CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12931|Reply: 47

Hanya kuih chang buatan Cina Muslim halal di makan

[Copy link]
Post time 3-10-2016 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Bergelar Muslim sejak empat tahun lalu langsung tidak menghakis identiti Marzuki Phang, 39, dan kini dia cuba mempopularkan makanan masyarakatnya dengan memasarkan kuih chang halal kepada orang ramai.

Marzuki berazam mahu menjadikan kuih berkenaan sebagai makanan orang Malaysia sama seperti mi wantan yang digemari ramai.

Berkaitan kuih chang, Marzuki berkata, ia boleh dianggap sama seperti ketupat daun palas yang popular dalam kalangan orang Melayu, cuma bezanya ialah daripada aspek pembungkusan, saiz, resipi dan bahan asalnya.

Menurut Marzuki, kuih chang agak asing dalam kalangan orang Melayu berikutan makanan dihasilkan daripada beras pulut itu biasanya menggunakan inti diperbuat daripada bahan tidak halal.

“Saya belajar cara menghasilkan kuih chang daripada kenalan selama empat bulan dan bersyukur kerana usaha ini berhasil. Saya mula memasarkan kuih chang halal ke seluruh negeri ini sejak Jun lalu.

“Pada awalnya, jualan tidak begitu memberangsangkan kerana kurang popular dalam kalangan masyarakat Melayu, malah ada yang was-was untuk memakannya kerana risau ia dihasilkan menggunakan bahan tidak halal.

“Namun selepas diberi penjelasan mengenai intinya dan memaklumkan saya juga seorang Muslim, jumlah pelanggan meningkat. Ia saya anggap sebagai rezeki Allah SWT selepas berhenti kerja di sebuah syarikat pembekal minuman ringan,” katanya ketika ditemui di Taman Pandan Mawar, di sini, kelmarin.

Menurut Marzuki, berikutan masih baru, dia mempromosikan kuih itu menerusi laman sosial Facebook (FB) dan melakukan penghantaran dari rumah ke rumah ke semua daerah di negeri ini termasuk hingga ke Jasin.

Katanya, setiap bungkus kuih chang dijual pada harga RM5 dan setiap hari, dia menerima antara 20 hingga 30 tempahan daripada pelanggan tetap termasuk masyarakat Melayu.

“Banyak dugaan yang saya tempuhi dalam perniagaan terutama mahu meyakinkan serta mengubah persepsi pelanggan. Saya berazam mahu jadikan kuih chang sebagai makanan orang Malaysia.

“Ketika ini, kuih chang dipasarkan menggunakan inti ayam dengan campuran cendawan. Saya bercadang mempelbagaikan lagi inti termasuk menggunakan kacang merah dan rendang. Selain mencari rezeki halal, ini cara saya memperkenalkan makanan masyarakat Tionghua kepada orang ramai,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2016 03:09 PM | Show all posts
kecur air liur meols tiap kali nampak kuih chang nih bergentayangan kat pasar malam cina
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2016 03:24 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mknan cina byk yg sdp tp tu lh diowang tk blh lari dr gunakn bahan2 dari cik bab..laksa n kuah kari pun diowang mskkn bnde tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa buat kuih chang ni utk hari raya .
masalah nya cuma nak dapatkan daun buluh kering yg saiz besar dr kedai.5 spice tu semua boleh beli je. masak sendri pasti halal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
atekome replied at 3-10-2016 03:27 PM
Mknan cina byk yg sdp tp tu lh diowang tk blh lari dr gunakn bahan2 dari cik bab..laksa n kuah kari  ...

Kawan i pergi T.Intan dia kata dah pernah beli laksa cina....multiracial gitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2016 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 3-10-2016 03:42 PM
Kawan i pergi T.Intan dia kata dah pernah beli laksa cina....multiracial gitu.

