Edited by cyberdad at 21-8-2016 11:27 AM
Adalah menjadi kebiasaan orang menganggap bahawa IBD atau Inflammatory Bowel Desease disebabkan oleh apa yang kita makan kerana IBD mengakibatkan keradangan di dalam salur penghadaman. Namun begitu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa tabiat makan kita menyebabkan IBD. Sungguh pun penyebab IBD tidak diketahui sepenuhnya, doktor percaya bahawa IBD berlaku disebabkan sistem pertahanan badan bertindak balas dengan tisu usus sendiri. Selain itu, faktor yang menyebabkan IBD ialah sejarah keluarga yang pernah menghidapi IBD,jangkitan, immunologik (berkenaan dengan sistem imuniti badan) dan juga faktor kesihatan fisiologikal. Apa yang mencetuskan sistem imun badan menyebabkan IBD masih belum dikenal pasti. Tabiat merokok direkodkan sebagai penyebab kepada penyakit Crohn's yang teruk.
Tanda dan gejala Tanda gejala lazim adalah sakit pada bahagian abdomen dan cirit-birit. Tanda-tanda lain termasuk: · Cirit-birit yang mengandungi darah · Kehilangan selera makan · Penurunan berat badan · Keluaran lendir daripada dubur · Buang air besar berserta sakit atau berdarah · Keinginan membuang air besar yang mendesak · Kembung perut · Fistula atau penyakit di bahagian dubur. Keadaan ini biasa berlaku di mana terdapat lelehanl endir di sekeliling dubur di kalangan penghidap penyakit crohn's · Demam (berlaku semasa radang berlaku) · Perasaan letih (kurang darah merah, rasa tidak sihat secara umumnya)
Komplikasi IBD boleh menyebabkan pendarahan dari ulser (penghidap ulseratif kolitis) dan menyebabkan usus tembus (atau pecah). Penghidap penyakit crohn's mungkin mengalami usus sempit (lubang usus menjadi separuh tersekat dan menyempit) disebabkan oleh keradangan. Penyakit radang usus mungkin boleh mempengaruhi organ lain di luar salur penghadaman, seperti pada sendi, mata, kulit dan hati. Pesakit yang banyak menggunakan ubat steroid untukmengurangkan radang mungkin akan mendapat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis. Dalam jangka masa panjang IBD boleh menyebabkan penghidap berisiko tinggi mendapat kanser kolon. Penghidap memerlukan pengawasan untuk mengenal pasti tanda awal kanser kolon.
Rawatan IBD Disebabkan IBD merupakan penyakit kronik, ia memerlukan pengambilan ubat berjangka panjang. Objektif utama rawatan IBD adalah untuk mengkurangkan tindak- balas keradangan yang tidak normal. Sesetengah ubatan digunakan untuk merawat keradangan yang akut dan menjadikan penyakit ini terkawal. Ubatan lain berfungsi mengurangkan kekerapan keradangan dan menjadikan keadaan IBD stabil. Steroids - Steroid akan diberikan kepada pesakit untuk penyakit yang aktif dan steroid hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat. Steroids membantu mengurangkan gejala IBD tetapi tidak boleh menghalang IBD menjadi aktif. Kesan sampingan steroid sekiranya diambil dalam dos yang tinggi dan dalam masa yang panjang termasuk jerawat, katarak, osteoporosis( tulang reput) dan "moon face" (wajah bengkak menjadi bentuk bundar). Mesalazine - Ubat ini berguna untuk mengawal IBD. Pesakit perlu mengambilnya dalam jangka masa yang panjang.Mesalazinine juga berguna semasa keradangan yang aktif. Immunosippression -Kumpulan ubatan ini digunakan untuk menekan sistem imun (disebabkan IBD adalah penyakit berkaitan dengan reaksi imun badan sendiri). Malangnya, ubat ini lambat tindakannya, tetapi berguna untuk membantu pesakit yang penyakitnya tidak terkawal sepenuhnya dengan penggunaan ubat masalazine. Ianya juga mengurangkan kekerapan pengambilan steroid dan ubat ini mempunyai kurang kesan sampingan jangka panjang. Akan tetapi, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman