|
RIANZ PARADISE VOL. 61 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by violette at 5-2-2009 11:24 AM 
kadang2 depa x faham...tapi x nak tanya habis2an
dorg ingat dorg pandai kot... so ego lor... tanya soklan kurenggggg... tp muka buat2 mcm bijak ala2 Mr. Trump dalam The Apprentince ehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 5-2-2009 11:37 AM 
kalau ai jadi anak akak... ai pon ikut sama bersorak kak... bukan perli ke apa... mmg suka tgk parents berkasih sayang nihhh.. aman bahagia
masalahnya jen suka pegang pinggang....akak geli...lagipun dah x berapa nak berpinggang kan |
|
|
|
|
|
|
|
tadaaaaaaaaaa
RIZ AKAN PERFORM KAT WEDDING LINDA JASMIN & QUE
Habib Jewels taja lebih RM3 juta aksesori kahwin Linda Jasmine
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Setpersandingan (safir biru dan berlian)berupa rantai berharga RM2.35juta, anting-anting: RM629,000, gelang: RM74,800, cincin: RM21,000digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine. -foto The Star olehNORAFIFI EHSAN
[EKSKLUSIF] AMPANG:Dianggarkan lebih RM3 juta harga barang kemas tajaan Habib Jewels yangakan digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine, 37 semasamajlis perkahwinannya dengan aktor Que Haidar, 30 pada 14 Februaridepan di Bora Ombak, di sini.
Antara aksesori tersebut untuk tiga persalinan dan upacara berbeza adalah:
Kejelitaan Linda Jasmine bagaikan puteri raja ketika mengenakan taira dan anting-anting tajaan Habib Jewels.
Akad nikah
Anting-anting: RM127, 830
Gelang: RM165,000
Persandingan (Set safir biru dan berlian)
Rantai: RM2.35 juta
Anting-anting: RM629,000
Gelang: RM74,800
Cincin: RM21,000
Keunikantiara berharga RM156,395 yang diperbuat dari South Sea Pearls akandigayakan oleh Linda Jasmine ketika acara memotong kek.
Memotong kek (Set ‘white south sea pearl’)
Tiara: RM156,395
Anting-anting: RM88,325
Menurut Linda, Habib Jewels menjadi pilihan kerana pelbagai pilihan koleksi aksesori yang terdapat di situ.
Keayuan si jelita Linda Jasmine yang menambat hati aktor Que Haidar.
Kehadiran Linda tidak ditemani Que Haidar kerana pelakon itu sibuk dengan pengambaran.
"Bukan sahaja saya yang gemar memilih aksesori Habib Jewels untukkoleksi peribadi malah ahli keluarga terutama ibu saudara saya selaluke sini," kata Linda ketika hadir untuk memilih barang kemas di HabibJewels, Ampang Point, di sini hari ini.
Ketika sesi pemilihan dilakukan, Linda ditemani oleh rakansekerjanya, Zuhana dan penolong pengurus komunikasi dan pemasaran HabibJewels, Yasheedah Yashaiya.
Linda Jasmine begitu teruja mendapat tajaan Habib Jewels.
Linda mengaku beliau agak cerewet membuat pilihan. Bagi beliau,sikap tersebut penting untuk menentukan aksesori yang benar-benarcantik dan sepadan dengan pakaian yang bakal disarungkan semasa majlisperkahwinannya nanti.
"Saya tak mahu nanti orang mengata ‘itu’ dan ‘ini’ semasa majlisberbahagia kami. Kalau boleh saya nak nampak ringkas tetapi menarikdipandang orang," luahnya yang sebolehnya ingin tampak kelihatanseperti seorang 'Ratu' pada majlis yang penuh bermakna itu.
Tinggal kira-kira dua minggu lagi, dan sehingga kini sudah 75peratus persiapan perkahwinan yang dilakukan oleh beliau dan bakalsuaminya.
Tuah badan Linda Jasmine dapat menggayakan aksesori tajaan Habib Jewels.
Setakat ini, cincin nikah untuk kedua bakal mempelai ini telahdibeli, dan pakaian pengantin perempuan yang dijahit menggunakankhidmat tiga pereka iaitu Datin Kirana (baju nikah), Saiful Bahrin(Sanding) dan Calvin Thoo (potong kek) juga telah disiapkan.
Selain itu, antara pihak yang turut terlibat di dalam majlisperkahwinan pasangan berbeza usia tujuh tahun ini adalah Lord’s Tailor(pakaian Que), AZ Saloon and Bridal House (mengurus resepsi di Johor),Jakel (fabrik), Polkadotted Creative Solutions oleh Jeslina Hashim(dekorasi)dan The Blooming Cake.
"Saya dimaklumkan ketiga-tiga pakaian yang akan saya pakai nantitelah disiapkan tetapi setakat ini saya belum tengok dan cuba lagi.
"Kad jemputan juga telah siap dicetak tetapi belum diedarkankesemuanya. Saya anggarkan dalam 400 tetamu yang dijemput ke majlisnikah kami nanti.
"Kalau boleh saya nak jemput semua tetapi tak dapat buat. Jadi, sayaingin memohon maaf kepada mereka yang kami tidak dapat jemput,"beritahu Linda yang akan membawa turun ahli keluarganya dari AmerikaSyarikat semasa majlis itu nanti.
Resepsi perkahwinan sebelah Que pula akan diadakan di Felda Taib Andak, Johor pada 15 Mac.
Majlis resepsi di Bora Ombak sempena Hari Valentine akan diserikanoleh anak didik Linda dari Akademi Fantasia iaitu penyanyi Amylea,Farhan dan Riz. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by violette at 5-2-2009 11:30 AM 
tu ler...ngan anak2 pun akak serahkan pada jen utk marahkan depa...lepas tu kami gelak berdua...
ada skali tu kami tangkap anak ke3 tu ponteng pi ngaji....punyer marah kami...
dia balik dr ...
sabor jer le.... sure anak akak heran pesal ler dok gilir g belakang ehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|