CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13313|Reply: 57

Adakah Anda Pengidap Sakit Mental, Periksa Segera Jika Ada Gejala Ini

[Copy link]
Post time 19-9-2016 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Kredit foto - medscape.com







Penyakit mental, gangguan mental, penyakit jiwa, atau gangguan jiwa, adalah gangguan yang mengenai satu atau lebih fungsi mental . Penyakit mental kini semakin dianggap sebagai penyakit serius kerana telah menjadi antara penyakit berbahaya yang melanda penduduk Malaysia.


Memetik laporan FreeMalaysiaToday, penyakit mental dijangka menjadi penyakit kedua tertinggi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020, kata Ketua Jabatan Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah di sini, Dr Ruzita Jamaluddin.


Beliau berkata laporan statistik mengenai penyakit itu sangat membimbangkan yang pada tahun 2008, kira-kira 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital kerajaan.





“Malah jumlah itu terus meningkat di mana sebanyak 2,000 kes baharu schizophrenia dilaporkan setiap tahun. Lebih membimbangkan apabila jumlah ini berkemungkinan tidak menggambarkan bilangan sebenar.


“Masalah ini bertambah rumit apabila kurangnya pengetahuan berkaitan bahaya penyakit ini dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak mendapatkan sebarang rawatan atau hanya merawat secara tradisional,”.


"Masalah kemurungan dipercayai menjadi punca utama kepada penyakit mental di mana akhir-akhir ini akhbar tempatan kerap melaporkan banyak kes bunuh diri, terjun bangunan, mencederakan diri atau orang lain"


“Kemurungan kronik yang antaranya disebabkan oleh tekanan hidup boleh menyebabkan pesakit mengalami halusinasi dan keinginan untuk mencederakan atau membunuh diri, sekiranya tidak dirawat segera,” katanya lagi.


Apakah punca penyakit jiwa?
Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa atau mental ini. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara sebabnya adalah :


Fizikal.
Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita akibat dari tekanan.


Keturunan.
Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.





Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa atau mental ini dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat. Secara umumnya ianya boleh dibahagikan kepada tiga :






1. Kegelisahan (Neurosis).
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain. Seringkali berlaku akibat dari tekanan kehidupan dan persekitaran. Rasa rendah diri, hilangnya harga diri dan sentiasa gagal.





2. Kepiluan (Depression).
Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi). Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.





3. Psikosis.
Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.




Jika anda mempunyai tanda-tanda atau gejala seperti diatas secara kerap, segeralah ke klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat dari doktor. Cegah sebelum terlambat! - CARI





Sumber - relaksminda.com/ Freemalaysiatoday


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikutkan..SEMUA org ada tanda2 atau gejala sakit mental ni..cuma it comes and go..ada yg severe..ada yg mild..jgn nafikan la..SETIAP org akan ada perasaan nak bunuh diri..atau rasa putus asa utk hidup lg..at one phase or stage of their live..itu pun da tanda sakit mental da..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 09:40 PM | Show all posts
antara faktor lain penyumbang kpd penyakit mental termasuk pendedahan dgn bahan2 tertentu dgn jangkamasa yg terlalu lama dan terus menerus semasa mengandung contohnya asap rokok, asap kenderaan, jerebu, arak, etc, dan anak yg lahir akan mengalami kecacatan mental ataupun fizikal atau kedua2 sekali contohnya mcm autism, skizoprenia, asperger, dan tak kurang jgk neurological problem atau mental retardation. termasuk sekali ibu2 yg mengandung selalu stress2, bila anak tu dah lahir pembentukkan atau tumbesaran otak anak akan jd tak betul, hormon cortisol (hormon stress) ibu akan beri efek negatif pd pembentukkan otak anak ms dlm perut.
Nutritional defiency masa mengandung jgk boleh beri kesan negatif pd pembentukkan otak anak masa mengandung, mcm2 penyakit boleh terjadi kalau nutrisi xcukup ni contohnya anak dilahirkan mgkin bakal penghidap penyakit ADHD (attention deficit hyperactivity disorder)  seterusnya menyebabkan penykit2 mental tertentu pd anak contoh mcm depression dan anxiety, skizoprenia dll.

So faktor utama utk dpt anak yg bijak dan takde masalah mental adalah ketika mengandung, sbb masa mengandung itulah yg mebentuk otak bayi dan pembentukkan itu akan kekal selepas dilahirkan...

