CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]

  [Copy link]
Post time 26-11-2012 10:25 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 26-11-2012 10:36 AM
mesti ko ade mse aku tgk kt summit 1st day die tygkan aritu..hahahaha...
seyes cite ni meremang k ...

ko tgk pkul brapa hr khamis tu??

aku tgk ptg.. 2.20..

gigih ajak laki aku tgk sbb dua2 cuti hari tuh...

hahahaha~

ha'ah.. rasa sayu je kan masa nak abes tuh..

lagi2 part dia tunjuk nama n gambar2 pelakon twilight..

lepas ni dah tak de dahhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2012 12:25 AM | Show all posts
Memandangkan ada beberapa forummer yg nk ai terus translate the next book (setelah kejayaan translate buku Twilight sblm ni), so ai decided translate Midnight Sun draft, sepertimana yg ai penah bgtau dulu. So.. here we goes...



MIDNIGHT SUN ~ draft yg x abis oleh Stephanie Meyer (kisah dari kacamata Edward Cullen)
*sila ambil perhatian : terjemahan di bawah merupakan terjemahan utk suka2 & bahasa x brape nk professional... versi belasah porem Cari hokeh!

CHAPTER 1 : First Sight

Ini adalah saat2 yg Edward harap dia dapat tidur.

Sekolah tinggi.

Atau adakah "pembersihan dosa" merupakan perkataan yg sesuai? Andaikata ada cara utk menebus dosanya, ini mungkin boleh dikira. Kebosanan bukanlah suatu yg baru bagi dirinya, setiap hari bagaikan sama saja sepertimana hari-hari sebelum ini. Edward menganggap itu mungkin cara dia 'tidur' - seandainya tidur membawa definisi antara keadaan pegun & aktif. Edward merenung ke arah rekahan dinding di tepi kafeteria, sambil membayangkan bagaimana rupanya dinding itu tanpa rekahan tersebut. Itu merupakan salah satu cara bagaimana dia menghindarkan suara2 yg menerjah ke dlm kepalanya bagaikan curahan air sungai yang mengalir tanpa henti.

Ratusan suara2 ini diabaikan Edward dgn rasa bosan. Apabila suara2 dtgnya daripada fikiran manusia, Edward pernah mendengarnya sebelum ini. Hari ini, semua fikiran tersebut seolah2 berulang kembali bagaikan tayangan ulangan drama berserta sedikit tambahan oleh pelajar2 yg muda di situ. Edward dapat mendengar fikiran2 pelajar2 baru dari setiap sudut. Hanya gadis yang biasa. Perasaan teruja terhadap gadis tersebut mmg mudah utk dijangka - seolah2 dia merupakan brg permainan kanak2 yg baru. Sebahagian dari pelajar2 lelaki yg ada di situ sedang membayangkan diri mereka sedang dilamun cinta dgn gadis tersebut, hanya kerana dia muka baru. Edward cuba sedaya-upaya utk mengalihkan perhatiannya daripada perkara tersebut.

Hanya ada 4 suara yg akan dielak Edward iaitu keluarganya ~ adik-beradik lelaki & perempuannya, di mana Edward memberikan ruang privisi kepada mereka dgn tidak mendengar fikiran mereka. Sungguhpun dia mencuba, namun... dia masih dpt tahu. Rosalie sdg bfikir, sptmana selalu, mengenai dirinya. Rosalie kemudiannya terpandang refleksi dirinya sendiri dari cermin mata seseorang, dan lantas dia memikirkan ttg kesempurnaan dirinya sendiri.  Pemikiran Rosalie mudah dibaca.

Emmett pula sedang bengang dgn kekalahnya kepada Jasper dlm gusti lengan mlm td. Ia mungkin akan menguji kesabaran Emmett menunggu sehingga habis waktu sekolah & berlawan sekali lg dgn Jasper.  Edward tidak pernah rasa terganggu setiap kali terdengar apa yg sedang difikirkan Emmett, kerana dia x pernah berahsia, apa yg dia fikirkan, dia akan menzahirkannya dlm bentuk perbuatan. Mungkin Edward berasa bersalah apabila terdengar fikiran org lain kerana berkemungkinan ada rahsia yg mereka ingin simpan dari pengetahuan sesiapa. Sekiranya pemikiran Rosalie seolah-olah sebuah kolam renang yg cetek, pemikiran Emmett pula seumpama sebuah tasik yg tiada bayang2 & sgt jernih.

