CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3971|Reply: 22

Kematian Jangkitan Bakteria Difteria Tambah Jadi 5 Kes

[Copy link]
Post time 30-6-2016 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO












Jangkitan bakteria difteria bertambah 2 kes lagi!


Menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Jit Poh, pengarah kesihatan negeri Sabah, Dr. Christina Rundi memaklumkan, di Sabah berlaku lagi dua kes berhubung penyakit tersebut, salah seorang itu telah meninggal dunia, dan seorang lagi masih menerima rawatan di hospital.


Difahamkan, mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak berusia 3 tahun yang tidak pernah menerima suntikan imunisasi vaksin lima serangkai.


Setakat 29 Jun, negara kita telah berlaku sebanyak 13 kes Jangkitan bakteria difteria, antaranya 5 kanak-kanak telah mengalami kematian.


Jangkitan bakteria difteria paling awal sekali berlaku di Melaka iaitu sebanyak 3 kes, antaranya termasuk satu kes kematian.


Kemudian, berlaku pula 6 kes di Kedah, termasuk satu kes kematian.


Di Sabah pula terdapat 4 kes, antaranya 3 kes yang merupakan kes kematian.- CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah makin ramai lak kena.. adehhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa xcucuk air habbatul saudah jah??? Ummah kata sangt mujarab
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Xamalkan makanan sunnah ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 06:04 PM | Show all posts
famri7 replied at 30-6-2016 06:03 PM
Xamalkan makanan sunnah ke sis?

nak ko amalkan telan mani indon lepas mak ko nyonyot kotek indon
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 06:25 PM | Show all posts
well...kesian kan kat budak budak tu tak ada vaccination - iaitu langkah ikhtiar bagi ibubapa yg ditugaskan untuk menjaga anak anak - amanah ini. Of course kuas apenyembuhan pada ALLAh tapi ikhtiar tu berusaha tu pun kena.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 06:28 PM | Show all posts
i guess yg dok pomprang side  effectslah mak datuk ni , dok  kompang autism sebab based on journal yg diltulis oleh seorang pengama perubatan yang tak ikut pun research procedure , depa yg membaca ni dah timbangke

risiko  autism   dengan risiko kematian  difteria
berapa kali lebih morbidity/ kesengsaraan hidup  or  atau kematian disebabkan bacteria ni  ( asbab- sebab kita maklum ajal tu  Allah yg tahu ) : risiko menghidap autism ( kita tahu yg nak jadi ke tak tu Allah yg tentukan )

ni yg  i think epidemiologist, paediatrician kena  publicise dan those yg ada phd/ or MSc in immunology kena buat sikit public engagement

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 06:32 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-6-2016 06:45 PM
famri7 replied at 30-6-2016 06:03 PM
Xamalkan makanan sunnah ke sis?

itu satu ikhtiar  dan habatussaudak tu ada mention , oleh kerana kitatak tahu sepenuhnya effect habatusadak tu  etc etc ni ini tidak bermakna kita tolak ia  dan hina dan guna perli
cumanya golongan ada sebilangan yg menentang vaccine ni mengamalkan makanan sunnah as part of their  practice - so - yg kita tak setuju dengan depa  ialah pemikran dan reasoning itu , bukan habatussaudak tu  

HOW INFORMED was the CONSENT  given  tu  dalam menentukan pemilihan depa untuk tidak vaccine anak...

ade ke stats dibuat

probability  terkena autism dalam clinically significant ( not only statistically significant)  konteks? berbanding terkena polio, difteria

yg  boleh membawa kesan kesengsaraan / morbidity yg tinggi ?


seba i dok nampak element elements ni dalam setiap rasional mereka...

takut benda yg tak life threatening ( read : asbab )  tapi tak takut pada jangkitan yg lebih common dihidapi dan life threatening ( asbab ) so far i tak nampak pun dpe quote something like relative risk ke  etc

dalam pada itu kita akui yg semua ikhtiar dan keberhasilan tu pada Allah jua.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 07:57 PM | Show all posts
MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), se-tiap penyakit yang berlaku adalah hasil daripada keti-dakseimbangan faktor dalaman dan luaran seseorang itu. Faktor luaran adalah seperti kebersihan diri dan alam sekitar yang menyumbang hampir kepada 80% beban penyakit dunia ini. Dan hanya 20% adalah faktor dalaman seperti sistem imun, ketahanan tubuh, nutrisi serta faktor genetik.

