View: 2177|Reply: 17
|
3 Manfaat Menguyah Gula-Gula Getah Untuk Kesihatan
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Mengunyah gula-gula getah atau chewing gum pasti mengasyikkan dan mampu mengisi masa terluang dikala kebosanan.
Selain itu, mengunyah chewing gum juga dipercayai menaikkan keyakinan diri dan boleh mengurangkan rasa gelisah. Tidak hairanlah ada yang mengaitkan mengunyah chewing gum merupakan salah satu budaya penduduk Amerika.
Menurut sebuah kajian kesihatan pada tahun 2015, mengunyah chewing gum dikatakan berbahaya untuk kesihatan gusi.
Namun kajian yang dipetik dari medicaldaily.com menyatakan terdapat 3 manfaat dari mengunyah chewing gum, antaranya adalah :
Kesihatan gigi
Ketika anda mengunyah gula-gula getah, aliran air liur dalam mulut akan mula meningkat. Kajian kesihatan telah menunjukkan bahawa mengunyah gula-gula getah tanpa gula selama 20 minit akan membantu mencegah kerosakan gigi. Namun hal ini bukan bererti bahawa mengunyah gula-gula getah, anda tak perlu gosok gigi.
Kesihatan mental
Tak banyak yang tahu bahwa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan kesihatan otak. Faktanya, ketika anda mengunyah gula-gula getah, maka tahap kewaspadaan anda akan bertambah serta proses penyampaian informasi dan mencerna informasi akan lebih cepat.
Kesihatan pencernaan
Dalam upaya meningkatkan kesihatan pencernaan, cubalah untuk mengunyah gula-gula getah yang mengandungi xylitol sebelum atau sesudah makan sebab dengan mengunyah gula-gula getah, pengeluaran air liur akan meningkat dan menambah jumlah asam dalam perut sehingga membuat makanan lebih mudah dicerna.
Jadi, kunyahlah gula-gula getah selalu dan kalau boleh cari yang kurang kandungan gula. Tapi, lepas makan jangan buang merata-rata pula. - CARI
Sumber - merdeka.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|