Semalam masa tengah kerja, member ofis tanya aku soalan ni, "Kenapa awek suka pegi tandas ramai-ramai?" Aku tau tapi rasa susah nak explain. So aku coretkan semua dalam ni jela ehhh.
Ada banyak sebab sebenarnya kenapa sesetengah pompuan suka pegi toilet in groups. Antaranya...
1. Saja nak buang masa.
Toilet lelaki senang. Pompuan pulak leceh, ada bilik2 tertutup. Kalau toilet penuh, kena lah beratur panjang. Tak nak bosan, masuk lah ramai-ramai. Sambil beratur tu boleh sembang! Nak menunggu sorang2 memang tak lah.
2. Rambut dan makeup.
Pergi tandas ramai-ramai ni fungsi dia boleh touch up mekap, boleh betul rambut/tudung. Lepas tu member boleh tengok cantik ke tak. Pendapat siapa lagi kita nak gunakan selain kawan sejenis, betul tak? Kalau tanya pakwe, memang pakwe cakap cantik je.
3. Masa untuk berborak lebih 'private'.
Ada sesetengah hal korang boleh borak dgn member pompuan dan lelaki. Tapi ada jugak topik yg tak sesuai. Jadi bila sorang nak ke toilet, kawan-kawan ni tadi akan ikut supaya dorang boleh borak dgn lebih mendalam lagi kat tandas tu. Girl talk. Guys mana faham.
4. Topik lelaki bualkan ni boring.
Bila keluar ramai2 tu, boleh kata majoriti pompuan akan ikut member dia pi tandas sebab tak nak duduk semeja dgn lelaki lain2 dan dgr perkara yg dorang borakkan. Kadang2 kekok jugak bila da semeja dgn lelaki tp xde benda nak cakap.
zaman skolah je g ramai2 ni.. g berdua tu ok lagi tu pn kalo kat certain toilet. kalo g reramai buat semak je dlm toilet tu. nak2 lagi klu toilet kecik. bersesak berlanggar bontot xabis..