Dan Jasper pula... sedang merana. Edward cuba utk x mengeluh. Edward. Alice sedang memanggil nama Edward dari fikirannya, dan ia menarik perhatian Edward. Seolah2 namanya dipanggil dgn kuat. Edward berasa agak bersyukur kerana zmn skrg namanya tidaklah begitu popular digunakan – suatu ketika dahulu ianya amat menyusahkan kerana setiap kali ada org menyebut nama Edward, secara automatik  dia akan menoleh...

Namun skrg Edward x menoleh. Dia & Alice mempunyai persefahaman yg sgt baik ketika berkomunikasi secara privasi begini. Jarang ada sesiapa yg perasan mereka sedang berkomunikasi cara demikian. Mata Edward masih terpaku pd siling.

Bagaimana dgn keadaan dia? Alice bertanya Edward.

Edward mengerutkan dahinya, mulutnya tidak bergerak. Tiada siapa yg perasan ttgnya. Wajah Edward mudah menampakkan kebosanan.

Nada pemikiran Alice lebih jelas skrg, dan Edward dpt melihat dgn jelas fikiran Alice yang sedang mengerling Jasper. Ada apa2 yg membahayakan ke? Alice cuba mendapatkan kepastian di sebalik wajah kebosanan Edward.

Edward perlahan2 menoleh ke arah kiri, seolah2 sedang memandang susunan bata pd dinding sambil menghela nafas, dan kemudian dia menoleh ke arah kanan pula, kemudian dia kembali memandang ke arah siling. Hanya Alice saja yg tahu yg Edward sedang menggelengkan kepalanya memberi isyarat ‘tidak’.

Alice kelihatan lega. Beritahu sy kalau keadaan x bagus.

Edward hanya memberi isyarat mata, memandang arah siling di atas dan kemudian memandang ke bwh.

Terima kasih sbb beritahu sy.

Edward lega kerana x perlu menjawab Alice dgn suara lantang. Apa yg boleh dikatakannya? “Dengan sukacitanya”? Sukar utk mengungkapkan perkataan sebegitu. Edward x begitu seronok mendengar pergelutan di dlm diri Jasper. Perlukah dia melakukan percubaan sebegini? Bukankah lebih elok mengaku saja yg Jasper sememangnya x mungkin dpt mengawal  dahaganya sepertimana ahli keluarga Cullens yg lain, dan jgn terlalu menguji batas kesabaran Jasper? Kenapa sengaja mencari pasal?

Sudah 2 minggu berlalu sejak perburuan yang terakhir mereka. Ia bukanlah sesuatu yang sukar bagi Edward & keluarganya yg lain. Hanya mungkin terdpt sedikit keadaan yg x selesa – seandainya terdapat manusia berjalan terlalu hampir, jika angin bertiup ke arah yg salah. Namun manusia jarang sekali berjalan terlalu rapat. Naluri manusia biasanya akan memberitahu sesuatu yg tidak mampu diberitahu oleh minda bwh sedar mereka; iaitu Edward & keluarganya berbahaya.

Jasper merupakan ancaman yang sgt bahaya skrg ini.

Ketika itu, seorang gadis bertubuh kecil berhenti di hujung meja berhampiran mereka, dan berbual dgn seorang rakannya. Gadis tersebut melepaskan rambutnya yg pendek sambil jari-jemarinya menyelak rambutnya itu. Kehangatan aroma dari rambutnya bertebaraan ke arah Edward dan adik-beradiknya. Edward sudah biasa dgn keadaan sebegitu – tekaknya yg terasa begitu kering & perit, perutnya lantas terasa kosong, secara otomatik membuat otot2nya terasa tegang, merangsang pengaliran racun di dlm mulutnya...

Semua ini telah lali baginya, Edward x begitu menghiraukannya. Namun skrg ini keadaan sedikit sukar dgn perasaan yg semakin, 2 kali ganda kuat sewaktu memerhatikan reaksi Jasper. Dahaga yg 2 kali ganda termasuk dahaganya.

