Kes suami Ziana Zain iaitu Armin Zaharin yang ditahan polis atas dakwaan mencederakan anaknya benar-benar memberikan impak besar kepada kehidupan penyanyi itu. Ada juga beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa Ziana sebagai seorang isteri sanggup membuat laporan polis terhadap suami sendiri?
Setelah lama berdiam diri dan menerima pelbagai kritikan, Ziana akhirnya tampil membuka mulut mengenai apa yang terjadi. Beliau mendedahkan suaminya itu sering memukul anak-anak dengan teruk sekali sehingga menyebabkan lebam serta “pecah” di bahagian badan. Lebih memeranjatkan, Armin juga pernah mencilikan kemaluan serta dubur anak kembar mereka yang ketika itu berusia 3 tahun.
Ziana juga sudah tidak mampu bersabar dan bertahan dengan sikap panas baran Armin apatah lagi lelaki itu turut mengambil dadah. Antara faktor Ziana ingin bercerai adalah berkaitan kes penderaan yang berlaku kepada anak-anaknya. Sudah lebih 20 tahun mendirikan rumah tangga, beliau sudah cukup mengenali siapa Armin sebenarnya.
|