View: 4022|Reply: 24
|
[Tempatan]
{3} Dr Mahathir hendak bunuh BN - Ku Nan !
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Barisan Nasional (BN) ditewaskan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan gabungan itu, kata setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata bekas perdana menteri itu telah cuba menjatuhkan presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang niatnya mahu menjatuhkan BN pula.
Tengku Adnan bercakap kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata UMNO tidak dapat menerima hal ini.
"Adalah amat jelas beliau kini bersama pembangkang dan beliau mahu membunuh parti," katanya.
Menurut laporan, Dr Mahathir membuat kenyataan itu pada satu majlis di Shah Alam pada Sabtu.
Sementara itu, setiausaha agung UMNO itu berkata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu dipecat dari parti.
"Cadangan peribadi saya...kalau saya, sudah lama saya pecat mereka," katanya dan mengambil perhatian bahawa Datuk Seri Mohamed Shafie Apdal tidak hadir bersama di pentas pembangkang.
Beliau berkata Majlis Tertinggi UMNO akan membuat keputusan mengenai isu itu pada mesyuaratnya pada hujung bulan ini, dengan usul telahpun dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin parti.
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so ku palsu nan pun nk ajak madey bertumbuk ke |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg selayaknya dibunuh dan dikambus sedalam 10 kaki demi menjadi petroleum 1000tahun akan dtg. Lgi bermanfaat drpd hidup menyusahkan org |
|
|
|
|
|
|
|
X settle2 lagi ke isu ni?haizz |
|
|
|
|
|
|
|
kunanlan dan risau poket dah xpenuh lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
macai2 bn/umno dah risau skang..... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn jadi bodohlah ku nan...madey bukan nak bunuh tapi nak menyelamatkan bn...selamatkan kroni2.ko patut bersyukur |
|
|
|
|
|
|
|
Alaa ku fake ni... bunuh membunuh kan amalan mulia.. Altantuya kena bunuh, kevin morais kena bunuh, husin najadi kena bunuh... Apa pelik kalo bn laknak kena bunuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn Dr M yg nak bunuh BN tapi org2 BN yg terlebih dulu bunuh BN tu sendiri...tunggu la masa utk RIP |
|
|
|
|
|
|
|
Drama sangat...... cukup2 dgn drama kat tv3suku tu .... arena politik pun tak nak kalah... |
|
|
|
|
|
|
|
macai2 pembangkang yg risau skrg...
pemimpin2 mereka sanggup berbunuhan bagi merebut nak bunuh BN...
kita tunggu ajelah, sesiapa yg akan bertanding PRK Sg Besar & Kuala Kangsar...
kemungkinan besar penrtandingan 3 penjuru antara BN, PAS & AMANAH.
|
|
|
|
|
|
|
|
anwart dlm jel pon napak niat tamak madey.
tapi, dia bukan tamak mcm madey.
dia tak larang sokong cuma perlu berwaspada.
jgn tersasar dari matlamat utama iaitu
keadilan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada benarnya....
Persiapan untuk PRU-14.....Bagi mencapai kemenangan, sama ada perlu jadi kuat atau melemahkan kekuatan lawan.
'Deklarasi Rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
16 Mei 2016
[url=]
[/url] [url=][/url]
2
KUALA LUMPUR - Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa sebaliknya membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, ini terbukti apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan parti-parti pembangkang dalam PH berpecah belah.
"‎Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Rakyat sebaliknya Deklarasi Elit ia deklarasi cetek dan cacat...kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad memecahkan kita di mana seorang didaktor diangkat oleh rakyat mana logiknya.
"‎Kehadiran Mahathir juga telah memecahkan kita, PKR pecah dua DAP pecah dua, kita NGO berpecah," katanya dalam Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur hari ini.
Dakwanya oleh itu, Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa, sebaliknya membawa 'malapetaka' kepada PH.
"Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa ia hanya menghancurkan kita,"katanya.
Debat Perdana dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan; bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan; Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah bunuh pon BN tu.. Depa dah tengah telan racun sendiri dah tu.. Tunggu masa nak "jalan" je... Buat apa nak susah2 pi bunuh orang yg dah nak bunuh diri tu.??.. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak dulu pas dah jangka masalah gini.
sejak wak yidin jd tpm lagi almarhum tgna dah bg hint
pak jahid komidi bakal jadi tpm walau ketika tu mmg
nampak mustahil.
i sendiri sejak 10taon dulu mmg dah jangka.
kalu madey keluar dari umngok, dia takkan join pas
dan lebih berminat join dap.
totok umngok mmg napak 2 perkara tu mustahil dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
1 lagi jangkaan yg totok umngok sukar nak hadam.
anwart bakal jadi next presiden umngok menggantikan bijan.
mmg napak mcm mustahil.
tapi,
mana2 totok umngok yg 'anti-anwart' tu dah bleh start
belajar2 menjilat anwart la ye. lembut2 kan sket lidah tu.
nati sapai masa tak la kekok sangat.
hint;
#exitpolicy
|
|
|
|
|
|
|
|
bila bn dah mampos esok, yg berkenaan tu termasuk tengku jadian ni sila berambus balik indon |
|
|
|
|
|
|
|
Pakatan pun bodoh. Time ni take advantage lah jatuhkan BN. Tapi buatlah perjanjian bilamana BN dah mampus power memerintah tu dikongsi ke digilir ke apa ke.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|