CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V136'

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2022 10:33 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 5-3-2022 10:37 AM

nti kt rumah baru reply post nov...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2022 10:34 AM | Show all posts
Lebih 970,000 kanak-kanak terima vaksin COVID-19

Mac 5, 2022 @ 9:36am



Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 67,600,736 dos. - Foto hiasan NSTP



KUALA LUMPUR: Sebanyak 974,355 individu atau 27.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,943,712 individu atau 63.5 peratus populasi dewasa pula sudah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,953,291 atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,232,845 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,803,567 individu atau 90.1 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,900,616 atau 93.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 81,724 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 23,129 suntikan dos pertama, 1,516 suntikan dos lengkap dan 57,079 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 67,600,736 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 78 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Sabah mencatatkan 15 kes, diikuti Kedah (12), Johor (11), Selangor (10), Pulau Pinang (lapan), Perak (enam), Pahang (empat) dan Terengganu (tiga).

Negeri Sembilan, Sarawak dan Kuala Lumpur pula masing-masing melaporkan dua kes manakala satu kes masing-masing di Kelantan, Melaka dan Perlis. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 10:39 AM | Show all posts
page 99...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 10:41 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 5-3-2022 01:53 PM

menunggu tuan rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 11:46 AM | Show all posts
Pelajar sekolah menengah hadir secara bersemuka mulai 4 April
RAJA NUR FAZNIE AIDA | | 05 Mac 2022


Mohd Radzi


SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan bahawa pelajar sekolah menengah kecuali sekolah berasrama penuh perlu hadir ke sekolah secara bersemuka mulai 4 April.


Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagaimanapun berkata, bermula pada 21 Mac, pelajar sekolah menengah akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu.




Menurutnya, selepas PdPR selama dua minggu, semua pelajar sekolah menengah akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.


"Ketetapan ini juga termasuk kepada pelajar berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).


"Pelajar kelas peralihan, Tingkatan Satu hingga Enam, pra universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara turut hadir secara bersemuka tanpa penggiliran,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook pada Sabtu.


Mohd Radzi berkata, bagi pelajar Tingkatan Satu yang berjaya memasuki sekolah berasrama sepenuhnya, mereka boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan sekolah berasrama diumumkan.


Katanya, sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan keseluruhan pelajar juga boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu Tingkatan Satu.


“Bagi kolej vokasional, sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing termasuklah untuk sijil vokasional Malaysia dan diploma vokasional Malaysia.


“Bagi kolej matrikulasi pula, semua pelajar akan hadir tanpa penggiliran. Bagi sistem empat semester yang akan hadir adalah pelajar semester dua dan empat, manakala bagi sistem dua semester yang akan hadir ialah pelajar semester dua.


"Selain itu, bagi Institut Pendidikan Guru (IPG), semua program pengajian akan memulakan kuliah secara bersemuka tanpa penggiliran,” katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... emuka-mulai-4-April
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 11:51 AM | Show all posts
Pastikan teknik betul ujian kendiri untuk keputusan tepat

Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Mac 5, 2022 @ 11:43am[email protected]




Gambar hiasan - NSTP/OWEE AH CHUN



KOTA BHARU: Penggunaan teknik betul ketika melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 adalah sangat penting bagi memastikan memperoleh keputusan yang tepat.

Ketua Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital (UKJEH), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof Madya Dr Siti Suraiya Md Noor, berkata justeru sebelum menjalani ujian kendiri itu, individu terbabit hanya boleh meminum air kosong.

Selain itu, katanya, individu berkenaan tidak boleh merokok, makan atau sekadar mengunyah makanan, kerana dikhuatiri ada protein tertentu dalam makanan yang boleh mengganggu antigen bakal diuji.

Beliau berkata, prinsip ujian RTK Antigen itu adalah untuk mengenal pasti viral protein kepada virus COVID-19.

"Bagi mendapatkan keputusan tepat, sebaik-baiknya mengikut setiap arahan terdapat pada kotak kit ujian.

"Ini kerana kecuaian dalam mengikut arahan, seperti tidak menepati masa ujian atau sampel tidak mencukupi, boleh menjejaskan keputusan ujian. Setiap keputusan diperoleh perlu diambil kira dalam tempoh tertentu sahaja.

"Jika keputusan keluar dua garisan, ia dikira positif walaupun salah satu hanya kelihatan samar-samar. Sekiranya keluar satu garisan pula, keputusan dikira negatif.

"Jika tiada sebarang garisan, keputusan adalah 'invalid' dan ujian perlu diulangi," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dr Siti Suraiya berkata, terdapat 124 jenis kit ujian kendiri diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dijual dalam pasaran, dan fungsinya berbeza antara setiap kit ujian.

"Saya suka mengingatkan kepada semua, khususnya yang membeli kit ujian secara dalam talian atau mana-mana premis jualan selain daripada farmasi, mereka perlu memastikan hanya membeli kit diluluskan KKM.

"Pastikan kit ujian yang dibeli mengguna pakai sampel yang mana, sama ada calitan nasofaring (nasopharyngeal swab), calitan hidung (nasal swab), calitan bukal (buccal swab) atau air liur (saliva), kerana langkah ujian bagi setiap kit adalah berbeza-beza," kataya.

Dalam pada itu, Dr Siti Suraiya berkata, pengendalian sisa klinikal yang sudah digunakan juga perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, kit yang sudah digunakan perlu dimasukkan ke dalam plastik dibekalkan tanpa mengira sama ada keputusan diperoleh positif atau negatif, kerana kedua-duanya boleh memberikan risiko kepada orang lain terutama pekerja pembersihan.

