Bayangkan sebuah kampung yang sangat bersih hingga kejernihan air longkang dikawasan tersebut membuatkan ramai pengunjung merasa kagum.
Kebiasaaannya longkang yang biasa kita lihat dipenuhi dengan berudu atau pun sampah sarap, namun lain pula yang berlaku di Hida-Furukawa, Jepun.
Longkang-longkang di kampung yang sangat indah ini menjadi pembiakan semulajadi kepada ikan Koi yang sangat banyak. Tidak hairan jika terdapat banyak kawasan seperti ini di Jepun kerana sememangnya Jepun terkenal dengan sebuah negara yang berdisiplin tinggi dikalangan rakyatnya.
Jom kita lihat gambar-gambar keindahan kampung Hida-Furukawa yang sangat tenang dan damai. - CARI
Ni semua mentaliti kalau masyarakat setempatnya sukakan kebersihan dan keindahan mesti persekitarannya jadi bersih dan cantik. Tak perlu lihat jauh sangat tengok je le sungai2 yang ada kat Malaysia ni pun cukup le berapa banyak yang masih jernih airnya kebanyakan dah bertukar warna teh tarik.