CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3270|Reply: 9

Koay teow th'ng

[Copy link]
Post time 4-8-2016 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Ada sesiapa pernah makan koay teow th'ng?




Image - credit: www.yatizul.com

Ini sebenarnya masakan orang cina...tapi dah ada melayu yang belajar dan start jual...I first time cuba kat penang...


Dia macam koay teow sup tapi chinese style clear soup...tak macam koay teow sup melayu yang berempah tu. Biasanya koay teow th'ng dihidangkan dengan fish ball, isi ayam, bawang putih goreng dan daun bawang...dan sambal cili!


So far tak pernah lagi jumpa kat KL...apatah lagi yang halal punya.


Resipi seperti berikut


Kredit: www.yatizul.com


Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)


2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.
2 belah dada ayam
1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan
1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan
300 gram gula batu
10 cm halia
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halus
Ajinamoto
Garam - secukup rasa
Gula
Minyak Masak
Bawang putih - 3 labu
Cili boh - 1 bungkus kecil
Daun bawang - di hiris halus
Taugeh - di celur


Sup Manis

Panaskan 3-4 liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam.
Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.


Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng

3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.


Tips:


1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.
2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.
3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.


Sambal Sup

Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.


Dah siap. Dalam bekas hidangan akan ada:


1. Koay teow yang telah di celur
2. Ayam yang telah di racik
3. Fishball / fishcakes yang telah di potong
4. Taugeh yang telah di celur
5. Sambal sup
6. Minyak bawang putih
7. Daun Bawang


Selamat mencuba!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 01:03 PM | Show all posts
macam sedap.. boleh try ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 01:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-8-2016 01:03 PM
macam sedap.. boleh try ni..

sedap you...kalau kat penang ada dua tempat boleh cari yg halal melayu punya...kat astaka taman tun sardon, dan kat area bayan lepas...

but boleh cuba buat sendiri jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap wei pernah mkn 15 thn sdh kat alor setar terliur air liur bila teringat..tks tt bg resepi akan ku try nt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 06:46 PM | Show all posts
kimchipedas replied at 4-8-2016 04:31 PM
Sedap wei pernah mkn 15 thn sdh kat alor setar terliur air liur bila teringat..tks tt bg resepi akan ...

Mmg sedap kan...sup dia sendiri pun dah sedap, boleh dihirup begitu saja...hehe all the best!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
certiorari replied at 4-8-2016 06:46 PM
Mmg sedap kan...sup dia sendiri pun dah sedap, boleh dihirup begitu saja...hehe all the best!!!  ...

Sapa yg suka sup konpem akan suka mkn ni shedap sgt...mood rajin mai nt siap lh koteow th'ng (ntah bila taun)    
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2016 07:50 AM | Show all posts
pernah makan dulu masa g alor star.rasanyer mmg famous dkt sana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 05:53 PM | Show all posts
nampak mcm tawa je. tp tgk belah komen byk puji sedap so i should try this
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kow teaw sup jugak ni versi ringan..sedap..lagi suka kalau dengan sambal kicap..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 03:57 PM | Show all posts
Edited by sherry70 at 8-8-2016 04:01 PM

ada dlm 15-12 thn dulu saya    banyak bertanya dgn teman2 cina saya yg tak lokek kasi resepi menu Chinese , kalau  terasa  nak mkn menu Chinese  saya  buat  sendiri. segala Mee, soup, seafood, sreamboat  . kawan cina  pun ada yg   different dialect  so dpt la mcm2  resepie n tunjuk ajar berbaloi juga ada kawan yg tak lokek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.083490 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list