CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1218|Reply: 0

DIY Bunga Chandelier

[Copy link]
Post time 20-9-2016 02:23 PM | Show all posts |Read mode

Bunga chandelier adalah idea hiasan cantik untuk majlis perkahwinan hari ini. Jika bunga chandelier adalah pilihan untuk perkahwinan anda, ia akan menjanjikan kecantikkan di siling dan juga membantu ruang kelihatan lebih besar dan lebih cantik. Maka, untuk topik hari ini anda akan mempelajari bagaimana untuk membuat dengan sendiri bunga chandelier.

Barang yang perlu ada:
  • Bunga plastik.
  • Tapak dawai chandelier.
  • Gunting bunga.
  • Tape bunga.
  • Tali.

Cara-caranya:
  • Mulakan dengan memotong dan asingkan daun dan bunga plastik. Ini kerana, daun anda akan dijadikan sebagai asas kepada bunga chandelier ini.
  • Seterusnya, dengan mengisi daun-daun anda disekeliling tapak dawai chandelier sehingga penuh dengan menggunakan tape bunga.
  • Anda juga boleh menambah beberapa 'heather bush' untuk mewujudkan hiasan tergantung.
  • Kemudian, tambahkan dengan hiasan bunga plastik dengan menggunakan tape bunga.
  • Selain itu, anda juga boleh manambahkan bunga chandelier anda dengan menggunakan jaluran kristal untuk menampakkan lagi seri bunga chandelier anda.
  • Selepas selesai hiasan daun dan bunga plastik, anda perlu gantungkan bunga chandelier anda dengan menggunakan tali dalam bentuk segi tiga supaya bunga chandelier anda di gantung dengan rata.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 1.277655 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list