dan pemantauan ujian darah perlu dilakukan. Anti-TNF agen -"Tumour necrosis factor" (TNF) adalah diperolehi dari sel darah putih dan ianya bertindak untuk memperbaiki tisu yang rosak. Inflixamab adalah anti-TNF antibodi yang telah diperakui untuk merawat penyakit crohn's dan ulserkolitis yang tahap sederhana hingga ke tahap teruk. Tetapi ubat ini agak mahal. Antibiotik - Mtronidazoledan ciprofloxacin adalah dua antibiotik yang digunakan untuk merawat IBD. Ubat ini berguna untuk merawat IBD yang ringan dan akut. Tetapi ubat ini tidak berkesan untuk menstabilkan penyakit IBD. Pembedahan - Pembedahan berpotensi penyembuhan penyakit ulser kolitis tetapi tidak berkesan untuk penyakit crohn. Pembedahan selalu disarankan untuk pesakit yang tidak tahan dengan kesan sampingan ubat dan pengambilan ubat tidak mendatangkan kesan. Doktor juga akan melakukan pembedahan terhadap penghidap ulser kolitis sekiranya terdapat tanda-tanda permulaan kanser atau telah menjadi kanser.Untuk penyakit crohn's, pembedahan adalah dianjurkan untuk pesakit yang menderita dengan komplikasi penyakit dan penyakit yang tidak bertindak-balas terhadap ubat-ubatan Probiotik - Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan probiotik sebagai terapi ajuvanuntuk menstabilkan penyakit dan mengurangkan radang ulser kolitis yang ringan hingga radang yang sederhana. Ia boleh menstabilkan remisi yang berlaku dipouchitis (selalunya berlaku selepas pesakit menjalani pembedahan ulser kolitis).
PROBIOTIK merupakan bakteria yang bertindak membantu mengekalkan kesihatan dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan malah mengurangkan kehadiran organisma berbahaya. Penggunaan probiotik terbukti mampu mencegah atau merawat. Menurut definisi yang diguna pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik adalah mikro-organisme hidup yang apabila digunakan dalam jumlah mencukupi akan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang menggunakannya.
Kultur bakteria probiotik seperti lactobacillus dan bifidobacterium merupakan dua jenis bakteria baik atau bakteria bermanfaat yang paling dikenali.Kedua-duanya digunakan untuk membantu memantapkan semula flora perut yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Penyelidikan mendapati bahawa probiotik juga boleh membantu menguatkan sistem imun badan untuk melawan alahan, pengambilan alkohol berlebihan, tekanan, pendedahan kepada bahan toksik dan penyakit lain.
Probiotik yang berasal daripada perkataan Greek bermaksud 'untuk kehidupan' sudah pun digunakan sejak berabad-abad lamanya sebagai komponen semula jadi dalam makanan berteraskan kesihatan.
Istilah 'probiotik' mula diperkenalkan pada 1965 oleh Lily dan Stillwell apabila ia diperjelaskan sebagai faktor penggalak pertumbuhan yang dihasilkan oleh mikro organisma.Berbeza dengan antibiotik, probiotik didefinisikan sebagai faktor terbitan mikrob yang merangsang pertumbuhan mikro organisma lain.
Secara umumnya, probiotik melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus. Ia dapat memperbaiki masalah usus seperti kembung, flatulen, cirit-birit dan sembelit yang disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan anti infektif protein untuk melawan patogen.
Pakar kesihatan juga turut mencadangkan pesakit yang mengambil rawatan antibiotik supaya menambahkan probiotik ke dalam pemakanan mereka. Ini kerana antibiotik menghapuskan semua bakteria, termasuk bakteria yang bermanfaat. Ini membenarkan bakteria berbahaya dapat membiak secara berlebihan dan membawa kepada masalah gastrousus. Dos probiotik yang sihat dapat menjauhkan patogen berbahaya dan memperbaiki keseimbangan mikroflora usus.
