CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART IX]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 28-2-2011 03:41 PM | Show all posts
alamak. sorg pun aku tak kenal penyanyi yg korg sebutkan tu.
hihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2011 03:56 PM | Show all posts
Resipi kejayaan Kabir, Mira

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar ABDUL RAZAK LATIF dan ihsan TV3

ANTARA babak menarik drama bersiri Gemilang yang kini sedang ditayangkan setiap hari Isnin di TV3.

MEMANG tidak dapat dinafikan lagi, kehadiran pasangan suami isteri ini telah membuka lembaran baru dalam penerbitan drama dan filem di negara ini.

Bukan sengaja mahu memuji melangit, tetapi harus diakui sentuhan Kabir Bhatia dan isterinya, Mira Mustaffa jarang sekali mengecewakan audiens tempatan.

Mungkin ramai yang menganggap Kabir dan Mira masih lagi baru dan mentah dalam bidang penyiaran dan perfileman negara.

Tetapi, hakikat sebenarnya perjuangan mereka di dalam industri sudah memakan masa lebih sedekad lamanya dengan memulakan perjalanan mereka dengan penerbitan drama-drama tempatan.

Drama lipur lara popular, Idaman merupakan perintis dalam memperkenalkan nama Kabir dan Mira kepada khalayak apabila ia menjadi sebutan sekitar lewat tahun 90-an.

Bermula detik itu, mereka tidak lagi menoleh ke belakang dan meneruskan perjalanan mereka tanpa henti apabila terus menghasilkan drama tempatan.

Misi mereka hanya satu iaitu untuk memberikan kepuasan kepada penonton dan sekiranya khalayak dapat menerima sesuatu yang positif daripada karya mereka, ia merupakan kejayaan buat mereka.

Antara telefilem dan drama bersiri yang telah dihasilkan dan mendapat sambutan menggalakkan adalah seperti Manjalara, Kekasihku Seru, Primadona, Jodoh dan Mastura, Frontpage, Hartamas, Tower 13, 7 Lagu dan Lebih Bisa Dari Jelatang.

Revolusi

Namun, kehadiran filem Cinta pada tahun 2006 telah melonjakkan lagi nama Kabir dan Mira apabila filem itu telah memberi satu landskap baru dalam bidang penerbitan filem tempatan.

Hasilnya, filem itu telah diiktiraf sebagai Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik untuk Mira pada Festival Filem Malaysia Ke-20 serta Anugerah Skrin 2007.

Kejayaan terbaru pasangan suami isteri ini apabila drama rantaian, Nur Kasih telah mencetus gelombang baru dalam bidang penyiaran negara sehingga mencecah rating seramai dua juta penonton setiap episod.

Kecemerlangan Kabir berterusan apabila Nur Kasih dinobatkan sebagai Drama Rantaian Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung bulan Disember lalu.

Dan harus diakui juga, kehadiran Nur Kasih telah membawa revolusi baru sehingga ada penerbit dan pengarah tempatan dilihat cuba untuk meniru gaya pengarahan Kabir dalam drama-drama mereka.

“Bagi saya, kejayaan yang saya miliki hari ini bukanlah datang bergolek. Tetapi, setiap kali mengarahkan karya terbaru, saya belajar dan cuba mengaplikasikan teknik baru dengan bantuan mereka yang berada di belakang tabir.

“Saya amat menitik beratkan soal kualiti dalam segala aspek bagi memastikan karya saya itu dapat mencapai kepuasan yang optimum kepada penonton.

“Dalam hal ini juga, saya tidak menganggap hanya saya seorang sahaja yang mencetuskan fenomena seperti mana diperkatakan.

“Bagi saya, setiap drama atau filem, kejayaan itu terletak kepada semua pihak dalam produksi yang telah memberikan komitmen serta kerjasama yang baik,” jelas anak kelahiran New Delhi, India ini dalam nada penuh rendah diri.

Kabir atau nama penuhnya, Mohd. Kabir Bhatia Abdullah itu ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Gemilang yang diadakan di Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bantuan

Dalam masa yang sama, Kabir yang juga pengarah filem Sepi dan Setem itu menjelaskan Mira banyak membantunya dari segi skrip dan jalan cerita untuk menzahirkan visualnya seperti mana yang dapat ditonton.

Jelas Kabir, dia dan Mira akan sentiasa duduk berbincang setiap kali ada idea baru yang ingin dikembangkan menjadi sebuah produk baik untuk filem atau drama.

Sudah menjadi resmi prinsip pekerjaannya, Kabir enggan mengulangi resipi yang sama dalam setiap projek terbarunya.

“Saya sendiri akan berasa bosan jika melakukan perkara yang serupa apalagi penonton,” jelas pemilik syarikat produksi, Filmscape Sdn. Bhd. ini bersungguh.

Begitu juga dengan drama Gemilang di mana idea semuanya datang daripada Mira dan sebagai pengarah, ujar Kabir, dia akan bermain dengan kreativiti secara bijak untuk menjelmakan naskhah itu ke skrin.

“Dalam mengarah, saya suka mencabar diri saya untuk memberikan pendekatan dan perubahan yang berbeza dalam setiap projek baru yang saya usahakan,” cerita Kabir panjang lebar sambil dipersetujui isterinya.

Perubahan itu termasuklah kata Kabir, barisan pelakon yang berbeza walaupun ada seorang dua yang masih kekal menjadi pilihan Kabir.

Untuk Gemilang, antara muka baru yang pertama kali bekerjasama dengan Kabir ialah Shahz Jaszle, Kamal Adli dan Tasha Shilla di samping Tiz Zaqyah yang sudah sinonim dengan pengarah itu.

