1999 - JANJI
Hiruk pikuk suara pelajar dan ibu bapa bercampur baur di dewan Sekolah Menengah Sungai Kedidi. Hari penuh bermakna. Keputusan SPM keluar pada hari itu. Sharifah hadir ke sekolah bersama-sama Surya dan Faiz. Kelibat Shamir, Khairy dan Ema tidak kelihatan.
“Tahniah pada yang berjaya ya.. Kamu nak sambung belajar ke mana nanti Sharifah?” Guru kelas 5S menyapa pelajar-pelajarnya yang sibuk membelek slip keputusan peperiksaan.
Sharifah terkulat-kulat hendak menjawab soalan dari gurunya.Cita-cita asalnya ingin melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan memandangkan cita-citanya ingin menjadi guru. Tapi malangnya subjek Kesusasteraan Melayu yang diambilnya hanya mampu Lulus, tidak Kredit.
“Mmmm.. Tatau lagi cikgu. Mak saya suruh sambung ke Tingkatan Enam.. Tengokla cemana. Ingat nak gheja dulu kot sementara,” balas Sharifah.
Selepas tamat peperiksaan SPM, Sharifah dan Surya bersama-sama bekerja sementara di sebuah kilang perindustrian. Motif utama nak pegang duit sendiri. Kalau keputusan baik, kumpul duit dan lanjutkan pelajaran.
Surya hanya mendiamkan diri membiarkan Sharifah berbual-bual dengan cikgu Munirah. Faiz hilang entah ke mana. Setelah cikgu Munirah mengundur diri seketika untuk balik semula ke bilik guru, Sharifah menepuk lembut bahu sahabatnya.
“Sue..awat hang neh? Diam jaaa.. Mmm.. Hang dapat apa? Mai nak tengok sat.”
Surya menolak dan cuba menyembunyikan slip keputusan SPMnya . Air mata mula berkaca di pinggir mata Surya.
“Sue dapat Pangkat Tiga ja.. Mmmm..mesti tok Sue marah nanti..” sayu suara Surya yang kedengaran sedikit bergetar.
Sharifah mengeluh. Memang janji mereka berdua ingin melanjutkan pelajaran bersama-sama jika mendapat keputusan yang baik.
“Takpalah Sue.. Pah ingat nak gheja dulu la kot.. Mmm..Kumpui duit..pastu sambung belajaq. Kita gheja sama-sama na..”
Sharifah memujuk sahabatnya yang sudah mula menangis. Shamir dan Khairy tiba kemudiannya. Mereka turut mendapat keputusan yang cemerlang sepertinya. Sementara Ema senasib dengan Surya. Tapi Ema seorang yang sangat tabah.
“Alaaa.. orang belajaq tinggi-tinggi pun la nehh.. bukan senang nak dapat gheja punnnn.. Baik gheja kilangla.. Janji rezeki halal kan,”Ema memang seorang yang sangat positif.
Sambil masing-masing membelek slip keputusan, Faiz muncul tiba-tiba dengan lenggok gemalainya..
“Aku dapat SAP jer nyahhh… Takpalah.. Aku ingat nak gheja butik ja kat Bandar P!”
Ya... Persahabatan mereka tidak terhenti di situ.. Biarpun mereka mengikut haluan masing-masing selepas itu.
Sharifah dan Surya..terus bekerja di kilang N sebagai operator pengeluaran. Sharifah berdegil mahu tetap berada di sisi Surya biarpun ibunya menegaskan supaya dia menyambung pelajaran hingga ke Tingkatan 6. Ema turut bekerja kilang bagi menampung hidup dan perbelanjaan keluarganya yang agak ramai.
Khairy menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di dalam bidang kejururawatan. Shamir pula ke Maktab Perguruan P di utara tanahair. Faiz memanjangkan langkah beliau bekerja di sebuah butik pengantin yang diusahakan oleh seorang artis suam-suam kuku.
Biarpun mereka sudah terpisah, janji mereka adalah satu.. HARI RAYA mesti berkumpul bersama.
Aidilfitri 2003 - SURYA
POmm!Pomm!Pomm! Letupan kecil mercun bola memeriahkan suasana malam itu. Esok raya. Sharifah sibuk membantu ibunya di dapur memasak rendang ayam. Ketupat pulut yang dibalut dengan daun palas dan daun pisang sudah siap semuanya. Terujanya rasa hati.. esok dia akan bertemu sahabat tersayang yang hanya ditemui setahun sekali.
Tahun ini Sharifah menempah baju kebaya labuh berwarna hijau pucuk pisang. Dia kini bekerja di sebuah sektor kerajaan di utara tanahair. Tiada rezekinya menjadi seorang guru. Cuti raya pun tidak lama kerana raya ketiga, premis sudah dibuka.