Kehadiran bakteria bermanfaat memastikan toksik dikeluarkan daripada usus dan tidak diserap ke dalam salur darah. Selain itu, probiotik juga berupaya menghalang atau mengawal pertumbuhan patogen usus seperti salmonella, staphylococcus dan Candidaalbicans. Ianya penting kerana pertumbuhan patogen usus boleh menyebabka nalergi, kembung perut, cirit-birit dan gastritis.
Ada kajian yang menyokong pengambilan probiotik memandangkan ia mungkin membantu mengelak kejadian seperti masalah keradangan usus di kalangan orang dewasa, manakala kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mengalami masalah gangguan penghadaman seperti intoleransi laktosa, sembelit, cirit-birit dan juga kembung perut.
Dalam pada itu, pengambilan probiotik untuk kanak-kanak didapati memberi manfaat kepada kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu, mempunyai imun sistem yang lemah, kurang selera makan dan sering mendapat alahan termasuk mengurangkan risiko kejadian ekzema. Bagaimana pun, harus diingat bahawa setiap pemilihan probiotik harus berdasarkan beberapa kriteria untuk memaksimumkan manfaatnya. Begitu juga pemilihan strain yang tepat dan betul. Pakar bersetuju bahawa keputusan kajian bagi sesuatu strain tidak boleh dianggap sama dengan strain yang lain walau pun daripada spesis sama.
Kini, probiotik digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia kerana ia boleh membantu pencernaan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan hidup.
Sesuai dengan peredaran masa, peranan probiotik juga diperluaskan. Bukan sekadar mengekalkan kesihatan malah digunakan dalam aplikasi yang menjurus kepada pelbagai keperluan kesihatan pencegahan. Kini, probiotik yang disahkan secara klinikal menemui aplikasi inovatif dalam makanan tambahan pemakanan, makanan berfungsi dan produk makanan utama.
Lactobacillus reuteri (atauL.reuteri) adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dania memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.
Menurut Dr. Andreas Aly, probiotik dapat melindungi si kecil dan mengelakkan sakit daripada berulang serta menguatkan imuniti. "Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan anak-anak mudah jatuh sakit. Senario begini yang kerap bukan sahaja merisaukan ibu bapa tetapi mungkin menjejaskan tumbesaran dan prestasi kognitif mereka.
Pendedahan kajian klinikal dan penyelidikan mendapati salah satu kunci ke arah kesihatan optima mungkin berada dalam usus iaitu bakteria bermanfaat dalam saluran penghadaman.
Flora usus yang seimbang bukan sahaja memperbaiki kesihatan penghadaman tetapi juga mempengaruhi interaksi usus dengan imun sistem, dengan itu mengurangkan jangkitan dan ini menunjukkan keperluan penggunaan probiotik," katanya ketika taklimat mediaBio Life di BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd, Blok N-41, Jalan PJU 1A/1. Taipan Damansara 2, AraDamansara, Petaling Jaya, Selangor. Dr. Andreas menjelaskan, bukti menunjukkan Lactobacillusreuteri protectis sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun. "Probiotik ini membantu merangsang pertumbuhan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus,mengembalikan flora usus yang sihat. Setiap strain probiotik adalah unik danianya dapat bertahan dalam hempedu dan asid gastrik serta mengkoloni saluran gastrousus.Ia mampu menghasilkan bahan anti mikrobial, reuterin dan asid organik yang mewujudkan persekitaran yang merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya,"jelasnya.
Dalam pada itu, pengambilan probiotik ini mengesahkan terdapatnya pengklonian bakteria ini dalam perut,deodenum dan ileum. Kajian juga mendapati peningkatan signifikan dalam sel emun selepas pengambilannya membawa perlindungan dan kurang jatuh sakit. Ia didapati berkesan sebagai agenterapeutik untuk rawatan cirit-birit dan kolik di kalangan kanak-kanak.
L.reuteri adalah salah satu jenis probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan ia memberi manfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan, bahawa kanak-kanak yang diberi susu formula tambahan bersama L.reuteri dilaporkan mengalami demam dan cirit-birit yang lebih singkat.
Probiotik juga dikenali sebagai serat diet. Ia membantu merangsang tumbesaran kebaikan microflora dalam usus dan pertumbuhan bakteria yang memberi manfaat.
Sumber: Utusan Online
|