View: 2458|Reply: 6
|
Rakaman Video Mangsa Lemas Bot Karam Kota Belud, Tekong Dipersalahkan
[Copy link]
|
|
Video berdurasi hampir 3 minit memaparkan detik-detik terakhir mangsa lemas bot karam di Kota Belud mula viral dan menjadi perdebatan antara netizen.
Dua mangsa lemas itu adalah guru yang terlibat dalam insiden bot karam yang dinaiki 10 individu ketika dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut menuju Pulau Mantanani empat hari lalu.
Dilihat dari rakaman video dibawah, tiada siapa pun datang menghulurkan bantuan kecemasan ketika 10 penumpang bot karam itu sedang berhempas pulas bertarung nyawa. Sekadar memerhatikan sahaja tanpa berbuat apa-apa?
LIHAT VIDEO : https://www.facebook.com/officialzarrasinarputeri/videos/919586328153079/
Rata-rata yang menonton video ini sangat marah dengan tindakan yang merakam video serta tekong bot yang tidak berhenti menolong mangsa. Berikut merupakan antara komen dari netizen selepas melihat video ini :
Bagaimanapun beberapa netizen turut menyatakan keadaan ombak yang terlalu besar ketika itu mungkin menjadi sebab utama mengapa tekong bot tidak menolong mangsa lemas ketika itu.
Terdahulu, jurucakap Balai Bomba Kota Belud berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantanani, Limun Gamburud dan seorang lagi guru sekolah berkenaan Kamariah Hamdan. - CARI
Sumber : ZARRA |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah kesiannya tengok. kenapa sanggup biar |
|
|
|
|
|
|
|
alasan ombak besar langsung tak boleh terima. semua penakut ke nak terjun? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak menolong tu satu hal
Tolong tengok tu pun satu hal
Tapi terlebih hal zalim dan kejamnya perbuatan merakam video ni then p upload utk tatapan ahli keluarga mangsa dan juga seantero alam |
|
|
|
|
|
|
|
sume nk jd org no 1 uplod dlm fb..bkn nk jd no 1 tlg org |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sanggup nak tengok video ni |
|
|
|
|
|
|
|
teringat hari tu pegi pulau aman
bot tak sediakan jeket keselamtan mentang2lah jaraknya agak dekat
kalu terjadi musibah maunya semua jd mangsa lemas
|
|
|
|
|
|
|
| |
|