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphtheriae yang boleh dimusnahkan dengan pengambilan antibiotik yang betul dengan berkesan. Namun, hampir 10% kes jangkitan membawa kepada kematian dalam masa kurang dari satu minggu selepas jangkitan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Orang dewasa juga boleh dijangkiti, tetapi mereka selalunya mengalami tanda-tanda ringan dan tidak serius. Mereka ini dikhuatiri boleh menularkan bakteria itu kepada anak-anak sekiranya rawatan lambat dilakukan.

Penularan jangkitan boleh berlaku sama ada dari seorang pesakit sihat atau apa yang dipanggil pembawa, yang tiada tanda-tanda jelas penyakit ini atau dari pesakit subklinikal dengan tanda-tanda ringan jangkitan seperti selesema dan sakit tekak, atau dari pesakit akut dengan tanda demam, selaput dalam mulut serta kelenjar yang membengkak.

Sistem pernafasan adalah kaedah utama bagi menyebabkan wabak di merata dunia terutama di negara sejuk. Bersin, batuk dan bercakap didapati menjadi kaedah penularan paling biasa untuk bakteria tersebut terutamanya kepada mereka yang berada dalam lingkungan satu meter dari pesakit. Ini kerana sifat bakteria difteria yang membiak di dalam hidung dan tekak seseorang itu.

Risiko penularan respiratori ini adalah tinggi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di pusat asuhan dan pelajar berasrama penuh, setinggi 10%. Bagi kanak-kanak di kelas seperti di sekolah harian, risiko penularan menurun kepada 5%. Dan yang duduk untuk makan atau menonton sewaktu masa lapang, hanya mempunyai 1% risiko jangkitan.

Sentuhan terus kulit juga dikenalpasti menjadi kaedah penularan difteria. Sebarang lesi pada kulit seperti gigitan serangga, luka, masalah kulit seperti kudis buta, atau fungus, atau lesi akibat ken-cing manis adalah faktor risiko kepada penularan melalui kulit ini. Kajian menunjukkan penularan melalui kulit ini adalah lebih mudah menjangkiti seseorang yang lain berbanding dari sistem pernafasan. Pembawa bakteria difteria lebih mudah menjangkiti orang lain melalui lelehan kulit berbanding batuk atau bersin.

Bakteria difteria juga boleh disebarkan melalui pencemaran makanan terutamanya hasil susu. Haiwan ternakan seperti lembu dan kuda juga didapati berpotensi menyebabkan penularan dari haiwan kepada manusia. Begitu juga haiwan domestik seperti anjing peliharaan. Ini berlaku terutamanya jika haiwan tersebut mengalami lesi kulit.

Selain itu, beberapa kajian mendapati bakteria difteria ini mampu kekal hidup dalam keadaan kering pada permukaan seperti pakaian, perabot, alatan dapur, kaca, dan pada debu atau pasir sehingga tujuh bulan lamanya. Sesiapa yang tersentuh kepada permukaan itu mempunyai risiko yang tinggi.Bakteria ini adalah antara kuman berbahaya kerana ia menghasilkan bahan toksik difteria yang boleh menyebabkan kematian. Ini terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan tanda tipikal penyakit ini seperti selaput putih dalam tekak dan kerongkong. Bahan toksik difteria ini menghalang proses pembentukan kulit lalu menyebabkan nekrosis atau kematian selaput dalam mulut dan kerongkong.


Pada peringkat ini, pesakit selalunya mengalami demam sederhana, sakit tekak, dan sukar untuk menelan. Selanjutnya pesakit akan mengalami perubahan suara, nafas berbunyi, dan bengkak leher. Pesakit juga boleh datang dengan penyakit tonsillitis.

Kesan teruk mula kelihatan selepas toksin itu memasuki sistem darah lalu tersebar ke organ pen-ting seperti sistem saraf, jantung dan buah pinggang. Sistem saraf yang mengalami kesan adalah anak tekak yang menyebabkan kanak-kanak mudah tersedak sewaktu makan dan minum. Toksin difteria boleh mencacatkan sistem penglihatan pesakit dengan menyebabkan kerosakan pada korneal. Toksin ini juga boleh menyebabkan kelumpuhan sum-sum tulang, kerosakan matriks tulang dan sendi-sendi.

