View: 5083|Reply: 12
|
Sanggup Mencuri Demi Anak, Korban Ibu Dapat Simpati Pegawai Polis
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://shanghaiist.com/
Sedia kita maklum, ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kehendak anak kesayangannya, biarpun pengorbanan itu mungkin mengundang risiko buat dirinya.
Kisah benar ini berlaku di Nanjing, China di mana seorang ibu terpaksa mencuri peha ayam dan beberapa buah buku daripada sebuah pasaraya untuk dihadiahkan kepada anaknya.
Liu Jinxia, ibu telah bercerai dengan suaminya akibat masalah kewangan beberapa tahun lalu terpaksa membawa salah seorang anak kembarnya yang berusia 7 tahun dari Nanjing ke Shandong untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan kedua-dua anak kembarnya menderita penyakit buah pinggang.
Menurut Liu, dia bertindak mencuri kerana anaknya pernah meminta daripadanya, tapi dia tidak mampu membeli.
sumber foto: http://shanghaiist.com/
Setelah ditahan akibat mencuri, pengorbanan si ibu itu mendapat simpati pegawai polis yang mengendalikan kesnya.
Kemudian, demi meringankan beban si ibu itu, pegawai polis berkenaan menerusi WeChat menyeru rakan-rakannya menghulurkan tangan setakat mana yang boleh.
sumber foto: http://shanghaiist.com/
Hasilnya, sebanyak 10,000 yuan atau bersamaan RM6, 289, namun tanpa disedari jumlah dana tersebut diperbanyakan lagi setelah kisah itu dikongsi dan menjadi viral oleh kebanyakan netizen yang prihatin dengan apa yang dialami oleh si ibu itu.
Akhirnya sejumlah 300,000 yuan atau bersamaan kira-kira RM188,689 berjaya dikumpul hasil usaha sama dan sumbangan netizen.
Dalam pada itu, kos rawatan perubatan keluarga malang itu turut berjaya diatasi melalui jumlah dana berkenaan. - CARI Infonet
sumber : http://shanghaiist.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus le dapat juga dana utk perubatan anaknya bila dah diviralkan |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jgk dia guna dana tu dgn betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jgk la abam polis tu, nak jgk tolong |
|
|
|
|
|
|
|
ade jugak hati perut org china ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
bagus laa.. dpt ubat anak dia.
hmm.. nasib polis tu prihatin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada hikmah penangkapan beliau, tgk org sana cepat ja kumpul dana.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus le jugak sesekali cerita gini dari PRC. Kalau tak... cerita pelik pelik diluar kemanusiaan je yg banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
bgs jugalah ada satu cerita di Malaysia. DBKL menahan penjaja yg menjaja secara haram dkt Putrajaya.. Ibu penjaja tersebut tersebut terpaksa menjaja demi utk anaknya. Lalu DBKL memberi ibu itu menjaja selama lamanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Di China tu kalau sorang sedekah singgit...korang dah jadi beliunair macam Bijan.. |
|
|
|
|
|
|
|
good job abam polis
|
|
|
|
|
|
|
|
Korban ibu? apa tu? ke nak tulis pengorbanan ibu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|