Asyik-asyik makan 'western food' sahaja? Tak jemu ke? Ala, sudah tentu makan nasi hari-hari di rumah. Jadi, untuk makan di luar kita pilih 'western food' lah.
Kali ini nak kongsikan dengan anda, Pasta Express Putra Perdana, 'Modern Western Cuisine' yang terletak di Taman Putra Perdana, lokasi yang strategik dengan kepadatan penduduk golongan pertengahan. Boleh dikatakan, harga menu 'western food' di sini murah dan mampu makan untuk semua.
Dengan dekorasi dalaman yang diilhamkan oleh pemilik restoran ini sendiri, En.Abdul Aziz. Ala-ala stail Inggeris, dilengkapi dengan kerusi meja berwarna putih, kaunter bar minuman dan dinding dihiasi dengan menu-menu Pasta Express berlatar belakangkan mural anak beliau. Sangat menarik perhatian pengunjung ke sini.
Menu di Pasta Express adalah 100% berasaskan masakan barat. Tiada masakan tempatan atau lain-lain. Selain menu pasta, juga ada Grilled Chicken Chop, Steak, Fish & Chips, kek, aiskrim untuk pencuci mulut dan kopi kisar.
Dibuka dari jam 5 petang hingga jam 10 malam, kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan dan luar kawasan. Biasanya, waktu puncak adalah sekitar jam 8 malam.
pro: harga murah. chicken chop, spageti aglio, juice for 2, total tak sampai rm30. free spageti for child.
kontra:
1. jenuh menunggu even datang malam weekdays pun. ruang kedai kecil, sempit, iols makan hujung sebelah meja kaunter je -.-"
2. chicken chop keras, tepung xbest, sos rasa biasa sangat.
3. aglio olio biasa. udang 2 ketul. clamps 3 ketul.
itu je.nak repeat? memang takkkkkk..
prefer murni lagi, berbaloi portion dengan harga.
kt rumah aku jugak best, eye steak di bazaria pantai,,murah gila br smlm mkn mixed grill ada lamb skeping,ayam skeping pastu ada kejutan kat bwh lamb ng ayam ada aglio olio dgn hrga rm10 sajork.. chicken chop rm4.90 tp portion utk budak boleh la..xpuas, kn y grill mmg bess..