Mengimbau kembali 2 tahun lalu… Sharifah diam-diam mengambil peperiksaan STPM secara persendirian. Surya mula menjauhkan diri daripadanya selepas Sharifah berhenti kerja di Kilang N. Sebenarnya dari alam persekolahan lagi, Sharifah tidak berapa disenangi oleh tok (nenek) Surya memandangkan Sharifah tidak menjaga auratnya. Bertudung semata-mata hanya di sekolah. Habis sekolah, tudung pun terbang. Keluarga Surya yang agak alim dan menitik beratkan bab aurat dan agama, membuatkan persahabatan mereka makin lama, makin renggang.
Pagi raya itu, Shamir, Ema dan Faiz datang beraya seperti biasa. Perubahan demi perubahan dari segi fizikal dan pekerjaan sahabat-sahabatnya tidak pernah melunturkan rasa sayang dan setia pada persahabatan itu.
Shamir… bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Timur tanahair. Sementara Ema masih bekerja kilang dan Faiz masih kekal di butik pengantin.
“Okey nyahh… La neh.. hangpa takleh panggey aku Faiz dah hokeyyy.. Panggey aku Sheera.”
Terburai gelak mereka bertiga. Sharifah gelak mengekek sampai tersedak.
“Kami tau laaa.. hang memang.. dulu kini dan selamanya memang minat sungguh dengan kak Erra Pajira hang tuuuu!” Shamir menyampuk sambil membuat memek muka sindiran.
Lawak mereka memang kasar. Tetapi tiada berbekas di hati. Sharifah perasan fizikal Sheera agak berbeza. Kedua-dua belah dada jantannya seperti diisi buah limau mandarin. Pada firasatnya mungkin Sheera mengambil pil hormon atau membuat suntikan. Ema pula masih berperawakan kasar seperti dulu, tapi Ema yang hari itu..Ema yang manis berbaju kurung dan bertudung bawal.
“Hangpa tau ka apa cer sahabat-sahabat lain?” Shamir bersuara sambil mengunyah-ngunyah perlahan kuih tart nenas.
“Mmm… haritu kan.. aku ada ternampak Khairy kat Bazaar Ramadhan pekan A. Tapi..mmm…”
Ema terdiam seketika.
“Awat wey?” Sharifah muncul dari dapur dengan dua pinggan kaca berisi laksa Penang.
“Dia dah lain la wey…Mmmm…” Sambung Ema sambil menyambut huluran pinggan berisi laksa dari Sharifah.
“Awatttt! Dia lagi diva dan kelas dari aku ke nyahhh! Dah cucuk sana sini kaaa?” Kecoh si Sheera a.k.a Faiz.
“Dak aihhhh! Hang neh.. cer biaq aku cerita perabih dulu!”Ema membuntangkan matanya yang sedia bundar pada Sheera.
“Satttt!! Aku pi dapuq duluu… Chuppp!!!”
Sharifah berlari-lari anak ke dapur mengambil dua lagi pinggan laksa untuk dirinya dan Shamir.
“Orait… Sambung pat!”
Sharifah teruja duduk di kerusi bersebelahan Ema.
“Gini… Bazaar Ramadhan Pekan A tue biasala kan… Ramai oghang..Kadang-kadang hat kita yang dah lama tak jumpa pun leh jadi kenai lam duk berjalan ghamai-ghamai tue..”
Ema menyambung cerita dengan semangat.
“Aku ternampak dah si Khairy.. dia dengan Cikgu Remy ha..aku usahalaaa kan senyum weyyy… Tapi dia kalih kot lain!”
Ema mengeluh.
“Aku taula.. Aku gheja kilang ja… Rumah plak bantuan kerajaan. Tak macam dia.. Mmm… Gheja elok.. Pakai kereta..”
Keluhan Ema berselang seli dengan rasa geram.
“Aku tak kesah kalau dia dok jauh.. Tapi rumah dia belakang rumah aku ja! Bukan hangpa tatau!”
Ya. Ema dan Khairy berjiran. Rumah yang diduduki mereka berdua masing-masing bantuan kerajaan. Cuma bezanya rumah Khairy kira status otai dah.. Sudah diubahsuai lebih besar oleh penghuninya dan selesa untuk diduduki. Sementara rumah Ema pula baru diduduki beberapa tahun lepas.. Hanya sebuah rumah kayu separuh simen atas bawah dan mempunyai satu bilik sahaja.
Sharifah dan Shamir hanya diam.. Melayan makan laksa. Sheera dah mula berleter-leter.
“Takpalah Ma.. Kami ada lagi kan? Orang tak mau kawan dengan kita, takyahla kita tersorong-sorong pipi pulak.. Dah.. Makan pat! Nanti nak pi ghumah hang plak!!” pujuk Sharifah.
