CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3094|Reply: 2

Kelebihan Guna Chopstick Makan

[Copy link]
Post time 17-5-2016 06:41 PM | Show all posts |Read mode








Masyarakat Asia seperti orang China, Jepun dan Korea, rata-rata menjamu selera dengan menggunakan chopstick.




Kini, amalan tersebut turut diikuti oleh orang-orang dari negara barat yang gemar masakan orang China, Jepun dan Korea.




Baru-baru ini, terdapat satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan Singapura, penggunaan chopstick ketika memakan nasi didapati salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan tahap gula dalam darah.




Pengarah kajian tersebut, Jeyakumar Henry menjelaskan inspirasi untuk mengadakan penyelidikan itu selepas minum di sebuah kopitiam.




“Daripada penyelidikan yang dijalankan, kami mendapati makan nasi menggunakan chopstick menunjukkan kadar gula yang kurang, berbanding makan menggunakan tangan atau sudu."


“Ini kerana jika pakai chopstick, jumlah nasi yang dikaut adalah sedikit berbanding menggunakan tangan atau sudu. Jadi, ianya memberikan kesan terhadap kandungan gula dalam darah,”






Menjelaskan lebih lanjut, bila seseorang itu makan dalam jumlah sedikit dan mengunyah secara perlahan-lahan, secara tidak langsung ia akan mengambil masa yang lama untuk badan mencerna kadar pengambilan karbohidrat yang diambil.




Jadi, bagi mereka yang ingin mengawal kadar gula dalam darah dan lebih-lebih lagi yang merupakan penghidap kencing manis, bolehlah mencuba tip ini.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 10:11 PM | Show all posts
sy tak reti makan pakai chopstick nie..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 08:04 PM | Show all posts
suka makan guna chopstick. lenguh jari pastu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.276443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list