Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengguna yang menjadi obses dengan penggunaan sheet mask dari Korea iaitu masker dalam bentuk fabrik yang ditampal pada kulit, kononnya mampu menegangkan dan mencantikkan kulit.
Namun, laporan tentang bagaimana kotornya masker tersebut ketika disediakan sangat mengejutkan. Sudah tentu ramai yang menganggap sheet mask dihasilkan dengan penuh teliti dan bersih.
Namun, seorang pengguna laman sosial Reddit, dvaonline22, yang mendakwa berasal dari Seoul dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kecantikan, berkata sheet mask sering dihasilkan dalam kondisi yang tidak bersih dan kotor!
Terdapat banyak jenama terkenal yang hanya dibuat di rumah, di mana pekerja akan memasukkan kepingan masker ke dalam envelop. Produk yang telah siap akan dihantar ke kilang untuk disuntik dengan serum dan dijual terus kepada pengguna.
Cara penyediaan di rumah itu sendiri sudahlah tidak sah, ia juga sangat berisiko untuk penyebaran bakteria, kotoran dan juga serangga yang telah mati.
Malah, ada blogger Korea yang mendakwa melakukan kerja memasukkan sheet mask ke dalam envelope berkata, ramai pekerja yang turut merokok, yang menyumbang kepada kotoran dan juga kesan nikotin pada masker yang dijual!
Namun, sudah tentu ia tetap menjadi pilihan di kalangan syarikat besar sekalipun kerana bayaran yang murah!
Nampaknya, selepas mendengar laporan yang seperti yang disiarkan menerusi Pop Sugar ini, anda masih yakin dengan produk sheet mask dari Korea? - CARI