View: 2434|Reply: 6
|
Ini Sebab Anda Harus Konsumsi Nenas Mulai Hari Ini
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Jika sebelum ini buah nenas sering dijadikan minuman berkhasiat kerana kandungannya yang tinggi serat dan vitamin C, namun sebenarnya ia juga begitu baik untuk penampilan anda.
Nak tahu kenapa? Lihat fungsi lain nenas yang sangat mengejutkan ini!
1. Menguatkan rambut
Jika anda risau rambut sering gugur, anda digalakkan mengambil nenas secara rutin. Buah ini mengandungi antioksidan yang membuatkan rambut anda kuat.
Selain itu, kandungan magnesium, zat besi dan vitaminnya menambah ketebalan rambut anda.
2. Mengjaga gigi dan gusi sihat
Kandungan vitamin C yang tinggi, membuatkan nenas sangat bermanfaat untuk kesihatan gigi dan gusi anda. Hanya makan hirisan nenas akan membuatkan bahagian dalam mulut anda menjadi sihat dan bersih.
Ia juga membantu menghilangkan plak dan memutihkan gigi. Menarik kan!
Sumber foto: carian google
3. Baik untuk kulit
Nenas mengandungi kolagen yang membantu pengelupasan sel kulit mati dan meningkatkan aliran darah ke atas kulit. Hasilnya rutin makan nenas membuatkan kulit anda bersinar dan sihat.
4. Anti penuaan
Penggunaan masker nenas pada wajah dapat mengurangkan kesan penuaan. Ini kerana nenas mengandungi asid alpha-hydroxy dan juga antioksidan yang menghalangradikal bebas pada kulit.
5. Menghilangkan kutil
Salah satu cara untuk menghilangkan kutil, tahi lalat dan juga noda pada wajah adalah dengan menerapkan nenas terus kepada kulit. Biarkan selama 10 minit dan lihat hasilnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Time senggugut xleh makan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah try utk hilangkan kutil.tp xleh pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya memang suka makan nenas lagi2 cecah dgn serbuk asam memang sedap!! Tapi kalau wanita bila dtg bulan sebaiknya elakkan entah lah itu org2 tua yg nasihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap, tapi nak mengupasnya alahai. Tapi kagum jugak dengan daun nenas dijadikan songket. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak.rajin.buatkan.air.nenas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|