Kematian mungkin disebabkan sama ada oleh kelumpuhan paru-paru atau kerosakan sistem denyutan jantung. Kematian akibat kelumpuhan paru-paru berlaku dalam jangka masa lebih awal iaitu tiga hingga empat hari selepas jangkitan bermula berbanding jika kematian akibat kerosakan jantung yang berlaku selepas tujuh hari.

Pendidikan ibu bapa dan umur kanak-kanak itu adalah antara faktor utama untuk menyebabkan berlakunya penularan difteria. Ibu bapa dengan pendidikan yang rendah dan umur kanak-kanak yang kurang dari 16 tahun mempunyai risiko setinggi empat kali lebih tinggi. Kanak-kanak tanpa vaksin difteria mempunyai paras risiko paling tinggi iaitu 13 kali berbanding mereka yang disuntik dengan toksoid difteria. Toksoid adalah toksin yang telah dilemahkan secara perubatan moden dan selamat untuk digunakan.

Vaksinasi difteria adalah faktor utama dalam mencegah wabak ini. WHO menyifatkan vaksin difteria sebagai antara vaksin yang paling selamat dan berkesan. Penggunaan antibiotik juga penting dalam kawalan penyakit ini. Kanak-kanak dengan lesi kulit atau sakit tekak dan demam perlu dibawa berjumpa pengamal perubatan bagi diagnosis serta rawatan awal menggunakan antibiotik. Namun vaksinasi masih perlu diberikan selepas jangkitan dapat dirawat.

Kajian juga mendapati pesakit tonsilitis kronik yang menjalani pembuangan tonsil akan mengurangkan risiko mereka sebagai pesakit sihat atau pembawa. Dan pembawa sihat ini juga didapati bebas dari bakteria difteria selepas tonsil dibuang. Haiwan peliharaan perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi mengelakkan mereka menjadi penyebab difteria pada anak-anak kesayangan kita.

PENULIS ialah Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Pusat Perubatan UKM (PPUKM).
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.SUpqtiEe.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 08:06 PM | Show all posts
siannya...........
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
teringin sangat nak tau..parents yang anak kena difteria ni, esp yg meninggal, tak vaksin anak..tapi ada bagi apa2 other alternative ke..contohnya mcm those yg amalkan makanan sunnah etc tu?

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 08:52 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 30-6-2016 07:57 PM
MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), se-tiap penyakit yang berlaku adalah hasil daripada keti ...

tengs sis for info..sgt berguna. membuatkan aku lagi risau..hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana antivax yg gigih sgt nak statement news yg bdk mati tu mmg tak vax pun?

Btw td aku tanya laki aku, mcm mana kalau kawen dpt bini anti vax? Dia ckp sebelum kawen dia tengok dulu mentaliti bakal bini. Kalau bodoh dia tak kawen

Kesian yg sampai nk cerai berai psl bini tak nak vax anak tu.. Sanggup kau berpisah dgn laki semata2 kena brainwash dgn artikel2 bodoh facebook
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 09:52 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 30-6-2016 06:32 PM
itu satu ikhtiar  dan habatussaudak tu ada mention , oleh kerana kitatak tahu sepenuhnya effect ha ...

kesian habbatussauda jadi mangsa kecaman. bagi aku la kan, vaksin mmg perlu ambil. pastu nak makan supplemen yg sesuai tu makanlah. jaga kebersihan diri, keluarga dan persekitaran. aku tak suka makan kurma. jadi aku ni penentang makanan sunnahlah ye?

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:36 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 1-7-2016 12:01 AM
sharlenetexas replied at 30-6-2016 09:52 PM
kesian habbatussauda jadi mangsa kecaman. bagi aku la kan, vaksin mmg perlu ambil. pastu nak makan ...

u tanya i ? ke? heheh itak faham maksud you  u tak sukamakan kurma? so... i dont get  you said if tak sukakan kurma jadi   u penetanghadis? taklah...just diamjelah...kot haha the best way.

well pada i simple je kalau  itak suka fine tapi taklah benci dan taklah menghina kurma itu ..so that's fine.
actually the best kurma is ajwa - i dulu tak berapa gemar juga but ajwa tastes better lah.