Tp klu masih benda2 negatif mcm ni terjadi wlupun kita da berusaha, itu bemakna puncanya datang daripada genetik atau penyakit keturunan yg mmg agak susah utk aku ulas...


so aku kt sini prihatin SEKADAR memberi nasihat dan mengingatkan pd semua rakyat malaysia dan yg membaca komen aku ni supaya jagalah kesihatan selalu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 09:58 PM | Show all posts
Anak yg dilahirkan dripada ibu yg sihat dan gembira akan besar kemungkinan membesar dgn berjaya. walau hidup mereka dlm environment tak sihat, merka TETAP dpt kawal diri sbb pembentukkan otak yg sempunra masa mengandung menghalang sbrg penyakit2 mental dipada menyerang diri.

Senaman mcm jogging ringan dan meditasi yoga yg khas utk ibu2 mengandung boleh menurunkan hormon kortisol atau hormon stress ibu dgn mendadak dan bagus utk pembentukkan otak bayi yg sihat ms mengandung...

Makan byk vitamin C supaya ibu mengandung dpt menyerap iron dgn lebih berkesan bagus utk perkembangan dan pembentukkan otak anak lps lahir dpt menghalang penyakit2 mental tertentu dripd brlaku.

Supplement2 utk mengimbangkan nutritional defiency pn ade jual kt farmasi2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:04 PM | Show all posts
ade ke perkhidmatan percume utk nak dpt kepastian kite ni ade sakit mental ke x?
semua kena ade duit rasanye walaupun nak check ade sakit mental ke x.

tp kalau u all yg nak buat blood test percume bleh gi klinik kesihatan 1 msia
manja ade appointment ujung bulan ni. tp utk check sugar, kidney and cholesterol tu je..
tp tu pun nak kena ade duit..nak gi sana bukan free..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:12 PM | Show all posts
manjalara_01 replied at 19-9-2016 10:04 PM
ade ke perkhidmatan percume utk nak dpt kepastian kite ni ade sakit mental ke x?
semua kena ade dui ...


rasanya manja boleh buat appointment jumpa doktor2 pakar contoh pakai psikiatri, psikologi atau jgk pakar pediatric di hospital2 besar, mmg akan ada pakar2 ni semua, boleh mintak buat blood test khas utk check genetik keturunan ape semua.

aku cadangkan doktor pakar sbb walaupun bayarannya agak mahal tp hasilnya mmg memuaskan sekali dgn nasihat2 dripd doktor2 pakar tu...

buat appointment dgn doktor2 pakar bila2 pon boleh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni susah nak tidur, takut jumpa orang, cakap dengan orang pun berpeluh-peluh, tergagap. Kenkadang je la. Adakah ini tanda sakit mental jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:47 PM | Show all posts
Airabelle replied at 19-9-2016 10:37 PM
Aku ni susah nak tidur, takut jumpa orang, cakap dengan orang pun berpeluh-peluh, tergagap. Kenkadan ...


berdasarkan tanda2 ni mcm ada kaitan dgn social anxiety, tapi boleh jadi benda lain so utk dptkan kepastian yg tepat jumpalah doktor pakar dan dapatkan nasihat... dlm artikel ni pn boleh tahu itu mcm tanda2 neurosis...

Cuba praktis deep breathing setiap kali nk jumpa orang ramai. deep breathing dpt perlahankan degupan jantung, dan buatkan otak jd lebih rileks. so bila degupan jantung dan otak lebih rileks, setiap kali kite nk berinteraksi dgn org ramai otomatik akan hilang rasa gugup dan gagap, terus jd fasih dan lancar. deep breathing mesti dilakukan sebelum dan semasa berinteraksi...

kalau xmnjdi jgk mngkin tekniknya xbrp betul atau dptkn je la nasihat mana2 doktor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
westaste1 replied at 19-9-2016 10:47 PM
berdasarkan tanda2 ni mcm ada kaitan dgn social anxiety, tapi boleh jadi benda lain so utk dptka ...

