DIY bunga pergola ini boleh di inspirasikan untuk membuat pelamin anda. Walaupun ia nampak mustahil dengan membuat sendiri, tetapi sebenarnya ia agak mudah. Maka, jom kita lihat bagaimana untuk membuatnya.
Barang yang perlu ada: - 4 set kayu tirai.
- 4 set kain langsir.
- Reben.
- Bunga.
- Daun-daun.
- Tangga.
- Gunting.
- Wayar pengikat.
Cara-caranya: - Pasangkan kayu tirai anda di pergola.
- Kemudian, pasangkan langsir anda di kayu tirai. Pastikan anda mengikat dengan wayar pengikat untuk mengukuhkan kedudukan langsir.
- Ikat tengah-tengah langsir anda dengan reben untuk membentuk dan mengemaskan langsir anda.
- Mengumpulkan bunga anda, dan ikatkan bunga anda dengan wayar pengikat untuk dihiaskan di pergola anda.
- Kemudian, anda boleh mula dengan menghias bunga dan daun-daun anda di sekitar pergola. Jika struktur pergola anda tidak membenarkan perhiasan yang banyak, anda boleh menghiasnya hanya di bahagian hadapan struktur.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.
|