View: 4326|Reply: 15
|
Muncul Pula Durian Motong Sesedap Musang King
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Musim durian di Malaysia buat ramai yang tidak mahu terlepas untuk menikmatinya. Walaupun musim durian, harga yang dikenakan tetap tinggi. Putus selera nak makan puas-puas. Betul tak? Tapi, tidaklah pula lokek nak kuarkan duit untuk menikmati raja buah ini kan?
Sumber daripada laman Facebook Pertanian Satu Perniagaan telah berkongsikan satu jenis durian yang jarang didengari dan mungkin pernah oleh segelintir orang iaitu Durian Motong yang katanya seangkatan dengan Musang King. Rasanya juga lemak manis.
Namun, yang menariknya kaedah tanaman pokok durian ini didalam drum, kerek, pasu dan plastik beg hitam. Ia mampu mencapai ketinggian 6 ke 10 kaki dan paling 'best' pokok durian Motong ini mampu berbuah seawal 3 tahun. Berat untuk satu biji boleh mencapai sehingga 6 kilogram (kg). Wow!
Anda boleh lihat pada gambar bagaimana isinya dan ia lebih besar serta menawan daripada Musang King. Pokok durian Motong ini juga rendang sahaja. Mudah untuk dipetik dan buah tidak akan rosak jika gugur sekalipun. Menarik!
Anda boleh layari laman Facebook Pertanian Satu Perniagaan untuk suka, kongsi dan komen secara 'pm' dan admin akan hubungi segera untuk berikan tip dan rahsia kaedah tanaman durian Motong ini secara PERCUMA tau! Mana tahu suatu hari nanti anda boleh pengusaha durian Motong yang berjaya. Jual murah-murah tau. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
aritu aku tgk majalah 3 musang king ni klu nk thu kan leh nmpk pangsa die dr luar kulit.
then pokok2 durian ni diaorg klon je kt pokok durian kg bese |
|
|
|
|
|
|
|
mane nak dapat derian cenggini? |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang nie kat balik pulau diaorg try tanam durian Tupai King pulak...
Baru ada 25 pokok
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 versi sekarang ni harga pun makin mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Makan tempoyak jugak yg sedap. Cili padi tumbuk + tempoyak. Makan dgn nasi panas. Baru puas. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak makan, harga sebijik RM80.00. Terus tak jadi. Beli beras 3 kampit, sardin 5 tin besar. Utk kesesakkan tgh bulan, tiap2 bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak cantik kat mana nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
matseh replied at 25-8-2016 02:27 PM
Nak makan, harga sebijik RM80.00. Terus tak jadi. Beli beras 3 kampit, sardin 5 tin besar. Utk kese ...
Ala u sekali-sekala je |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh...macam sedapppp jekk |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu beli sebijik rm73..tp rasa mmg terbaiklh..tringat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang pencuri durian paling susah sekali. Sebab nak curi tak kenal gred durian.. bg akak durian paling sedap durian ioi.. akak makan sampai peranakan akak sendawa .. gila sedap.. balik rumah termimpi pokok durian.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|