|
[Jenayah]
SR, Wall Street Journal berterusan memfitnah Najib- PANAS! bukti dah keluar
[Copy link]
|
|
PAC: K'jaan gagal kesan Jho Low
7:30PM - 27 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306359
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Kementerian Kewangan masih belum berjaya mengesan jutawan Low Taek Jho.
Katanya, Kementerian Kewangan mencari jutawan itu bagi mengemukakan surat untuk memaksa Low hadir ke pendengaran PAC berkenaan kes 1MDB pada 8 September.
“Kami tidak tahu di mana dia berada. Kami perlu mencarinya dahulu. Kami sudah meminta Kementerian Kewangan mencarinya.
“Jika mereka tidak tahu di mana dia berada, bagaimana mereka dapat serah surat?,” kata Nur Jazlan ketika dihubungi Malaysiakini.
MP Pulai itu berharap, laporan media yang meluas dalam kes ini akan membolehkan Jho Low mengetahui mengenai hasrat PAC dan hadir ke pendengaran tersebut untuk menjelaskan mengenai isu 1MDB.
"Beliau pastinya mengetahui mengenai perkara ini melalui laporan media dua hari lalu, beliau sepatutnya datang dengan sukarela untuk memberi penjelasan,” katanya.
PAC memutuskan untuk memanggil Low sebagai saksi susulan laporan awal oleh Ketua Audit Negara ke atas 1MDB, yang dikemukakan kepada PAC pada 9 Julai.
Selain Low, kerajaan juga mencari dua lagi bekas pengarah pelaburan 1MDB, Jasmine Looi dan Casey Tang. |
|
|
|
|
|
|
|
Soo...... dah mula saman ker belom ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu uols tumbuh tanduk la
|
|
|
|
|
|
|
|
Bosan woo tunggu lama-lama ni.
Itu ari yo yo jer kata nak saman laa hapa laa.
Aku pun nak pinjam ayat Wak Yidin gak laa...:
"Saya sebagai rakyat nak tanya Datuk laa.... kalau semua khabar/cerita itu tidak betul, sila beritahu apa yang betul."
|
|
|
|
|
|
|
|
Daa masuk hari keberapa dah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mat despatch dahhhh..makcik cleaner bila nak tangkap?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mane @blastoff ni, ape pkembangan.. Oh,xpe thread2 lain dah penuh cite 1mdb,jibby,yidin..berita mahathir kurang sket,berita rosmah pun kurang |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak saman ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak mintak bideo
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama semua keIslaman dan keAraban. Tapi...
|
|
|
|
|
|
|
|
pasni mkcik cleaner dgn wak potong rumput kena tangkap psl skandal 1mdb ni |
|
|
|
|
|
|
|
bukti semua da terang2, bijan dan macai2 seperti Anak_Nogori masi ckap mana bukti? mana bukti? tunjukkan |
|
|
|
|
|
|
|
dah tumbuh janggut ni uols...
saman belum muncul2 |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff dah kena tangkap kott..berkonspirasi nak gulingkan najib
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk lg just search muhyiddin 1MDB umno cheras kat u tube
[youtube]uQb178Ng7UE[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada ikuti media umno Malaysia tak? Melibatkan
Pdrm scotland yard royal Thai police dan interpol...
Tpm cakap jika ada unsur2 jenayah yg di lakukan clare brown maka perjanjian dua hala Msia britian tentang pertukaran maklumat akan di selaraskan dan Sr owner akan di ekstradisi ke Msia.....
BTW mmg doc dakwaan tu palsu...sesapa ada printer dan template bole je buat mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sirul dpn mata pun x leh bawak balik. Inikan pulak rakyat british di england |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dakwa lum? Lama dah menunggu
|
|
|
|
|
|
|
|
sprm dah sahkan duit masuk account najib tu derma...nak tau mana yg dikatakan tampered information ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Interesting read:
KOMENTAR YG SANGAT REALISTIK, LIHAT KE DALAM UMNO-BN JUGA KE DLM PAS, PAKATAN RAKYAT SERTA RENTAK HIDUP WARGA MSIA
Nota: Berikut adalah terjemahan surat terbuka daripada seorang pegawai ekspatriat Britain yang dimuatkan dalam akhbar online Malaysiakini pada 13 Julai 2015.
Saya adalah seorang warganegara Britain dan telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun lepas dalam sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa yang terkenal.
Sejak 20 tahun yang lepas saya telah melawat banyak tempat diseluruh dunia atas kehendak tugas. Daripada pengalaman ini, saya berani menyatakan yang Malaysia dihuni oleh ahli-ahli politik yang buruk dan rakyat yang besikap amat teruk sekali.
Pengetahuan tentang situasi politik didalam sesebuah negeri adalah penting bagi saya kerana kestabilan politik memberi kesan kepada syarikat tempat saya bertugas. Keadaan di Malaysia adalah yang terburuk pernah saya alami setakat ini.
Malaysia mempunyai dua buah gabungan politik yang besar, iaitu kerajaan dan pembangkang. Kedua-dua gabungan ini seperti ayam tanpa kepala yang tidak tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Mereka gemar menyalahkan antara satu sama lain daripada berusaha menyelesaikan konflik dalaman. Keadaan menjadi lebih buruk oleh rakyat yang tidak tahu apa sebenarnya mereka mahu.
