CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2529|Reply: 10

Rawatan Menakutkan, Kepala Kanak-kanak 'Diputar' Ganas Oleh Doktor!

[Copy link]
Post time 20-7-2016 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO







Seorang doktor yang menggelar dirinya Pakar Kanak-kanak telah memuat naik sebuah video berdurasi 26 saat yang bertajuk: "Tontonilah Kanak-kanak Diurut Sebelum Tidur", isi kandungan video sungguh menakutkan.


Setelah menyaksikan video tersebut, rata-rata netizen mengecam sekeras-kerasnya aksi doktor itu terlalu ganas ketika menjalankan rawatan.


Paparan video jelas kelihatan seorang doktor lelaki tanpa berhenti 'memutar' secara kasar bahagian kepala seorang kanak-kanak sebanyak hampir 20 kali dalam jangkamasa 10 saat.  


Sepanjang proses tersebut, kanak-kanak itu kelihatan tidak berhenti menangis dan kepalanya tetap 'diputar' secara berterusan sampai kemerahan.


Paparan video itu, menyebabkan ramai netizen rasa takut dan bimbang. Sehinggakan ada yang bertanya, "Macam ini caranya, takkan nak putuskan kepala budak itu? "


Termasuk ada yang mengecam doktor itu sedang mendera kanak-kanak terbabit, selain curiga dengan pengalaman dan kelayakan doktor, ada juga menyelar ibu itu seorang yang bodoh.


Laporan berita Peng Bai, doktor Lee yang muncul dalam video itu berasal dari unit pemulihan hospital kesihatan kanak-kanak dan wanita di Wilayah Hubei. Walaupun berkelayakan tidak tinggi tapi mempunyai pengalaman lebih 30 tahun, dia berjaya lulus ujian dan memperoleh lesen perniagaan kedoktoran pada 2011.


Timbalan Pengarah hospital tersebut, Doktor Wang menjelaskan, cara rawatan tersebut adalah untuk merawat kecederaan saraf. Setiap kali rawatannya ambil masa seminit, barulah bahagian saraf pesakit terangsang, sekaligus fungsi seluruh badannya beransur dipulihkan.


Tambah Dr Wang, walaupun cara rawatan dipertikaikan, tetapi Dr Lee tidak pernah terima komplain.  Menurut laporan, ibu tersebut pun tidak percaya pada awalnya, namun selepas mendapat nasihat seorang rakan, dia terpaksa mencuba kaedah itu.


"Sebenarnya melihat kedaan anak sebegini, saya pastilah rasa sedih, tetapi tiada cara lain, demi kebaikannya saya terpaksa merawatnya."


Selepas mendapat rawatan selama 8 bulan, ibu pesakit itu menyifatkan banyak perubahan yang berlaku kepada anaknya, dan kini boleh memijak lantai secara sempurna. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 03:35 PM | Show all posts
Silap haribulan kalau tergeliat terus dapat kecacatan kekal
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 04:50 PM | Show all posts
sampai hati mak bdk tu tgk....mak pun ikut gila sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ye pon bodoh:
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dia fefeeling ip man kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:33 PM | Show all posts
macam2 heyyy lah. terpaksa aku mutekan speaker xnk dgr budak tu jerit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Carik pasal. Silap ribulan mati pulak budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku yang berkelayakan buat chiro pun taklah memandai2 tak tentu hala.. tak memasal kualifikasi medik dan lain2 diangkut sama.. sia2 belajar ponek2 h
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 09:10 AM | Show all posts
cm bangang je
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:01 AM | Show all posts
adoila..........ngilu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 12:29 PM | Show all posts
yg ptg ujung2 aman2 dan ok jah budak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.209488 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list