Jasper sdg melayan perasaannya – dia sdg membayangkan dirinya bangun dari kerusinya di sebelah Alice dan pergi berjalan ke arah gadis bertubuh kecil tadi. Dia membayangkan dia sdg tunduk menghampiri gadis tersebut dan berbisik di telinganya, dan bibirnya menyentuh kerongkong gadis itu. Dia membayangkan bagaimana hangatnya aliran nadi yang boleh dirasai di dlm mulutnya...

Edward menendang kerusi Jasper.

Pandangan Jasper bertemu pandangan mata Edward utk seketika, dan dia kemudian tunduk ke bwh. Edward dpt mendengar pergelutan antara perasaan malu dan memberontak di dlm fikiran Jasper. “Maaf,” ujar Jasper.

Edward mengangkat bahunya.

“Awak x akan lakukan apa2,” Alice memujuk Jasper. “Sy dh melihatnya.”

Wajah Edward kembali berkerut mendengar pembohongan Alice tersebut. Edward & Alice sentiasa bersama-sama. Ia bukanlah suatu yg mudah apabila mendengar suara atau melihat gambaran masa depan. Segalanya terasa begitu aneh di antara mereka yg sudah sememangnya aneh. Mereka berdua saling melindungi sesama mereka.

“Ia akan sedikit membantu kalo awak menganggap mereka seperti manusia,” Alice mencadangkan, suara Alice yang berirama dan tinggi terlalu pantas utk didengari atau difahami oleh manusia biasa, walopun mereka berada dkt saja dgn Alice. “Nama gadis tu Whitney. Dia ada adik perempuan yg disayanginya. Ibunya pernah menjemput Esme ke parti taman mereka dulu, awak ingat lg x?”

“Sy kenal dia,” ujar Jasper, pendek. Dia mengalihkan pandangannya ke arah tingkap2 kecil yang terletak betul2 di hujung atap di sepanjang bilik tersebut. Nada suara Jasper telah menamatkan perbualan mereka.

Jasper perlu berburu mlm ini. Ia sesuatu yg mengarut dgn mengambil risiko sebegini, dgn cuba menguji tahap kesabaran & kekuatan Jasper hanya utk membina kesabarannya. Jasper mungkin boleh menerima had yg telah ditetapkan dan berusaha lagi. Tabiat dlm hidupnya sebelum ini menyukarkan dirinya menyesuaikan diri dgn kehidupan pilihan keluarganya; dia x sepatutnya terlalu memaksa dirinya sendiri.

Alice mengeluh perlahan dan bingkas bangun, mengambil dulang makanannya – sebagai alatan lakonannya – bersama-samanya dan meninggalkan Jasper bersendirian di situ. Alice tahu bila Jasper sudah tidak dpt dipujuk lagi. Rosalie dan Emmett lebih menonjolkan diri ttg perhubungan mereka, tp sebaliknya Alice dan Jasper yg saling mengetahui mood masing2. Seolah2 mereka berdua mampu saling membaca fikiran sesama mereka.

Edward Cullen.

Tindakan refleks. Edward menoleh ke arah di mana namanya disebutkan, sebenarnya tidakpun disebut, hanya melalui fikiran seseorang.

Mata Edward terpaku ke arah sepasang mata berwarna coklat pd wajah pucat berbentuk separa hati. Edward kenal wajah tersebut, sungguhpun Edward x pernah melihatnya sendiri sebelum itu. Wajah tersebut boleh dikatakan berada di dlm fikiran semua manusia di situ hari ini. Pelajar baru itu, Isabella Swan. Anak perempuan kpd syerif bandar ini, yang baru saja berpindah di sini di bwh jagaan bapanya. Bella. Dia akan membetulkan sesiapa saja yang memanggilnya dgn nama penuh...

Edward menoleh ke arah lain, bosan. Namun ia x mengambil masa yg lama apabila Edward menyedari bukan Bella sahaja yg memikirkan namanya.