Dari sudut pandangan saya, saya faham yang kebanyakan rakyat Malaysia mahu Perdana Najib mengundur diri, ini tidak menghairankan dalam suasana tuduhan-tuduhan skandal yang timbul hampir setiap hari. Seringkali saya berada bersama kumpulan yang berbeza, pasti ada sahaja soal politik dalam perbualan. Kebanyakan mahu Perdana Menteri Najib berundur.
Saya bertanya kepada mereka apabila Najib pergi, siapa yang akan menggantinya. Tiada satupun kumpulan yang saya temui bersepakat tentang seorang pengganti. Orang nombor dua, Muhyddin Yassin tidak juga mereka gemari. Anwar Ibrahim kini dalam penjara. Mereka perlu akur yang isteri beliau bukan seorang pemimpin. Tiada seorangpun pemimpin wanita lain yang berkempen sering menangis dan dikelilingi cucu-cucunya.
Lim Guan Eng seorang berketurunan Cina, jadi tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Azmin Ali mungkin, tetapi cara Azmin memimpin kerajaan Selangor, juga menggugurkan potensi beliau. Ini bukan kata-kata saya tetapi daripada orang-orang yang mahu Najib digugurkan. Semua mahu Najib dijatuhkan, tetapi tidak wujud Plan B. Sesiapapun yang mengambil alih daripada Najib tidak akan memuaskan hati rakyat Malaysia, dan pasti dengan sekelip mata anda akan mahu pengantinya juga sama berundur.
Politik yang tidak setabil menyebakan ekonomi yang tidak seimbang dan menakut pelabur asing. Nilai Ringgit jatuh dan kerajaan dipersalahkan. Sebenarnya suasana yang tidak setabil disebabkan reaksi yang tidak menentu daripada rakyat Malaysia sendiri.
Pada amnya kebanyakan rakyat Malaysia menganggap Najib sudah bersalah sebab laporan dari Wall Street Journal, sebuah akhbar Amerika yang di yakini rakyat Malaysia lebih daripada rakyat Amerika sendiri. Wall Street Journal dan New York Times bukanlah akhbar pilihan buat rakyat Amerika.
■ Jaguh Dunia Keyboard
Ketika syarikat Penerbangan Malaysia ditimpa musibah, kebanyakan rakyat Malaysia menjadi ‘pakar penerbangan’ dan beranggapan mereka lebih mengetahui daripada pihak berkuasa.
Ketika kematian berlaku dalam festival muzik, mereka berlagak seperti ahli sains pathology dan forensik. Sekarang mereka berlagak seperti pakar perbankan dan ekonomi. Sebenarnya orang Malaysia hanyalah jaguh keyboard (jaguh media sosial). Saya nampak kini puak pembangkang akan menganjurkan himunan jalanan, dan pasti ramai pengamal media sosial akan mudah di pengaruhi.
Sewaktu krisis banjir di Kelantan, mengapa puak pembangkang dan orang ramai tidak kumpulkan orang yang boleh membantu secara fisikal? Orang Malaysia nampaknya lebih gemar mengempur jalanan, menjerit-jerit dan buat bising, merosakkan hartabenta bukan milik mereka sambil menyalahkan kerajaan. Itulah orang Malaysia.
Saya selalu mendengar suara-suara menyalahkan pasukan penyelamat dan polis kerana lambat sampai ke tempat kejadian kemalan
gan. Mengapa salahkan mereka apabila anda sendiri tidak mematuhi peraturan jalanraya? Lane kecemasan dipenuhi oleh kereka-kereta mereka yang terlambat ke majlis makan malam atau ke panggung wayang.
Orang Malaysia telah mendapat jolokan sebagai pemandu yang paling teruk di dunia. Anda tidak boleh mematuhi peraturan jalan yang paling asas dan anda menyalahkan semua orang lain. Apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan, anda kata mereka itu pengacau dan pengamal rasuah. Apabila mereka tidak bertindak seperti diatas, anda katakan mereka tidak membuat kerja mereka. Apakah yang anda sebagai orang Malaysia mahu?
Kawasan-kawasan baru yang dipenuhi pelbagai bangunan ‘Concrete jungles’ telah menimbulkan isu persekitaran.
Anda mahu modernisasi dan anda anggap Mahathir sebagai bapa modernisasi Malaysia. Akan tetapi PERKASA suatu ciptaan Mahathir berterusan mengerakkan sentimen perkauman. Adakah ini modernisasi pada anda? Lebih separuh kekayaan di Malaysia dimiliki bukan orang Malaysia, dan Mahathirlah, jaguh anda, menjadi penyebabnya.
Kontrak kerja saya di negara ini kini hampir tamat. Saya ada pilihan terus bekerja di sini, tetapi ini dengan sukacita saya tolak. Fikiran orang Malaysia terlalu cetek dalam menghadapi sebarang isu. Daripada berbicara menyelesaikan krisis semasa, orang Malaysia biasa mengenepi sebarang usaha menanganinya sambil berharap penyeselaian akan jadi dengan sendirinya. Teruskan berharap, hai orang Malaysia.
Dengan kadar semasa, Malaysia pasti akan menempah kegagalan dan bukan ahli politik sahaja yang harus dipersalahkan. Sikap rakyat Malaysia juga apa bezanya.
CnP |
|
|
|
|
|
|
| |
|