CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2992|Reply: 6

Payudara Kendur, Eeee Malunya! Ini Cara Atasinya Tanpa Keluarkan Banyak Modal

[Copy link]
Post time 14-10-2016 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Pinterest


Satu perkara yang memalukan bagi wanita jika buah dada yang menjadi aset teramat penting itu menjadi kendur. Mesti sedih dan susah hati kalau perkara ini berlaku pada anda kan?


Sangat merungsingkan hati terutama kepada wanita yang umurnya semakin meningkat, silap-silap ada yang berasa rendah diri dan malu untuk bersama dengan pasangan.


Sebagai langkah pencegahan awal supaya buah dada anda kekal bentuknya seperti anak dara sunti, ikuti tips di bawah:

1. Jaga Berat Badan
Badan wanita memang senang naik berat badan, jadi jagalah pemakan kita supaya ianya sihat dan seimbang. Lagi elok kita turunkan berat badan secara perlahan-lahan daripada secara drastik dan mendadak.


Sumber: womenfitness.com


2. Lebihkan Pengambilan Vitamin C
Makanan dan minuman yang mengandungi vitamin C yang tinggi amat baik untuk menganjalkan payudara wanita. Mulai sekarang bolehlah mula minum jus oren kerana bukan sahaja sihat malah berkhasiat. Boleh juga ambil tablet dan pil Vitamin C tapi disarankan rujuk pada doktor dahulu sebelum mula mengamalkannya.Okay?


3.Jaga Payudara Semasa Berlari
Wanita yang aktif dan sukakan aktiviti lasak dan ekstrem selalu terdedah dengan risiko payudara kendur kerana pergerakan yang banyak. Jadi pastikan anda memakai bra sukan yang berkuali tinggi untuk menjaga kestabilan dan bentuk payudara anda.




Sumber: imperfectlynatural.com



4. Pastikan Pakai Pelindung Matahari
Kalau anda pakai pakaian yang terdedah di bahagian dada, sapukan krim pelindung matahari pada sekitar dada dan kulit payudara anda. Cahaya matahari adalah pembunuh keanjalan kulit payudara dan penyebab kedutan.


5. Pilih Saiz Bra Yang betul
Ukuran rangka tubuh dan saiz payudara berbeza dan akan berubah setiap tahun, jadi jangn biarkan perkara ini menjadi penyebab payudara anda kendur. Pastikan ianya betul muat dan selesa untuk bagi ruang aset penting anda bernafas. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nk buat keje rmh mcm nk gosok baju ke tumbuk sambal,mengemop tu jgn la x pkai bra..blh kendur n melayut jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai padding tebal sikit haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 14-10-2016 01:49 PM
nk buat keje rmh mcm nk gosok baju ke tumbuk sambal,mengemop tu jgn la x pkai bra..blh kendur n mela ...

Yeke      
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat youtube ada share teknik urutan untuk mengembalikan ketegangan payudara. Cubalah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 26-10-2016 03:05 AM
Kat youtube ada share teknik urutan untuk mengembalikan ketegangan payudara. Cubalah.

Hehehe yang ni lah tips paling senang! So boleh ikut teknik urut tuuu. Thanks!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 26-10-2016 03:05 AM
Kat youtube ada share teknik urutan untuk mengembalikan ketegangan payudara. Cubalah.

Hehehe yang ni yang paling senang. Boleh ikut teknik urutan tu. Thanks!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041840 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list