Sudah tentulah dia telah tertarik dengan keluarga Cullens. Edward mendengar fikiran pertama td terus menyambung.
Skrg Edward dpt mengecam suara tersebut. Jessica Stanley – sejak sekian lama kata2 dlm fikirannya mengganggu Edward sebelum ini. Namun Edward berasa sedikit aman apabila perasaan Jessica terhadapnya hilang begitu saja apabila menyedari tiada respon yg diberi. Edward sudah jelak utk cuba melepaskan dirinya daripada pemikiran mimpi mengarut Jessica sebelum ini. Setiap kali Edward amat berharap dpt menerangkan kpd Jessica apa yg sebenarkan akan blaku sekiranya bibirnya dan gigi di sebalik bibirnya terdapat di sekeliling gadis itu. Pasti ia dpt menghentikan terus mimpi2 mengarut Jessica itu. Kemungkinan reaksi Jessica tersebut hampir membuatkan Edward tersenyum sendiri.

Dia akan gemuk nnt. Jessica masih terus berfikir. Dia x secantik mana pun. Sy x faham kenapa Eric asyik memandang ke arah dia.. termasuk Mike.


...bersambung...
Last edited by leon_mclaren78 on 27-11-2012 12:57 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:11 AM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 26-11-2012 05:06 PM
yesss...betul2! Ai pun ada e-book ni & save dlm laptop. Tp mmg x feel la bace pakai laptop, i-pa ...

bau buku baru sgt mengujakan.....tak tergambar dgn kata2... ahaaa......
agree sgt2... baca e-book kureng feel..... wlau itu la yg buat aku teruja for 3-4 days nak habiskan the whole saga dulu2.....
bila buku dah berada dalam tgn...... heaven! hhihihi....... g mana2 pun bawak buku tu...... mmg takleh dipisahkan.....
now that the saga is over...... i think i'm gonna reread the whole thing....
itu pun if i ever find time for that.......

not forgetting reading the official twilight guide yg dah lama duduk kat tepi katil aku.....
n of coz tiap tahun teruja tunggu Illustrated Guide.......

ngeeeeeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:19 PM | Show all posts
pesal tetiba bukak youtube kat hp pehtu dengar lagu Christina Perry - One Thousand Years
over and over again sambil buat kerja

oppss lagipun boss tengah meeting
ala pasang antara dengar tak dengar ...
but why .... ??
as if i can imagine the scene in Breaking Dawn part 2 ...
sambil dengar lagu nie ...



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:24 PM | Show all posts
AKu suka parody kutuk Twillight by Supernatural.....

disebabkan cerita twillight nih sungguh popular kat state, semua anak anak remaja perempuan berangan dapat jumpa boipren ala pattison dan turn them into vamp. Nak dijadikan cerita, vamp dalam supernatural turn them into food stock, so dean & sam winchester pergilah siasat satu kes kehilangan satu budak pompuan nih, and sam cuma hack pc dia....dean suruh guna pattison as keyword and boom....laptop tuh boleh login

http://www.eclipsemovie.org/the- ... l-mocking-twilight/

Dalam Ted pun ada scene kutuk Lautner....ha ha

Never a twillight fan...boooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:27 PM | Show all posts
Pi download citer nih Supernatural 6x05 - "Live free or Twi Hard" - Twilight Parody  ..khas untuk Twillight parody.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2012 04:45 PM | Show all posts
bmw_e34 posted on 27-11-2012 04:24 PM
AKu suka parody kutuk Twillight by Supernatural.....

disebabkan cerita twillight nih sungguh popu ...


Woh... here is a Stalker!! You are not invited here. boooo...


p/s: you should see a psychiatrist.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 04:49 PM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 27-11-2012 04:19 PM
pesal tetiba bukak youtube kat hp pehtu dengar lagu Christina Perry - One Thousand Years
over and o ...



Lagu berhantu tu, Fly! haha...

Selain lagu tu, ai suka dgr Bruno Mars ~ It Will Rain (OST utk BD2) -- sambil fefeeling environment time twilight kat dlm hutan!

