengan tajam. ACP Zaid menarik nafas. Pandangannya beralih pula pada Datuk Razali dan kemudian, Fandi.
“Baiklah” Akhirnya, ACP Zaid memberikan jawapan. |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 31-1-2013 02:14 PM
Wahhhh...patutlah rasa macm ada munyik meow. meow...rupanya ada yg menyeru...terharunya....{:child ...
Sellie.. cheq sihat jah walaupun mabuk2 tak hilang lag....
You too, take your time. Sorry yek...Cheq tak sempat nak rempit kat benang hang...busy bebenor ni ha....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|