Baru-baru ini, terdapat sebuah video yang tersebar luas di laman sosial yang dikenali Reddit, video tersebut menyaksikan seorang wanita terjatuh dari atas tebing, akibat teman lelakinya yang ketika itu dilihat berada di sisinya enggan selamatkannya.
Paparan video itu menimbulkan perbincangan hangat di kalangan netizen berhubung reaksi teman lelaki itu.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan sepasang kekasih sedang berada di atas tebing yang tinggi, manakala di bawah tebing pula kelihatan laut yang penuh kebiruan airnya.
Pada detik cemas itu, wanita tersebut cuba nak mencapai kaki teman lelakinya itu dengan harapan dapat mengelakkan daripada jatuh dari tebing.
Tapi tanpa disangka-sangkakan, teman lelakinya bertindak menarik kaki dan membiarkan gadis itu jatuh dari atas tebing. Bagaimana pun, paparan video itu dan statusnya tidak menyatakan apa kesudahannya pada wanita itu, sama ada cedera atau menemui ajal.
Perbuatan teman lelaki yang bertindak tidak berhati perut untuk menyelamatkan wanita itu mengundang perbincangan di media sosial.
Ada netizen berpendapat lelaki itu perlu selamatkan wanita itu, " Kalau tidak sempat memegang dan tarik tangannya, sekurang-kurangnya lelaki itu boleh menolak jauh sedkit dari tebing supaya dengan berbuat demikian boleh meminimumkan tahap bahaya yang dialaminya.
Akan tetapi ada pula sesetengah pihak sokong dengan tindakan yang diambil oleh lelaki tersebut, dengan menganggap tindakan wanita itu yang cuba mencapai kaki lelaki itu, akan menyebabkan mereka berdua jatuh sekali dari atas tebing.
"Anda yang nak terjun tapi tiba-tiba pula mengubah fikiran, perbuatan yang paling bodoh adalah tarik orang lain semasa nak jatuh, tindakan itu hanya boleh mengakibatkan orang lain ditarik dan jatuh sekali."- CARI
Post time 12-8-2016 03:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau nyata sekalipun memang dia nak lompat lepastu nape nak tarik orang.
Aku menyampah manusia gini.Jenis pentingkan diri.kalau korang pernah lah lari dr anjing atau satu kejadian,dah lari semua lepastu dtg kawan yang tarik tangan ko lepastu cuba tolak korang kebelakang.bengang betol.aku pernah gak tapi dalam mimpi.
Tak lah betol2.masa aktiviti burung hantu.kan jalan gelap dlm hutan,kawan aku ni takut sbb ada lembaga muncul dia tarik aku tolak kebelakang aku jatuh dia lari.nasib aku bawak botol 100plus besar,aku pukul lembaga tu sampai menjerit-jerit suruh berhenti.