Pelbagai cara unik dan menarik yang dilakukan oleh sesebuah restoran untuk membuat si pelanggan 'melekat' di situ.
Seperti yang ditawarkan di sebuah restoran di Tokyo, Jepun, anda boleh menikmati makanan dalam sebuah ruang atau kolam penuh lumpur!
The Gata Bar membiarkan pengunjung 'bermanja' di dalam lumpur itu ketika musim panas. Oleh itu, para pengunjung berasa lebih selesa, nyaman dan sejuk bila berada dalam kolam lumpur.
Pemilik restoran juga membenarkan pengunjung masuk ke dalam kolam lumpur dengan berpakaian lengkap mahupun pakaian renang.
Lumpur yang digunakan pula adalah berasal dari tanah liat yang sangat kaya dengan mineral. Selain menyejukkan badan, juga mencantikkan kulit. Nak cuba tak! - CARI