|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
UsuFie posted on 31-1-2013 10:17 AM
uiii....promote mcm novel jiwang..padahal cerita eksen..
Usu dah baca? (saja nak promote lagi....)
Red, wardah, suria... sorry le buat korang tertunggu-tunggu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 7-2-2013 02:18 PM
sambung ikut suka hati.....
lady tunggu lepas raya kot! Sekarang nak berjimba dulu...
Hang pun cuti2 ni sila karang plot sampai tamat tau. Dialog tu kemudian kemudian buleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
errrrkkk....tetiba rasa x cukup entry arini....wawawawa ....nickiiii...cepatla kasi abis...sian kt fifi tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Gepren! Cheq baru perasan siggy hang.
Awat kita selalu 1 FIKIR? Salah satu dr dialog dlm novel cheq maaa! |
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 7-2-2013 04:08 PM
errrrkkk....tetiba rasa x cukup entry arini....wawawawa ....nickiiii...cepatla kasi abis...sian k ...
Ini je mampu Su... Raya ni cheq cuba le tambah entry.
Hang baca le benang lain dulu. Banyak citer best skang...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 7-2-2013 04:09 PM
Gepren! Cheq baru perasan siggy hang.
Awat kita selalu 1 FIKIR? Salah satu dr dialog dlm novel c ...
Hang dpt inspirasi dari Alip Nun Wau Kap Auuuwwwieeee ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
@Nicki_Meow kita nak cakap tq sebab sudi tambah entry... rindu kat fandi & fifi |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 7-2-2013 03:35 PM
Sellie.. cheq sihat jah walaupun mabuk2 tak hilang lag....
You too, take your time. Sorry yek.. ...
Xpe...apapun TQ sudi baca...karya saya x seberapa tuh...huhu...
Awak pom take your time...kesihatan diutamakan agar baby sihat dlm kandungan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 7-2-2013 04:14 PM
Hang dpt inspirasi dari Alip Nun Wau Kap Auuuwwwieeee ke?
Itu mesti laaa!
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Huh...dah bersawang berhabuk rumah ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 77
Gudang Terbiar
Bangi
Fifi memandang Nina yang duduk di sebelahnya sambil menjulurkan kaki. Kepalanya di sandarkan ke dinding. Sesekali matanya terpejam. Namun apabila terbuka, matanya hanya memandang kosong ke hadapan. Entah apa yang difikirkan oleh Nina, tidak pula Fifi tahu. Jauh di sudut hati, Fifi merasa terlalu bersalah kepada Nina. Disebabkan dia, Nina juga turut terperangkap di sini. Di sebabkan dia, Nina turut merasa bebannya. Bukan saja rasa bersalah pada Nina, malah pada mama, pada papa dan…pada Fandi.
Fandi…entahlah. Semakin berat perasaannya apabila teringatkan Fandi. Apakah benar Fandi melakukan semuanya ini semata-mata kerana ganjaran? Apakah kasihnya cuma bernilai seratus ribu ringgit? Apakah tidak ada sekelumit pun rasa ikhlas Fandi terhadap dirinya? Ataupun sebenarnya dia yang tersalah sangka? Fifi mengeluh berat. Semakin di fikirkan, semakin otaknya terasa sesak.
Fifi memandang ke arah luar. Di sebalik beberapa tingkap yang pecah, kelihatan hari hari mula menginjak ke waktu petang tanpa dapat menjangka waktu sebenarnya. Jam tangan dan semua barang berharga mereka sudah di rampas Shah. Hanya pakaian di badan mereka saja yang masih tinggal. Sudah dua hari mereka terperangkap di sini. Fifi masih ingat, Shah mengugut Nina untuk memandu hingga keluar dari Kuala Lumpur melalui tol Sungai Besi. Melalui papan tanda yang di perhatikan, Fifi tahu mereka di bawa ke satu kawasan di Bangi. Tetapi tidak dapat pula di pastikan di mana. Yang Fifi ingat, kereta yang di pandu Nina memasuki kawasan yang kelihatan seperti gudang terbiar.
