Tak perlu pergi jauh-jauh hingga ke luar negara, kunjungi sahaja Pulau Sembilan yang terletak di Bagan Datoh, Perak untuk mendapat pengalaman yang cukup berharga.
Pemandangan alam semula jadi di sini setanding dengan pulau-pulau terkenal seluruh dunia yang lain. Paling menarik, pada waktu malam kita dapat melihat 'Blue Tears' atau 'Blue Sands' di mana pantai tersebut seolah-olah bersinar dan mengeluarkan kilauan biru.
Menurut sumber, cahaya biru ini adalah kerana hidupan laut yang dipanggil ‘Phytoplankton’ dan ditambah pula dengan sinaran bulan. Nak ke Pulau Sembilan hanya memakan masa selama setengah jam dari Bagan Datoh dan untuk ke sana, boleh menggunakan khidmat Icestar.
Banyak tempat-tempat penginapan yang menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pengunjung di sini dan yang pasti harganya sangat berpatutan.
Pulau ini mendapat namanya kerana terdapat sembilan lagi pulau-pulau kecil di sekelilingnya, antaranya Pulau Agas, Pulau Batu Timbul, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Batutimbul Rosa Pulau Rumbia, Pulau Saga, Pulau Buluh dan Pulau Lalang. Memang sangat cantik bersih keadaan pantainya.
Disebabkan itu, ia menjadi buah mulut orang ramai baru-baru ini sekarang menjadi salah satu destinasi pilihan utama untuk bercuti. Sesuai bagi mereka yang cintakan suasana pantai dan boleh dijadikan lokasi bulan madu yang hebat.
Signal telefon dan internet di sini agak lemah tapi sebenarnya ia adalah perkara yang baik kerana ia menjanjikan ketenangan sebab tiada siapa pun boleh mengganggu percutian anda.
Sumber: FB Icestar
Makanan laut di sini memang terbaik sebab paling segar, makan pun semua isinya manis. Aktiviti wajib dilakukan di Pulau Sembilan termasuklah berenang sepuas-puasnya di dalam lautan, memancing ikan malah mencandat sotong pun boleh!
Selain itu, boleh juga pergi “island hopping “ dan “snorkeling”, dan sebelah malam pula menyanyi di sekeliling unggun api.-CARI
|