macam i , i tak sukakambing  so i taklah kata apa apa kat kambing or perli ke pasal kambing  ? i mean something like that ?

benda yg kaitan hadith ni sebagai islam i  terima as long as tak hukum hadith palsu dan kalaupun ia sunnah that means benda yg kita tahu tak dosa pun kalau tak buat, tapi pahala kalau amalkan so siapa tak nak pahala kan so  kalau tolerate sikit okaylah  so..relaxjelah
tak perlu nak ke level penentang hadis ke kot ? hehehe - sebab kita hormati hadis itu.
kiranya = kalau kita setuju kalau benda dalam hadis tu berkisar hukum , diam lebih baikatau seek clarification pada yg berilmu tenatg hadith tu. Kalau ya sebegitu adanya maksud hadis tu , then hormati.


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasil keangkuhan mak bapak ker atau kebodohan mak bapak sampai anak mati ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2016 02:40 AM | Show all posts
slavehunter replied at 1-7-2016 12:22 AM
Hasil keangkuhan mak bapak ker atau kebodohan mak bapak sampai anak mati ni?

depa baca satu sumber tapi depa tak boleh menilai ...depa for me just happened to read other sources. tapi depa ni bersembang dak dengan infectious disease consultant ke , those yg ada advance degree in immunology as in discipline ke

u know ni baru credible people

dok baca - what public must know

hahahah i gelak jelah well after all what you can do - anak depa kan, depa rasa depa pandai well...hmm jadi macam ni  then tertanya mana ikhtiar ku?


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:43 AM | Show all posts
ntah2 anak pilak kot yang kena ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 1-7-2016 02:40 AM
depa baca satu sumber tapi depa tak boleh menilai ...depa for me just happened to read other sourc ...

Konsep nye itu anak dia kannn.......kita lebih2 kang orang tak suka....padahal kita concern
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 08:29 PM | Show all posts
Vaksin: menerima pendapat pakar
MALINA OSMAN  |  01 Ogos 2016 6:06 PM
  


SUNTIKAN vaksin mampu mencegah banyak penyakit. GAMBAR HIASAN


STATISTIK terkini oleh Kementerian Kesihatan mengenai penyakit difteria pada 27 Julai lalu mengesahkan lagi lima kes baru dengan satu kematian. Sejak kes difteria mula dilaporkan berlaku beberapa bulan lalu dengan mencatatkan beberapa angka kematian, isu vaksin terus menjadi liputan utama dalam diskusi masyarakat kita.

‘Aura’ perdebatan mengenai vaksin ini telah pun berlegar sejak beberapa dekad lalu. Diskusi itu terus menjadi isu hangat di platform media alternatif yang akhirnya pada masa ini mereka yang menolak vaksin membentuk kelompok yang terus mencabar hebat polisi vaksin negara.
Kelompok antivaksin mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, pola amalan yang mereka lakukan secara berasingan itu tidak lagi terbatas secara peribadi. Kewujudan media alternatif membo-lehkan apa sahaja yang dilakukan setiap individu dikongsikan untuk tatapan awam. Ini secara umum sangat mempengaruhi individu yang tidak mempunyai asas pengetahuan dan pengalaman saintifik.
Sebahagian golongan antivaksin adalah mereka yang terpelajar serta individu yang dihormati masyarakat. Antara hujah mereka menolak vaksin ialah vaksin mempunyai komplikasi sangat bahaya, dianggap menyalahi hukum agama, agenda provokasi Yahudi serta ‘batu locatan’ pihak tertentu mengaut keuntungan.
Walau perspektif berbeza, kita perlu tahu mengapa vaksin itu wujud dan sangat disyorkan, bagaimana vaksin bertindak dalam tubuh kita serta bagaimana sesuatu vaksin itu disahkan selamat sebelum ia disahkan selamat untuk masyarakat awam.Vaksin adalah bahan yang menghasilkan antibodi dalam tubuh seseorang terhadap penyakit tertentu. Ia mengandungi komposit bahan yang dinyahaktifkan kandungan toksiknya, yang mana kandungan biologi itu diperlukan untuk mengaruhkan antibodi terhadap sesuatu penyakit secara semula jadi. Sebagai contoh, vaksin terhadap difteria mengandungi bahan terdiri binaan molekul tertentu dari kuman difteria yang telah dimusnahkan komponen toksiknya; yang mana binaan itu menyebabkan tindak balas tubuh menghasilkan antibodi terhadap penyakit difteria.

