CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1540|Reply: 3

Berlaku Lagi Kejadian Tembakan Di USA, Tiga Polis Maut Ditembak!

[Copy link]
Post time 18-7-2016 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: BBC



Amerika Syarikat sekali lagi berlaku kejadian tembakan!


Kelmarin bertempat di Baton Rouge, sebuah bandar yang terletak di Selatan Amerika Syarikat, satu lagi kejadian tembakan berlaku sekitar pukul 9 pagi yang mengakibatkan tiga anggota polis maut dan tiga yang lain tercedera.



sumber foto: Daily Mail



Menurut laporan, sebelum kejadian berlaku, pihak polis terima laporan ada individu yang disyaki berkeliaran di kawasan berhampiran Hammond Aire Plaza.


Ketika pegawai polis tiba di lokasi, seorang lelaki bertopeng bersenjata segera melepaskan tembakan ke arah pegawai polis, akibatnya tiga daripada pegawai polis ditembak mati.


Difahamkan, tempat kejadian tidak jauh daripada Ibu Pejabat Polis Baton Rouge iaitu hanya 1.6km sahaja.





sumber foto: Daily Mail



Menurut laporan beberapa media di Amerika Syarikat, suspek yang menembak mati pegawai polis itu bernama Gavin Long yang merupakan seorang lelaki Afrika yang berkerakyatan Amerika Syarikat


Gavin yang berumur 29 tahun dikatakan berasal dari bandar Kansas yang terletak di negeri Missouri.


17 Julai ini kebetulan merupakan harijadinya yang ke 29.


Antara tahun 2005 sehingga 2010, dia pernah berkhidmat di bawah Pasukan Tentera Marin Amerika Syarikat dan dalam tempoh perkhidmatan itu dia prenah dihantar bertugas di Iraq.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengecam perbuatan keganasan terhadap pegawai polis adalah tidak wajar.


Sebelum berlaku kejadian tembakan tersebut,  terdapat seorang lelaki berkulit hitam ditembak mati oleh pegawai polis sehingga mengundang kemarahan masyarakat tempatan.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti org islam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 07:17 PM | Show all posts
Sebabkan sorang polis buat silap dulu habis polis2 lain pun mendapat tempiasnya.  Sebab tu siasat dulu sebelum bertindak salah langkah buruk padannya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat malaysia haruslah hairan,ini Usa negara cowboy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.044162 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list