|
Jika semalam kita digemparkan dengan berita First City University College, Bandar Utama, menerima panggilan ancaman bom, hari ini kita dikejutkan pula apabila sebuah hotel bertaraf empat bintang di Georgetown menerima panggilan bom palsu.
Kejadian berlaku apabila hotel itu menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mendakwa dirinya anggota Daesh dan meletakkan bom di hotel terbabit.
Sumber foto: Berita Harian
Berita Harian memetik Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata tiada sebarang objek mencurigakan dikenal pasti selepas sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom memeriksa lokasi kejadian.
"olis percaya panggilan yang diterima itu adalah palsu dan akan menjalankan siasatan," katanya.
Polis, kelmarin berjaya menahan 16 individu disyaki terbabit dengan kumpulan militan Daesh yang terdiri daripada sel `Gagak Hitam’. - CARI |
|