Terima kasih. Nanti nak cuba buat la.. nak jumpa pakar tu la tak tahu kat mana, bila & berapa bayaran. Kat hospital biasa ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 11:00 PM | Show all posts
Edited by westaste1 at 19-9-2016 11:08 PM
Airabelle replied at 19-9-2016 10:51 PM
Terima kasih. Nanti nak cuba buat la.. nak jumpa pakar tu la tak tahu kat mana, bila & berapa baya ...

kena hospital2 besar jgk yg mmg khas utk doktor2 pakar... atau boleh rujuk pd mana2 klinik swasta lebih friendly then doktor kt situ boleh bantu refer ke doktor pakar dan kt situ nti kita boleh dpt no telipon, dan jenis2 doktor pakar yg sesuai, atau pergi je kat mana2 hospital besar then tanya kt mana2 kaunter berkaitan masala kita then mereka akan gitau jenis2 doktor pakar yg sesuai dgn masalah kita, dan jadual waktu doktor tersebut bertugas...
bayaran biasanya lps siap appointment dan kat situ mereka akan tentukan bayarannya.. paling murah rm 80 to 250 kalo nk siap blood test and result...


tp kalau masalah2 kecik xpyh la sampai jmpa doktor pakar...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 11:04 PM | Show all posts
xsilap aku hospital pantai ada doktor2 pakar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 11:09 PM | Show all posts
westaste1 replied at 19-9-2016 10:12 PM
rasanya manja boleh buat appointment jumpa doktor2 pakar contoh pakai psikiatri, psikologi atau  ...

huhuhuh...mmg kalau i ni byk duit esok pun bleh jumpe
tp i pernah jumpe doktor pakar perut, skali je jumpe rm300+ so..huhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Depress tu bukan asal stress ke kira depress.Dia ada jangka waktu dan ciri2 lain,silalah berjumpa dengan yang pakar .Tak susah pun,pergi je klinik atau dah tahap psychosis tu pergi emergency hospital gov,nanti dia refer lada psikiatris.Klinik ulangan pakar Rm5 je gov , kalau kau warded, kerajaan malaysia berikan rawatan percuma untuk mental condition,fyi ubat psikiatris pun bukan murah,pergi je lah goverment dah kerajaan tanggung.Pakar pun ramai juga di hospital besar,kalau rasa2 dah red flags sila lah laju2 ke  emergency itu.

Psychosis tu dia ada beza antara kita bercakap dengan diri sendiri atau rasa rasa macam imaginary friends,dia dah tahap kau dah percaya kau pilot boleh bawak kapal terbang pun dalam otak gituuu...

Depression tu bukan sekadar stress,siap dengan episode insomnia kadang kala.Ataupun kau mmg takkan bangun dari katil,ada yang siap ada anxiety all in.Kalau dah suicidal thought tu dah siap dengan planning cantik,itu namanya red flags ya.. laju laju berlari ke emergency yoo
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:35 AM | Show all posts
HazeLJoseph replied at 20-9-2016 12:06 AM
Depress tu bukan asal stress ke kira depress.Dia ada jangka waktu dan ciri2 lain,silalah berjumpa de ...


betul tu... depression yg datang dlm ciri2 lain salah satunye Bipolar Disorder. Bipolar Disorder 1 paling bahaya berbanding 2 sbb ia bkn sekadar melibatkan depresi tp jgk psikosis... tu mmg dah mental tahap nazak klu ade psikosis setiap saat menggelupur... sbb klu da tahap psikosis slalunya dtg sekali insomnia, adhd, anxiety, mood swing dll...  skizoprenia pn ade psikosis...

aku mmg betul2 berharap sepaya generasi kita dan semua rakyat malaysia akan dtg hidup lbih sihat...

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 12:45 AM | Show all posts
Edited by westaste1 at 20-9-2016 12:49 AM

bkn kita tak biasa dgr, mmg dah biasa sgt berita2 kt suratkabar ngan tv tentang org kurang siuman terdengar bisikan2 kat telinga supaya bunuh sembelih seluruh ahli keluarga atau kawan sendiri, atau ckp sorang2 sambil jalan2 kat tempat sunyi dlm keadaan yg xterurus baju koyak kotor semua, tu semua tanda2 psikosis..  penyalahgunaan dadah pn boleh menyebabkan psikosis...

mntk dijauhkan la semua ni
org2 yg belum ade kesedaran psl benda2 mcm ni pulak biasanya akan kata berita2 mcm tu merepek, khurafat dan tahyul sedangkan benda2 mcm tu xde kaitan pn dgn benda2 ghaib tp lbih kpd masalah psikologi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 19-9-2016 09:21 PM
Kalau ikutkan..SEMUA org ada tanda2 atau gejala sakit mental ni..cuma it comes and go..ada yg severe ...