"Selain itu, bersihkan tempat di mana ujian berkenaan dilakukan. Contohnya, meja atau apa saja peralatan lain yang digunakan ketika ujian kendiri itu dilakukan," katanya.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2022 11:58 AM | Show all posts
uishhhh dah page 99
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 11:59 AM | Show all posts
belom habis reply lagi ni

adoiii

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2022 12:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 12:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 12:16 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 5-3-2022 11:59 AM
belom habis reply lagi ni

adoiii

tunggu rumah baru nay..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 01:50 PM | Show all posts
Penggunaan katil ICU di 7 negeri lebih 50 peratus

Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Mac 5, 2022 @ 1:32pm[email protected]




Keadaan wad ICU. - Foto hiasan



PUTRAJAYA: Tujuh negeri kini merekodkan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus, dengan Putrajaya paling tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Putrajaya kini merekodkan penggunaan keseluruhan katil ICU mencecah 100 peratus.

Baki enam lagi, katanya membabitkan Perlis dengan 73 peratus, selain Selangor (61 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus), Johor (57 peratus), Perak (51 peratus) dan Kelantan (50 peratus).

"Bagi penggunaan katil bukan ICU, terdapat 12 negeri yang mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus, paling tinggi di Selangor dengan kegunaan mencecah 114 peratus.

"Ini diikuti Perak dan Perlis yang masing-masing kegunaan sebanyak 98 peratus, masing-masing 93 peratus di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kelantan (79 peratus), Pahang (78 peratus), Terengganu (71 peratus), Sarawak (65 peratus), Johor (64 peratus), Pulau Pinang (58 peratus) dan Sabah (56 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata kini pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 211 pesakit atau dengan peratusan sebanyak 24 peratus.





Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 01:54 PM | Show all posts
AirAsia Malaysia kenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac

Mac 5, 2022 @ 12:21pm



GAMBAR hiasan



KUALA LUMPUR: AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac ini bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsanya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang melepasi AS$120 (RM501.36) setong.

"Surcaj bahan api ini akan dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac ini. Semua tempahan dibuat sebelum tarikh itu tidak akan terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.

AirAsia Malaysia berkata, kadar surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dalam Malaysia adalah RM10, manakala bagi laluan antarabangsa bertempoh satu hingga dua jam pula sebanyak RM25.

Kadar untuk laluan antarabangsa dengan masa dua hingga tiga jam adalah RM25, manakala RM50 untuk tiga hingga empat jam dan RM60 untuk lebih daripada empat jam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas berikutan harga bahan api yang terus meningkat akibat keadaan di Eropah Timur serta faktor luaran lain.

"Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada 2015 berikutan harga bahan api global serendah AS$48 (RM200.54) setong waktu itu, kami mengalami beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini.

"Bagaimanapun, AirAsia menyerap kenaikan harga bahan api yang lalu untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami.

"Malangnya, keadaan semasa, dengan harga bahan api melonjak lebih 160 peratus daripada angka pada 2015, menjadikan situasi ini tidak lagi mampan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap langkah ini hanya sementara dan akan terus memantau keadaan semasa, di samping memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 4-3-2022 09:15 PM
ya spank..kt sini lebih pada borak kosong. nk borak topik apa pun boleh.

Hari ni mak iols masak kepah kuah serai apetahnama dengan masak pedas
Sedap betul
Anak makan bertambah2 nasik dengan kuah je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 03:42 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 5-3-2022 02:45 PM
Hari ni mak iols masak kepah kuah serai apetahnama dengan masak pedas
Sedap betul
Anak makan berta ...

mak yg masak mesti sedap spank. makan bertambah dua pinggan pun tak rasa apa.
pandai anak spank makan kepah. ada setengah budak memilih makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2022 03:45 PM | Show all posts
Sistem penggiliran murid Tahun Tiga hingga Lima
RAJA NUR FAZNIE AIDA | | 05 Mac 2022


Mohd Radzi


SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan murid Tahun Tiga hingga Lima akan meneruskan sistem penggiliran apabila sesi persekolahan penggal satu bermula pada 21 Mac depan.


Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagaimanapun berkata, ia hanya akan terpakai untuk sekolah dengan jumlah enrolmen 600 murid termasuk institusi ekspatriat dan antarabangsa.


“Bagi murid Tahun Tiga hingga Lima, mereka akan hadir secara penggiliran manakala bagi murid sekolah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara turut diguna pakai,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook beliau pada Sabtu.


Mohd Radzi turut memaklumkan, bagi murid yang hadir ke sekolah tanpa penggiliran pula ialah murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), prasekolah, Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Enam.


Tambah beliau, kesemua murid di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.


“Mereka akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran terutama bagi sekolah yang mempunyai jumlah melebihi 600 orang.


“Sekolah rendah swasta termasuk ekspatriat dan antarabangsa yang turut mempunyai jumlah murid melebihi 600 orang boleh mengemukakan permohonan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya,” katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... un-Tiga-hingga-Lima
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 03:48 PM | Show all posts
matt tak masuk agaknya arini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 03:51 PM | Show all posts

selamat petang tari.
kt sini tengah hujan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2022 04:07 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-3-2022 03:48 PM
matt tak masuk agaknya arini.

maaf Zura
matt masuk lambat hari ni
petang baru berkesempatan

masuk dah nak roboh umah ni..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.120804 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list