CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4475|Reply: 45

[Jenayah] Polis rompak kafe siber

[Copy link]
Post time 16-9-2016 10:35 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis ditangkap selepas disyaki merompak sebuah kafe siber di Jalan Radin Anum 1, Sri Petaling di sini, pagi tadi.

Suspek berusia 55 tahun dilaporkan masuk ke kafe siber itu kira-kira jam 7 pagi sebelum melarikan wang tunai RM2,000 selepas mengugut penjaga premis terbabit dengan mengacukan pistol.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman, berkata selepas disamun, penjaga premis terbabit menghubungi rakannya dan cuba mengejar suspek.

"Ketika sedang melarikan diri berhampiran sebuah restoran mamak di situ, suspek menyedari ada orang mengejarnya dan bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.

"Bagaimanapun tembakan itu tersasar dan hanya terkena sedikit di dada kanan mangsa menyebabkan mangsa yang berusia 31 tahun cedera ringan," katanya di sini, hari ini.

Sharul berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian rompakan itu berjaya menangkap suspek di Jalan Radin Tengah, tidak jauh dari lokasi dia melepaskan tembakan.

"Kita menemui semula wang RM2,000 yang dipercayai disamun dan semakan mendapati suspek adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

"Kita turut merampas sepucuk pistol jenis Sig Sauer bersama satu kelopak peluru dan kita percaya senjata itu adalah milik pihak polis yang digunakan suspek ketika bertugas," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 397 kanun sama atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.
Bangsa: Cina

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek berusia 55 tahun..biar betiq...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan. Gaji x cukup ke? Atau ada hutang ahlong?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
55 takat 2k ,pakcik bawa keluar kwsp jee laa, takda mendapat begini
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
jengkoil replied at 16-9-2016 10:38 PM
Suspek berusia 55 tahun..biar betiq...

tu lah, tgok cam muda jerr,, pastu pngkat lans kperal plk tu klu umur 55 tp pngkat lk jer, mgkin agk ksempitan disitu. tp ksian pkcit, sia2 brkhidmt puluh taun akhirnya xdpt pencen
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 10:49 PM | Show all posts
aku terbayang lepas rompak tu dia jalan lenggang kangkung jah relax2 sekitar sri petaling tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian kau pakcik,gaji polis tak cukup makan..
Mesti hidup kau stress gila...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
betul ke umur dia..nmpk muda je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 11:13 PM | Show all posts
bangsa : cina..

tu je yg penting

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mmm jika trbukti bersalah,abis la pencen n kemudahan gomen yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak hutang ka? Gila punya polis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 11:17 PM | Show all posts

bnyak plak duit cyber cafe pagi2, ade rm2,000
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 11:21 PM | Show all posts
golongan yang tak menjadi....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 11:35 PM | Show all posts
Tak payah censor la mata apek tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 11:37 PM | Show all posts
kornea replied at 16-9-2016 11:35 PM
Tak payah censor la mata apek tu

fuyooo..dah habis garang la konon komen cam ni ni....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2016 11:52 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 16-9-2016 11:17 PM
bnyak plak duit cyber cafe pagi2, ade rm2,000

Ada lagi ke cyber cafe zaman sekarang? rata-rata kedai mesin saja. PBT tutup mata?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2016 12:01 AM | Show all posts
lavadompet replied at 16-9-2016 11:37 PM
fuyooo..dah habis garang la konon komen cam ni ni....

Apa ko meroyan ni bongok
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 12:11 AM | Show all posts
kann..nampak mcm muda je berdasarkan gambar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
bad cop

asp hari tu pasal dadah dan senjata api kalau x silap.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.090304 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list