Kawasan dalam gudang itu tidaklah terlalu luas. Terdapat tiga bilik kecil seperti pejabat dan Shah menempatkan mereka ke dalam bilik yang paling hujung. Bilik yang di huni mereka ketika ini pula kelihatan seperti sebuah pejabat kecil.Mungkin muat untuk meletakkan lebih kurang empat buah meja pejabat sahaja. Sebuah meja kayu usang terbiar di tengah bilik. Beberapa tingkap sudah pecah dan kaca bertaburan di lantai. Terdapat sebuah tandas kecil di hujung bilik tetapi sudah tidak dapat di gunakan lagi. Bekalan air dan eletrik langsung tiada. Terdapat beberapa keping suratkhabar lama yang sudah pun kekuningan warnanya. Suratkhabar itulah yang digunakan sebagai pengalas tempat tidur mereka. Hapak dan berbau namun itulah yang terpaksa di hadapi oleh mereka ketika ini. Tiada jalan untuk melarikan diri kerana tingkap-tingkap yang ada di pagari dengan besi.
Dua tiga kali, Shah akan datang membawa makanan dan air mineral untuk mereka mengalas perut. Tapi Shah tidak pernah berkata apa-apa kepada mereka. Hanya masuk, meletakkan makanan dan keluar. Dalam keadaan seperti ini, selera mereka mati. Namun Nina tetap memaksanya menjamah makanan walaupun sesuap dua, demi bayi dalam kandungannya.
Sengsara! Itulah perasaan yang di rasai oleh Fifi dan Nina sekarang. Di lahirkan di dalam keluarga berada, mereka tidak pernah tahu akan erti susah. Tidak pernah terdetik sedikitpun dalam fikiran Fifi dan Nina yang mereka akan menempuh situasi ini. Terperuk dalam bilik yang hapak dan jijik, keadaan mereka sungguh menyedihkan. Lebih teruk lagi bagi Fifi yang sarat berbadan dua. Sudah puas mereka menjerit dan merayu supaya di lepaskan namun sekalipun Shah tidak mengambil peduli. Mereka juga membuat bising dengan harapan suara mereka dapat di dengari oleh sesiapa namun hampa. Kawasan ini memang sudah lama terbiar. Suasana menjadi bertambah sunyi apabila malam menjelma. Di tambah pula dengan ketiadaan sumber eletrik, mereka terpaksa bergelap sepanjang malam. Bunyi cengkerik bersahutan dan sesekali lolongan anjing yang entah dari mana kedengaran menambahkan rasa seram mereka. Serangga seperti nyamuk dan lipas juga menjadi peneman mereka sepanjang malam. |
|
|
|
|
|
|
|
“Nina…” Fifi memecah kesunyian. Nina mengangkat kepala lalu menoleh ke arahnya namun tidak berkata apa-apa. Hanya terkebil-kebil sahaja.
“Aku minta maaf…” Fifi berkata lagi. Nina diam. Beberapa saat kemudian, dia kembali memejamkan mata dan menyandarkan kepala di dinding.
“Nina…aku tahu, semua ni salah aku. Kau tak patut terlibat dalam hal ni. Kalau aku tak bercampur dengan orang macam Shah, mesti semua ni takkan jadi. Nina…aku…”
“Fifi…” Nina memotong kata-kata Fifi dan kemudian menepuk-nepuk pahanya. Tidak dapat di telah apa maksud Nina berbuat begitu. Marah? Sedih? Ataupun sengaja mengambil hati?
“I’m too tired to think of anything right now….” Kata-kata Nina mengecewakan Fifi lalu dia terus mendiamkan diri. Membiarkan sahaja Nina hanyut dalam fikirannya.
