Sudah menjadi tabiat kebanyakan orang akan mengudap makanan ringan di masa lapang terutama ketika menonton televisyen. Pasti 'best' dapat mengunyah sesuatu sambil menikmati rancangan ditoton.
Kalau di Malaysia, kita popular dengan pisang goreng. Tapi, asyik pisang goreng saja, tak mahukah cuba sesuatu yang baru dan berlainan? Yang pasti ianya lebih hebat dan sihat!
Sumber foto: Carian Google
Oleh itu, sebuah restoran di London menyediakan sebuah resepi baharu yang ternyata lebih sihat untuk dicuba dan dinikmati. Mungkin kelihatan pelik, namun restoran itu memperkenalkan avokado goreng, satu makanan baharu untuk dicuba!
Sumber foto: Tavallai | Flickr
Makanan itu adalah suatu alternatif yang lebih sihat kepada cip yang menjadi kegemaran penduduk tempatan di situ. Menurut Lonely Planet, gabungan tekstur lembut buah itu dengan tepung yang rangup membuat kudapan ini terasa sangat unik!
Sumber foto: IG passioncafe
Restoran Sam's Chicken itu akan menambah menu avokado goreng ke dalam menu mereka berserta menu lain yang akan diperbaharui sempena pembukaan semula restoran itu selepas dua tahun ditutup.
Selain itu, nama restoran itu akan turut ditukar kepada Samuel's atau Ministry of Chicken.
Jika anda berkesempatan mengunjungi London, bolehlah singgah sebentar di restoran itu. Jangan risau, anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Tak perlulah sampai ke London semata-mata mahu mencuba avokado goreng itu.
Sebuah video pendek dimuat naik di Instagram oleh @alldeliciouscom yang berkongsi resepi dan cara pembuatan kudapan ini!
Berminat tak untuk mencuba resepi itu? - CARI |