Secara umum, penghasilan vaksin sama seperti penghasilan ubat yang digunakan dalam rawatan perubatan iaitu melalui ujian rawak klinikal yang sangat ketat serta didokumentasikan kesemua kesan sampingan yang berpotensi berlaku. Namun, pengetahuan mengenai rumitnya sesuatu ujian klinikal itu tidak difahami oleh golongan anti vaksin. Mereka secara umumnya mendefinisikan saintifik menurut acuan mereka tanpa asas pengetahuan yang benar. Justeru, fokus perbincangan mereka dalam mengemukakan hujah menolak vaksin menyimpang serta tidak mengikut terma dan syarat ilmu.
Laman web Children’s Hospital of Philadephia memaparkan hasil kajian yang sangat menarik dalam membahaskan isu ini. Pembentangan mereka pada November 2015 itu yang bertajuk Mengapa maklumat anti-vaksin sangat persuasif? Analisis kandungan laman web yang menjelaskan perkembangan strategi promosi vaksin. Kajian tersebut menilai sebanyak 480 laman web antivaksin dan mendapati sebanyak 65 peratus daripada laman web itu mengatakan vaksin sa-ngat bahaya, 62 peratus darinya menyebut vaksin menyebabkan autisme, manakala 41 peratus darinya memberikan maklumat vaksin boleh menyebabkan kerosakan otak.
Untuk menyokong hujah itu, 65 peratus dari laman web itu menyebut ia daripada pe-nemuan saintifik tanpa perincian manakala 30 peratus dari laman web berkenaan bergantung kepada testimoni! Lebih menarik, laman-laman web itu bukan sahaja memberikan maklumat tidak benar mengenai vaksin, 19 peratus daripadanya mempromosikan perubatan alternatif dan 10 peratus daripadanya mempromosikan homeopati. Tambah mengelirukan apabila ada yang mempromosikan diet tertentu sebagai ganti kepada vaksin dan merawat autisme akibat vaksin.

Kajian saintifik sebenarnya bukanlah mainan sesuatu hujah. Dalam mana-mana hasil akademik, tatacara penghasilan serta reka bentuk penyelidikan untuk mengesahkan keberkesanan serta selamat sesuatu bahan perlu diperincikan dengan menyandarkan kepada konsep validiti dan reliabiliti. Adalah tidak benar sekadar menyebut hujah penemuan saintifik namun apa dan bagaimana dilakukan tidak didedahkan. Dalam konteks penyelidikan saintifik, testimoni adalah bukti yang paling lemah untuk memberikan kesimpulan keberkesanan sesuatu bahan.


Dalam isu yang mengaitkan vaksin dan autisme pula, tidak ada bukti saintifik yang mengaitkan vaksin dan autisme. Kajian pada 1998 yang melaporkan hasil penemuan 12 kanak-kanak yang didakwa mendapat autisme akibat vaksin telah ditarik balik oleh majalah Lancet pada 2010 selepas artikel didapati mengandungi data palsu. Penyiasatan lanjut akhirnya mendapati penulis kajian tersebut sebenarnya ditaja oleh kelompok tertentu yang mengemukakan saman terhadap syarikat vaksin tertentu.

Pembohongan data kajian terserlah apabila penyiasatan mendapati lima daripada 12 kanak-kanak yang dilaporkan itu telah pun mendapat autisme sebelum mereka menerima vaksin! Namun, golo-ngan antivaksin terus membuat propaganda dan berbohong mengatakan kes tersebut sebenarnya telah disemak semula dan sebahagian data diperakui benar. Hal seperti inilah sebenarnya menjadi ‘duri dalam daging’ serta digunakan oleh mereka yang tidak kita pasti apa agendanya terus bertindak menentang polisi vaksin.


Kesimpulannya, terlalu ba-nyak skop dalam kehidupan kita yang masih tidak diketahui. Jika kita bukan ahli dalam sesuatu bidang, jangan pula memandai membuat kesimpulan. Tanyalah mereka yang lebih tahu.


PROF. MADYA DR. MALINA OSMAN ialah Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi Penyakit Berjangkit/ Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/vaksin-menerima-pendapat-pakar-1.364684#sthash.H2t9LYtf.dpuf
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.647954 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list