Secara tiba-tiba, mereka mendengar kunci di buka dari luar. Fifi dan Nina serentak menoleh ke arah pintu. Shah sedang berdiri di muka pintu sambil memandang mereka.
“Fifi…” Shark bersuara garau. Fifi mendiamkan diri.
“Ikut I keluar” Fifi dan Nina saling berpandangan, kehairanan mendengar permintaan itu.
“Ikut I keluar sayang…I ada something nak cakap dengan you” Sekali lagi Shark bersuara, tetapi nadanya lebih lembut. Matanya tidak lepas memandang ke arah Fifi menyebabkan Fifi semakin ketakutan.
“Kau nak apa?!” Entah di mana datang keberaniannya, Nina bertanya garang. Tangan Fifi di genggam erat, seolah-olah cuba melindungi sahabatnya. Mata Shark mencerun memandang Nina. Tidak di sangka gadis itu berani bersuara. Mungkin kerana perasaan marah dan geram yang semakin menguasai diri, Nina tidak peduli langsung dengan pandangan Shark. Dia juga membalas renungan itu dengan tajam.
“Fifi, ikut I!” Shark tidak memperdulikan pertanyaan Nina. Matanya kembali memandang Fifi.
“Dah lah kau culik, kurung kita orang. Kau nak buat apa pulak dengan Fifi? Fifi mengandung, tau tak? Dasar jantan tak ada hati perut!”
“Diamlah bodoh!” Shark memaki-hamun lantas berjalan pantas ke arah mereka. Tanpa belas kasihan, rambut Nina di tarik sekuat hati sehingga Nina terjerit kesakitan.
“Shah! Stop it!” Fifi menjerit. Shark masih tidak berganjak.
“Shah, I ikut you keluar… I ikut…please..lepaskan Nina” Fifi yang mula teresak-esak berkata. Dia bimbang yang Shark akan bertindak lebih kasar kepada Nina.
“Shah…please..let her go…” Fifi merayu lagi. Shark menoleh ke arah Fifi lalu melepaskan rambut Nina.
“I ikut you keluar…tapi…you janji jangan buat apa-apa pada Nina” Shark tidak berkata apa-apa. Dia memandang Nina sekilas dan terus melangkah ke arah pintu.
“Fifi…no…” Nina semakin kuat menggengam tangan Fifi, menghalang Fifi dari bangun.
“It’s okay Nina. Aku tak nak Shah buat apa-apa pada kau”
“Jangan Fifi...jangan keluar”
“Nina…aku sayang kau” Fifi semakin terasa sebak, seolah-olah ini kali terakhir mereka akan berjumpa.
“I’m so sorry…” Fifi memeluk Nina.
“Cepatlah!” Shark yang menunggu di pintu menjerit. Fifi melepaskan pelukan. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke arah pintu dan keluar mengikut langkah Shark.
Nina terdengar pintu di kunci dari luar. Dia duduk memeluk lutut, menyembamkan muka dan menangis teresak-esak.
**************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
Dua pages aje? Ingatkan 2 bab... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 20-2-2013 11:45 AM
Dua pages aje? Ingatkan 2 bab...
Itu pun sebab cheq cuti hari ni...ada check up petang karang....sempat le se bab...
errrr...sat gi le sambung citer....cheq tgh baca gossip Abe Fizz Fairuz.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-2-2013 11:51 AM
Itu pun sebab cheq cuti hari ni...ada check up petang karang....sempat le se bab...
errrr...sa ...
mamat tu.... hubby chek suka sangat dgn lakonan FF. berbakat tapi sayang....
semuga menjadi pengajaran pada dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 20-2-2013 11:54 AM
mamat tu.... hubby chek suka sangat dgn lakonan FF. berbakat tapi sayang....
semuga menjadi pe ...
Hhmm...seriously...speechless baca gossip FF. Yelah... jadi pengajaran untuk dia... cheq nak cakap PADAN MUKA kat dia pun iye juga...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|