Baru-baru ini, sebuah rumah kebajikan di Bukit Tengah yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang didakwa melakukan penderaan ke atas kanak-kanak yang dibawah jagaan mereka.
Walaupun pengetuanya menafikan segala tuduhan, tetapi rumah kebajikan terbabit tetap diarah tutup untuk siasatan polis.
Menurut laporan akhbar Gunag Ming Daily, pengetua rumah kebajikan, Khor Cai Yun dituduh di mahkamah Majistret bahawa menguruskan rumah kebajikan itu tanpa permit yang sah.
Khor mengakui bersalah dan didenda sejumlah RM5,000.
Pada masa yang sama, mahkamah turut mengarahkan rumah kebajikan berkenaan berhenti operasinya serta-merta.
Pada 3hb Mei, rumah kebajikan berkenaan didapati tidak mendaftar di jabatan kebajikan dan jika disabit kesalahan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 Seksyen 5 (1), boleh membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Sekiranya pengetua itu tidak dapat membayar denda yang dikenakan itu, ianya perlu digantikan dengan hukuman penjara selama 4 bulan.
Rumah kebajikan tersebut juga harus henti beropearsi sehingga membuat pendaftaran dengan jabatan kebajikan.
Akan tetapi, apabila ditanya wartawan mengenai kes penderaan itu, Khor hanya berkata " Sekarang saya nak pergi balai polis" , lepas itu meninggalkan tempat itu dengan pantas.
Sebelum ini, seorang budak berumur 14 tahun dikatakan melarikan diri dari rumah kebajikan untuk mencari ibu kandungnya di Johor dan membongkarkan kejadian penderaan yang dialaminya di rumah kebajikan berkenaan sejak 4 tahun lalu.- CARI
Post time 18-7-2016 07:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Gunag Ming Daily, 1st time pulak aku dengar nama akhbar ni. Baru keluar dari gua kot aku ni pun. Anyways, beroperasi tanpa permit, denda kepada principal RM5k. Tak daftar KKM RM10k, murah betul denda tu. Apakah penderaan yang telah berlaku, paedo activities ke macam mana.
4 tahun kan? i rs budak 14 tahun yg report tu kisah benar la..
x kan die saje2 nak escape tanpa sbb munasabah....kalau rumah kebajikan tu best...sape la nak run away? especially kalau bawah umur..
teringat lagu ni, hehe sorry bukan nak overdramatise, suke lagu ni
Post time 19-7-2016 01:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Org mostly bukak ni sbb untung .. bisnes org kot nak untung agt.
Ada satu rumah kebajikan kt klang. Ada kanak2 istimewa , banglo 2 ti gkat gitu.. tp dia ikat budak dengan rantai mcm hewan.. iols memang cukup meluat,sekali je iols pergi,geram sungguh.. kutip derma punya banyak
Hujung2 ikat budak dan bagi makanan macam :]*"@"]?]"!#&