“Biarpun kali pertama mengarahkan mereka tetapi saya kagum dengan komitmen dan lakonan yang diberikan menerusi watak masing-masing.

“Saya memang membuka peluang untuk bekerjasama dengan bakat-bakat baru yang saya percaya memiliki kelebihan tersendiri selain pelakon senior sedia ada,” katanya tanpa selindung.


sumber utusan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 05:10 PM | Show all posts
SOSEH SOSEH: Remy dalam video Alyah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HARI ini siapa tidak kenal Remy Ishak. Nama Remy terus menjulang selepas muncul dalam siri Nur Kasih yang mencatat fenomena ketika disiarkan di TV3 dua tahun lalu. Tidak lama lagi akan ditayangkan pula filem Nur Kasih pula yang khabarnya lebih hebat.

Selain tawaran berlakon, Remy semakin laris sebagai pelakon iklan produk melaram bagi lelaki selain menyanyi untuk satu kempen jalan raya. Begitulah kalau orang dah kacak dan popular.

Terbaru, SS dapat tahu Remy menjadi pilihan penyanyi popular Alyah untuk menjayakan pembikinan muzik video lagu terbarunya berjudul Kisah Hati. Lagu balada itu ciptaan 6ixth Sense dan memang merdu.

Kata sumber pihak produksi, muzik video itu akan diarahkan pengarah drama dan muzik video Ghaz Abu Bakar. Sebelum ini Ghaz pernah menghasilkan muzik video lagu Izinku Pergi (Kaer) dan beberapa lagu Anuar Zain.


Malah sebelum ini Ghaz juga menghasilkan klip video lagu rancak Alyah, Kau Bisu yang dibuat di Klang, Selangor.


Difahamkan, penggambaran muzik video Kisah Hati akan dibuat di Perlis, Mac ini. Apakah dalam muzik video itu Alyah akan bercinta dan putus kasih dengan Remy? Sama-samalah kita tunggu.

Apa yang menarik, Alyah sendiri baru-baru-baru ini sanggup pergi ke Perlis dengan Ghaz dan beberapa kru untuk meninjau lokasi menarik yang akan dipaparkan dalam muzik video itu nanti.

SS juga diberitahu ketika menyanyikan lagu Kisah Hati dalam beberapa majlis termasuk anjuran Rafflesia dan juga siri jelajah ABPBH2010, hujung minggu lalu, ramai terpegun dan ternganga melihat persembahan Alyah. Mereka kata lagu itu akan terus menaikkan nama Alyah selepas Tak Mungkin Kerana Sayang.

sumber harian metro....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 08:29 AM | Show all posts
as-salammualikum semua & selamat pagi !
sajer2 nak up-kan umah nie
agak2 si AZ nie ade iras2 cam abang adam kah ?



Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:30 AM | Show all posts
Waalaikumsalam
Good Morning
ade ler sket2 ruper tapi abang adam lebih pekat dak ni bukan nama Sani ke?
ni citer apa ni beramas-ramas2 mesra alam flora feluk2 bahu bagai
tak pueh ati ni wa tataw.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:36 AM | Show all posts
Wow!!! ada pic baru, best.
Yatie...ni cerita Cinta Kura2 eh??? Best, handsome wooo...Aeril Zafrel
Sesuai sgt dgn Tiz...ni baru taste Melayu!!! Hero Melayu tulen...
PEACE!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2011 10:00 AM | Show all posts
Waalaikumsalam
Good Morning
ade ler sket2 ruper tapi abang adam lebih pekat  dak ni bukan nam ...
cikara Post at 3-3-2011 09:30


cika ! ape yg tak pues ati nie ? cer cite kat deme !
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 10:14 AM | Show all posts
tak pueh ati sebab taktau kewujudan citer ni
terasa kurang ilmu pulak

ilmu alam

tak sesuwai budak ni jadi hero
tak cukup mantap
kuruih sekeping
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2011 10:27 AM | Show all posts
ini filem CKK. yes. kira seswai jgk kan ngan Tiz. umur pun sama. lgpun filem ni kira mcm kesah remaja. mcm best jek.
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 11:40 AM | Show all posts
ada cam iras2 kan muke TZ ngan AZ ni..ade kew?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2011 03:18 PM | Show all posts
ada ke? mmm.
Adam Nani = CKK.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 04:34 PM | Show all posts
lorr...watak adam lgi ke ijo....
name len x dok ker....adoiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 04:54 PM | Show all posts
Osman
Daud
Karim
Salleh
Ghani tak boleh ker? Nak Adammmm jugak.
Adam pun Adam lahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2011 07:05 PM | Show all posts
Adam pun Adam la kan. yg penting ada Tiz. ok la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 06:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by supbunjut at 4-3-2011 18:36



hmmmm....apsal der word 'the movie'...cam x kene jerr..mcm senario d movi lakss...better Nur Kasih jerr....hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 06:41 PM | Show all posts
credit to nktm fb...

pssstttt...apsal i nmpk abg aidil cam org jahat jerrr?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2011 10:05 PM | Show all posts
cantiknya poster. aku sukaaaaaaaaaaaaa la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2011 10:07 PM | Show all posts
itu la... apsl ada the movie? tp... aku terima jek la. peminat tegar NUR KASIH la kata kan, terima jek.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:53 AM | Show all posts
Nanes tgk Poster
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 01:06 AM | Show all posts
SAY NO to the movie :@
bila nak buang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053312 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list