Nyeri apabila melihat gambar seorang murid darjah empat yang kelihatan seperti disiat bibir dan pipi kirinya.
Sumber foto: Harian Metro
Mohd Haziq Mohammad Nazi, 10, menerima lebih 50 jahitan pada wajahnya akibat terjatuh sebelum mengenai tombol pintu dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Taman Kajang Jaya, khamis lalu.
Menurut Harian Metro, pada jam kira-kira 4.30 petang itu, mangsa dikatakan terjatuh ketika sedang bermain dengan rakannya di sebuah dewan di sekolah itu.
Ibu mangsa, Zamila Basir, 34, difahamkan semua murid sekolah itu ke dewan untuk menyempurnakan solat fardhu Asar ketika kejadian berlaku.
Menurut Zamila, anak sulangnya itu memaklumkan dia sedang bermain berdekatan pintu dewan bersama rakannya sebelum ditolak dari belakang.
“Kejadian menyebabkan kaki anak saya tersadung sebelum jatuh mengenai tombol pintu.
“Pihak sekolah menghantar anak saya ke Hospital Kajang dan memaklumkan kejadian kepada saya.
“Haziq menerima lebih 50 jahitan di bahagian luar dan dalam selepas bibir serta pipi terkoyak,” katanya kepada Harian Metro. - CARI |