Then lagu Linkin Park ~ Leave Out All The Rest (OST Twilight)... mmg layan abis la...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 05:03 PM | Show all posts
so apa jadi if Lautner preknenkan Renesmeme ? Anak dia jadi haper ? Maybe new age Hitler...who knows
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:58 PM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 26-11-2012 04:07 PM
malam tadi sebenornya gigih cari ebook Twilight
jumpa memang jumpa tapi kan ...
after few minute ...

fly..klu ko nk murah...ada dekat tread jual beli buku2 terpakai...
saiz B5 mcm novel2 alaf juga...keluaran uk....
klu x salah aku 4 buah tu baru <RM50 kot...
try tengok tread booksworm...
ntah masih ada ada @ x..aku x pasti
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 10:02 PM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 27-11-2012 12:25 AM
Memandangkan ada beberapa forummer yg nk ai terus translate the next book (setelah kejayaan translat ...

yg ini ada ke versi buku ek??
nak cari kat mana???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 10:11 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 27-11-2012 10:02 PM
yg ini ada ke versi buku ek??
nak cari kat mana???



haa...x pasti la... ai gugel jah, tetiba tjumpa... so ai tepek la sini..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 11:29 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 27-11-2012 09:58 PM
fly..klu ko nk murah...ada dekat tread jual beli buku2 terpakai...
saiz B5 mcm novel2 alaf juga.. ...

nanti fly check ..
tq ....

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 11:34 PM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 27-11-2012 04:49 PM
Lagu berhantu tu, Fly! haha...   

Selain lagu tu, ai suka dgr Bruno Mars ~ It Will Rain ...

disebabkan baby fly tengah repair
kata this week dapat tapi tak gak dapat

dah over 2 minggu
kena call sony centre esok
ada baby balik nie ... lagu 1 thousand years memang diulang sampai muak ...
ekekeke ...
takleh tahan lah ... boring tul pergi balik kerja takde muzik ...
ada buku ok lah cuma muzik tu perlu ...

mp3 player daaa .. tetiba takleh caj ...
haizzz

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 12:01 AM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 27-11-2012 11:34 PM
disebabkan baby fly tengah repair
kata this week dapat tapi tak gak dapat
dah over 2 minggu


Ai pulak baru nk fefeeling dgr lagu from Eclipse OST... hehe...
sbb selama ni dok melayan OST Twilight, New Moon & Breaking Dawn 1... Eclipse x sempat nk donlot memula, pastu asyik x de masa nk upload dlm henpon... so just baru2 ni ai explore OST Eclipse... best gakk... huhu... rasa nk beli je semua cd OST ori dia....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 12:32 AM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 28-11-2012 12:01 AM
Ai pulak baru nk fefeeling dgr lagu from Eclipse OST... hehe...
sbb selama ni dok melayan OS ...

pssst download saja


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2012 09:25 AM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 28-11-2012 12:32 AM
pssst download saja


sudah donlott... cuma x brape feel la, nk play guna USB & cucuk dlm kereta, sound x best... CD jugak yg best!
huhu... perlu ke ai pegi carik kat Tower Records... ada 5 CD woo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 09:26 AM | Show all posts
To Midnight Sun follower... sori abb x dpt nk hapdet translation mlm td sbb ai sampai umah agak lewat, bdn letih & cpt je ngantukk...
mlm ni kalo x de apa2 hal in sya-Allah ai cuba hapdet eaa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:25 AM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 28-11-2012 09:25 AM
sudah donlott... cuma x brape feel la, nk play guna USB & cucuk dlm kereta, sound x best... CD j ...

takde feel?
kualiti ok ke?
normally fly layan mp3 ... cari yang kualiti bagus
memang syiok .... hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 10:49 AM | Show all posts
fly_in_d_sky posted on 28-11-2012 10:25 AM
takde feel?
kualiti ok ke?
normally fly layan mp3 ... cari yang kualiti bagus



Kualiti mmg ok kalo play kat mp3 player or dlm laptop...atau ai dgr kat earphone.
Tp kat dlm keta ai speaker fit utk CD jah... bila play CD baru sound dia mcm kebaboom sket...tp for ori CD la. Bila cucuk USB... sedihhhh... bunyik mcm radio jah kekdahnya!
Al-maklum la... keta ai x de modify speaker yg berwoofer bagai tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.083404 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list