Perempuan. Kalau tak insecure tak sah. Bukan tak bersyukur, tapi kurang keyakinan diri. Aku pun sama. Model femes Gisele Bundchen tu pun mengaku tanpa photoshop tanpa edit2, siapa lah dia. Tu model tau, kita ni? Lagi la!
Jom lah tengok tanda-tanda insecurity da parah memakan jiwa kita:
1. Pernah tak korang lalu depan cermin tapi korang sebolehnya tak nak pandang? Aku penah. Klu boleh tak nak nampak pun lengan aku, peha aku, perut aku. Ada je anggota badan nak dikritik tiap pagi.
2. Kita trauma dan fobia nak jumpa member2 lama. Takut dorang lontarkan komen pedas mcm "ehh eyebag ko tuh nampak teruk sangat da" "apesal ko nampak tembam sgt ni??" "eh rasa kurus diri sebelah ko ni". Penah kena kan komen camtu?
3. Tak cukup kawan, sedara mara pun 2X5 je! "Dah naik eh badan kau" "Asal kau makin gelap" "Dulu seingat aku kulit kau licin". Again, meraikan dan meng-highlight cela dan kelemahan fizikal wanita lain.
4. Kadang tu bila teman lelaki mention nama perempuan yg dia anggap cantik pun kita da menyirap sgt. Padahal nama artis je pun, kenapa kita jeles sgt? Insecure tahap apa kita ni? Da serba salah boyfriend dibuatnya.
Aku rasa kita memang tak boleh lari drpd komen-komen orang, so kita sendiri kena lebih cekal hadapi komen jilaker mereka. Apa kata lepas ni, from one woman to another, kita cuba menaikkan semangat masing2? Tutup kelemahan masing2. Tepis segala insecurities yang kita ada. Tambah lagi keyakinan diri kita!
Maka itu, dari seorang perempuan ke seorang perempuan yang lain, saya rasa awak semua cantik
Sumber: BeeTalk Forum
|