Uik   xpnh selama hidup aku 37 thn terpk nak bunuh diri..
So far aku ni xdak la alim tp kalau aku serabut aku baca quran...so slalunya akan tenang balik n akan nampak penyelesaian pd masalah aku..yg penting back to iman kita
Bunuh diri...dahla tiket pi neraka secara express...pastu sian kat org2 yg sayang kita...uik nauzubillah...Insya Allah xkan terpikir...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2016 12:01 PM | Show all posts
penyakit yang mana setakat ni member2 aku jumpa psikologis lepas tu diberi ubat anti depression kot dan badan macam dipam2 sebab selera makan bertambah... tambah stress, tambah ubat, tambah sakit lain...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bahaya penyakit mental ni..teringat cite its ok its love ke ape tajukdia..watak utama seorg yg schizo..dia xsedar yg dia bercakap dan buat sesuatu dgn org yg xwujud..terasa diri ni kat tempat dia time tgk cite tu..mengerikan kalo kita ni ada mental illness.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:43 AM | Show all posts
sedikit info ye. kalau kita ada rasa perkara di atas sila pergi klinik kerajaan ( byr singgit je ni)  dan jumpa Pegawai Perubatan  kesihatan(Doktor) . ceritakan masalah/rasa/perasaan  yang dihadapi. Slalunya jika masalah ringan 1step dia akan buat surat refer ke Kaunselor/psikologi yg ada di setiap Hospital2 kerajaan untuk rawatan dan mengenali punca masalah yang dihadapi.
akan diulangi rawatan sehingga ok. kalau tak ok atau masih dlm keadaan yang sama  akan refer pula ke psikitrik. ini step dia.
duit bleh dicari. tapi kalau ada masalah mcm ni. mohon refer dengan segera.
org disekeliling pun memainkan peranan. jgn abaikan kawan2 yang mengalami depression. jgn abaikan atau buat tak tahu atau malas nak layan.. selalu la berckp dan tanya kabar serta bg nasihat. nasihat tu biarlah nasihat yg baik dan menuju kebaikan.  nasihat ke arah menambah keimanan dekatkan diri dengan tuhan .


nak cerita 1 kisah yg berlaku.

ada seorg rakan sekerja (ditempat lain) . mengalami depression di tahap awal. tapi takde siapa rakan kerja tahu dan bertanya khabar dia ni... cuma org sekeliling perasan yg dia tak bergaul dengan rakan sekerja  utk bbrapa minggu ni. dlm 2 minggu mcm tu.
pada 1 hri gempar 1 bangunan ada seorang wanita terjun bangunan dari tingkat 11!!  mati serta merta. bila di siasat sebnarnya dia ni mengalami tekanan akibat suami yang curang.
pada hari yg sama sebelum dia terjun bangunan dia tanggal semua brg kemas dia. dan terjun mengikut tingkap toilet. takde siapa pun perasan yg dia tanggalkan brg kemas,  keadaan dan sikap dia hari tu... (sbb tu saya katakan org sekeliling sgt penting utk perhatikan sikap dia. dan bg tahu kat dia sikap dia tu supaya dia sedar. sbb diorang tak sedar ape yang meraka buat/lakukan. mereka tak sedar yang mereka lain dr yg dulu, tak campur org. dorang tak sedar semua ni)

itulah kisahnya. maaflah kalau tak paham. mmg tak terer bab cerita. sbb saya bukan pencerita tapi saya seorang pendengar,


sekian .
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
HazeLJoseph replied at 20-9-2016 12:06 AM
Depress tu bukan asal stress ke kira depress.Dia ada jangka waktu dan ciri2 lain,silalah berjumpa de ...

Errrr. Aku pernah ada suicidal thoughts. Dulu la. Now kalau depress nangis sensorang & tak boleh tido malam. Nak jumpa doktor, parents rasa aku ni macam ok lagi. Nak gi sendiri, tak reti drive. mahu kena rm50 kalau naik teksi nak gi spital.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.102279 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list