CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4023|Reply: 11

Jangan Marah Anak, Guna 7 Teknik Psikologi Ini Ajar Anak Kemas Mainan

[Copy link]
Post time 1-9-2016 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ

Sumber foto - anakibunayah.blogspot.com





Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil sudah tentu sentiasa berhadapan dengan situasi dimana rumah sentiasa bersepah dengan mainan anak-anak.


Mainan yang bertaburan di lantai sudah tentu mengganggu emosi lebih-lebih lagi ketika baru sahaja mengemas rumah atau kepenatan pulang dari bekerja.


Baru sahaja mengemas mainan anak-anak, tidak sampai beberapa jam lantai kembali bersepah. Berbuih mulut ibu-bapa suruh anak kemas mainan yang bersepah itu. Rasanya, sudah menjerit banyak kali namun anak buat tidak tahu sahaja. Hari-hari macam ni memang silap hari bulan mungkin kesabaran anda boleh hilang dan anak yang menjadi mangsa.


Adakah anda salah seorang daripada ibu-bapa ini? Jika ya, jangan sesekali menjerit atau memukul anak-anak jika mahu mereka mengemas mainan dengan rela. Mari cuba tips ini.


1. Berlumba dengan anak
Senang cerita, ‘Race against time’. Jadikan ia satu cabaran, ‘Time-bound challenge’. Sifat kanak-kanak memang suka berlumba. Gunakan ‘stopwatch‘ dan mula berlumba dengan anak. Siapa yang siap kemas dulu, dia menang!


2. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan
Dengan kata lain, ‘Make it fun’. Kalau kemas kapal terbang, buat bunyi kapal terbang sambil gerak tangan memasukkannya dalam bekas mainan. Kalau kemas lori, buat bunyi lori. Tukarkan daripada suasana tegang kepada suasana yang menarik. Jadikan satu permainan.


3. Janji main lagi
Pertama sekali, main dengan anak dulu. Bila mahu kemas, kemas sama-sama. Mungkin anak sedih kalau kita kata mahu berhenti. Masa inilah kita boleh cakap, “Kita kemas dulu ya. Mama janji, nanti mama main sama-sama lagi. Okay?”


Sumber foto - rizqinhazim.blogspot.com




4. Puji susunan mainan anak
Walaupun berterabur dan masih lagi bersepah, asalkan ada dalam bekas mainan itu, puji anak dengan bersungguh-sungguh. “Pandainya abang kemas toys. Cantiknya. Macam inilah anak mama!”, sambil peluk anak. Anak akan tersenyum dan rasa gembira kerana dipuji. Secara tidak langsung, jadi motivasi pada dia untuk kemas pada masa akan datang.


5. Sentuhan terakhir
Kadang-kadang, anak tidak mampu kemas sendirian. Sebab itu dia malas kerana terlalu banyak untuk dikemas. Biar ibu-bapa buat lebih banyak dari anak, asalkan dia belajar sesuatu. Apa kata ibu-bapa tolong 80% dan anak buat 19%. Lagi 1% bagaimana?


Masa inilah yang paling kritikal. Buat anak rasa dirinya juara kerana dia yang buat sentuhan terakhir. Dia yang buat ‘finishing‘ kemas permainan itu! Secara psikologi, bagaikan dia yang kemas semuanya 100%.


6. Rumah mesti kemas
Kalau mahu suruh anak kemas, pastikan persekitaran kita kemas. Bukan kemas sehingga tiada habuk langsung, cuma asalkan elok dipandang mata. Bayangkan kalau bantal masih lagi bersepah di sofa di ruang tamu, bagaimana anak ingin kemas permainan di sudut rumah. Dia akan nampak, “Rumah pun mak aku tak kemas, nak suruh aku kemas toys pulak”.


7. Main tarik tali
Kalau tidak kemas, kita akan ambil atau bagi orang lain. Ini biasanya hanya boleh digunakan untuk anak kecil 1-4 tahun. Setelah besar, dia tidak akan peduli. Cuba guna teknik 1-6 di atas.


Paksaan, meninggikan suara dan memukul anak tidak akan menyelesaikan masalah malah akan membuatkan anak semakin degil. Gunakan lah 7 teknik psikologi diatas kerana kanak-kanak perlu dididik dengan kelembutan dan tauladan. Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya. - CARI








sumber: GuaBlog.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg no 3&4,slalu buat pada anak2...x perlu nak marah,cakap elok,Insya'Allah anak2 akan ikut cakap kita..lagi kita marah,lagi anak2 x nak mngemas,membentak lagi ada laa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 11:48 PM | Show all posts
Aku x larat betempik dah..sebelum kawin org x tau aku wujud..lps dpt anak tu diaa..sora dgr 1 blok ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 10:38 AM | Show all posts
aku biasanya berakhir dengan aku kemas sendiri,yang aku geram sgt ada bilik mainan sendiri tapi tetap taburkan mainan atas katil bilik aku lepastu menyenggih je mcm xda apa jadi.bila suruh kemas buat2 pengsan.sampai abang dia yang 6 tahun pun naik hangin.hihi..

biasanya aku kemas kan lah,walau geram,sbb tahu suruh dia kemas lambat,baik aku kemas dari aku jalan terpijak blokcks ke mainan dia yang buat aku menjerit sebab sakit tapak kaki tu kalau terpijak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 03:45 PM | Show all posts
selama ni anak girl 3 orang...xminat lego

dapat pulak ank boy yg pantang jumpe menan lego

belum 2ys, ikut angin dia nak kemas @ sepah ...kalau kita cakap pon dia wat dono je suh kemas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2016 04:01 PM | Show all posts
Banyak kena belajar psikologi bila ade anak2..
tapi kalau dah naik angin... psikologi ke mana ape ke mana..
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 05:16 PM | Show all posts
anak2 ni berjaya mengubah kita yg ayu soft2 gitu bertukar jadi mak ko hijau







hebat bukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sehari 5 6 Kali nk kemas main an anak..klu x nnt kte yg terpijak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 2-9-2016 11:48 PM
Aku x larat betempik dah..sebelum kawin org x tau aku wujud..lps dpt anak tu diaa..sora dgr 1 blok . ...

Samey ler kite...
Jiran seblh plan nk pindah agaknye
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
aurorayasmeen replied at 9-9-2016 02:25 PM
sehari 5 6 Kali nk kemas main an anak..klu x nnt kte yg terpijak..

Kn?? Situ la mainan situ la mkn.. Situ la biskut..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 04:29 PM | Show all posts
Super-M replied at 4-9-2016 10:38 AM
aku biasanya berakhir dengan aku kemas sendiri,yang aku geram sgt ada bilik mainan sendiri tapi teta ...

Haha..i feel u sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.214801 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list