Tu la..dlu aku igt laksa n kuah kari pun tkde letak bnde alah tu..skali mmbe cina gtaw..kuah kari diowang letak darah bab..trus aku turn down..laksa pun sma..de gak bhn tuh..tp tk blh gak salahkn cina kn..dh mkanan diowang..yg aku gatai nk bli dh knaper??? Hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 04:04 PM | Show all posts
owh ..
sini ramai ja melayu reti buat kuih chang ni
inti kacang merah
inti kacang dan isi ayam
daun pun berlambak orang jual

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2016 04:09 PM | Show all posts
my feverete ....
paling suker isi masak kicap
nyumphhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuih chang abam marzuki.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bangkem beli, mesti terbeli yang rasa masam2 basi.. memang rasanya camtu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 05:35 PM | Show all posts
kemaruk replied at 3-10-2016 05:30 PM
Kalau bangkem beli, mesti terbeli yang rasa masam2 basi.. memang rasanya camtu ke?

tak.. yg ko beli tu memang dah basi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Darien_Fawkes replied at 3-10-2016 05:35 PM
tak.. yg ko beli tu memang dah basi

Hahahhaha..yang ni win
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah bes boleh beli nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dakewa replied at 3-10-2016 04:42 PM
Kuih chang abam marzuki.

Motip berwarna biru?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by spiderman80 at 3-10-2016 05:54 PM

Sejujurnya, Spidey lebih suka makan masakan yang menjadi simbolik sesuatu kaum disajikan oleh mereka sendiri. Kalau kaum A masak masakan kaum B, mesti tak kena pada tekak sebab ia dah lari dari keasliannya.
Contohnya, Spidey pernah makan nasi ayam, hot plate noodles, leng zhi kang, kuew teow goreng dll masakan tradisi Cina dijual oleh peniaga Melayu, sumpah semua rasa dan kesedapan sebenar dah lari.
Same thing goes to peniaga Cina yang menjual juadah Melayu seperti nasi lemak, rendang, ayam masak merah, sambal belacan dan kuih-muih Melayu, Spidey mesti tak suka sebab so far, mereka ni tak dapat menghasilkan keaslian hidangan sebenar yang dimasak oleh orang Melayu.
So, Chang ni sama jer dengan kes yang Spidey nak bawakan di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2016 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 3-10-2016 05:52 PM
Sejujurnya, Spidey lebih suka makan masakan yang menjadi simbolik sesuatu kaum disajikan oleh mereka ...

Maknanya hoplate sizzling tu kalau cina masak lagi sedap ke spidey? Apa bende diorg tarok kasi sedap..biasa makan kt futkot sizzling certain tmpt je malay buat sedap yg lain2 semua kelaut..camtu jgak cina masak masakan melayu..definately diorg takle masak ikut taknik dan ori resepi org melayu..rasa sure rupa dan rasa kelaut jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 07:53 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-10-2016 04:04 PM
owh ..
sini ramai ja melayu reti buat kuih chang ni
inti kacang merah

Kat Kota Kinabalu pun ramai je yg jual chang ni. Halal je. Mgkn kat Sememanjung tak ramai org Melayu yg reti buat benda ni. Aku setiap kali balik KK, acara visit pasar besar KK beli kuih chang ni dah jd acara wajib. Psl kat KL blm lg jumpa yg halal.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 08:22 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 3-10-2016 05:52 PM
Sejujurnya, Spidey lebih suka makan masakan yang menjadi simbolik sesuatu kaum disajikan oleh mereka ...

tapi abam marzuki tu memang cainis. So kena la dengan tekak spidey khennn..
BTW, thread ni isu semasa ke? Lebih sesuai letak kat bod makan2 tu..entah apa benda tah nama bod tu. Tak ingat pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 3-10-2016 05:52 PM
Sejujurnya, Spidey lebih suka makan masakan yang menjadi simbolik sesuatu kaum disajikan oleh mereka ...

tapi kat tempat I cina buat nasi lemak sedap juga walaupun rasa xsama dengan nasi lemak melayu. dua2 buat pun aku suka. char koey teow kat tempat i ada melayu buat car kuey teow basah, walaupun xsama dengan yg cina buat tapi sedap, aku tengok cina kat tempat aku steady aje layan koey teow basah. so, walaupun rasa xsama tetapi ada keunikan tersendiri dalam masakan masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list