“Eh.. Terlupa… Aku nak call si Sue sat,”
Sharifah mencapai telefon bimbit Nokia 3310 miliknya dan mendail nombor rumah Surya.
Deringan kali ketiga.. Baru dijawab.
“Hello… Assalamualaikum… Sue ada dak?” Sharifah bertanya dengan sopan.
“Sapa neh? Sue takdak.. Dia pi beraya rumah sedara dia,” Kedengaran suara wanita separuh usia di hujung talian.
“Oooo.. takpalah…Nanti bagitau dia.. kata Pah telefon na..”
Tutttttt… Talian terputus.
Sharifah hanya mampu tersenyum pahit sambil melihat sahabat-sahabatnya yang menunjukkan reaksi wajah ingin tahu apa yang berlaku.
‘Mmm.. Takperlah.. Takdak rezeki nak jumpa….’ Sharifah memujuk hatinya sendiri.
Aidilfitri 2005 - KAHWIN
“Kauuuuuuuuu…melafazkan kerinduannnn…. Kuuuu… sambut keriangan”
Sharifah, Ema, Sheera, Shamir dan sepupu Sharifah berjimba sakan ke karaoke sekeluarga pada malam pertama hari Raya. Kerja gila pergi karaoke pada malam raya pertama? Itulah cara mereka melampiaskan rindu setahun sekali bersua muka.
Kebingitan muzik membataskan pendengaran masing-masing. Usai penat memerah tenaga dengan melalak di pusat karaoke.. kelima-lima mereka singgah di sebuah kopitiam.
Sambil minum, sambil berborak dan menganyam ketupat. Tiba-tiba timbul cerita Surya.
“Eh.. nyah.. Sue ada hantaq kad kahwin tauuu.... dia kawen hujung bulan neh kot…Hangpa dapat dak?”
Sheera mencelah sambil menyisir rambut yang sengaja diwarnakan dengan warna perang dan rebonding.
Sharifah, Ema dan Shamir berpandangan sesama sendiri..
“Seriusss??? Awat aku tak terima apa-apa pun?” Ema bertanya kehairanan.
“Takkan aku nak muhong kotttt! Kalo hangpa tak pi.. Aku pun takmau pi laa.. Takdak geng! Malaih aih aku!”
Sheera mengumam sendiri sambil membelek wajah di cermin bedak padatnya.
Sharifah sedikit terasa dengan apa yang baru didengari tadi.
‘Sampai hati… Mmmm… Tak apalah… Mungkin busy sangat kot sampai terlupa nak bagi atau mungkin ingat aku dah tak dok kat kampong dah’
Sharifah sekali lagi memujuk hati kecilnya.
…. Tak apalah….
Aidilfitri 2007 - PERTEMUAN
Sharifah tersenyum puas melihat kekasih hatinya yang baru…Biarpun tidaklah sehebat mana dan bukanlah kereta import dan berjenama terkenal.. Cukuplah sekadar dapat pergi ke sana ke mari dengan selesa.
‘Alhamdulillah.. Balik raya nanti.. dah boleh balik dengan kereta!’ Girangnya hati Sharifah sambil berangan-angan ingin ke sana ke mari dengan kereta barunya.
Pagi raya… selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri dan menziarahi pusara ayah dan tok neneknya, Sharifah seperti biasa melayan sahabat yang datang bertandang… Ya. Sama seperti tahun-tahun lepas. Masih orang yang sama. Masih perangai gila-gila yang sama. Cuma mungkin saiz badan dan fizikal yang agak berbeza.
Sambil menjamu selera.. Timbul idea tak semena-mena oleh Sheera.
“Nyahh… apa kata.. tahun neh kita wat surprise nak? Kita terjah ghumah Sue.. Memandangkan Noks Pah pun dah pakai kereta.. Aku pun dah pakai kereta.. Jom kita…”
“Hang tau ka kat mana rumah dia? Dia tak sudi plak nanti kita pi beraya.. Cemana?” Selar Shamir.
“Gila ka apa hang neh! Mana ada orang halau kawan-kawan sekolah lama dia pi beghaya!” gomel umpama mak nenek si Sheera.
Oh.. Sheera kini dah transform.. Seperti kak Erra Fazira. Pipinya naik sedikit dan dagunya meruncing kesan suntikan botox.
Setelah berbincang, berdebat lebih kurang.. Akhirnya..Sekumpulan BFF itu mencapai kata sepakat.
Kereta yang masih berbau kedai dipandu cermat memasuki lorong kecil bertar yang di sebelah kanannya sebatang sungai yang boleh tahan dalam dan di sebelah kirinya sawah padi yang saujana mata memandang. Celoteh Shamir dan Ema yang tak habis-habis membuat spekulasi bagaimana reaksi Surya nanti amat melemaskan Sharifah.
Setibanya mereka di hadapan rumah mertua Surya..