View: 8469|Reply: 89
|
[Tempatan]
Budak Terjatuh Kereta Ketika Pusingan U, Maut Dirempuh
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dirempuh sebuah kereta selepas dia terjatuh dari kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya di Jalan Lebuh Cemerlang di sini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Azizi berkata, mangsa yang dikenali sebagai Goh Hao Zheng Jayden, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Ketika kejadian pada pukul 8.20 malam Sabtu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang telah terjatuh keluar dari kereta itu selepas pintu penumpang terbuka semasa membuat pusingan U," katanya.
Tambahanya, selepas terjatuh di atas jalan raya, mangsa telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong sama.
"Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan meninggal dunia di sana," jelas beliau.
Jokhiri memberitahu, mangsa didapati meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian.
- mstar -
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu camni kira org blakang yg rempuh tu salah ke cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya pintu dikunci dan ditutp rapat.. bukan ke akan ada simbol pintu warna merah kalau tak ditutp rapat.. bhaya budak2 dok tepi pintu..
dulu anak cikgu aku macam tue juga.. tdo dan bersandar kat pintu, jatuh dan kena lggar meninggal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa citer ni, buat u turn pintu terbukak. Child lock kasi la ke ni warga China menetap di negeri Johor yang serba majujaya |
|
|
|
|
|
|
|
Lemme guess..mak pakai seat belt utk keselamatan diri dia..anak dipangku tak taulah dipeluk ke tidak...tangan anak atau mak capai door handle so pintu terbukak masa buat u turn,,and u turn tu apak buat laju..tercampak lah anak tu.well no sympathy..at best budak tu dah jadi ahli syurga..dna mak pak ni pasrah salahkan takdir...as usual... |
|
|
|
|
|
|
|
"selepas terjatuh di atas jalan raya, mangsa telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong sama."
Masa baca part ni terus kering darah aku..
Menyesal tak sudah masing2..
|
|
|
|
|
|
|
|
"selepas terjatuh di atas jalan raya, mangsa telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong sama."
Masa baca part ni terus kering darah aku..
Menyesal tak sudah masing2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak org yg langgar tu salah..bukan dia yg sebabkan budka tu tercampak keluar..tak sempat break..langgarlah,..jangan pulak mak pak tu nka salahkan org yg langgar anak dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak..
Mangsa / kanak-kanak yang meninggal tu duduk sendirian d tempat penumpang d belakang
pintu tak d tutup dengan betul / tak d kunci
mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang telah terjatuh keluar dari kereta itu selepas pintu penumpang terbuka semasa membuat pusingan U
|
|
|
|
|
|
|
|
biasalaha ujung2 salah elohim...sendiri maksum hokkay. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Menyedihkan. Sepatutnya dapat dielakkan jika parent dia kunci rapat semua pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya baby tu... kalau pintu tak rapat, kan ada bunyi angin |
|
|
|
|
|
|
|
Laju sangat nak u turn. Drift2 bagai ke? Menyesal tak sudah kalau jadi macam ni. Dont speed, wear safety belt, child seat etc etc. Orang nasihat tak nak percaya, dah jadi macam ni memang tak boleh nak cakap apa lah dah. Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh elak jika pakai tempat duduk utk kanak2 tu kan.. tapi benda dah jadi,.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FARRAZOOL at 20-11-2016 06:32 PM
Rip..... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu kalau pintu tak rapat, lampu dalam akan menyala untuk indicate pintu tak tutup dengan sempurna.
|
|
|
|
|
|
|
|
ummah kedekut nak belikan anak child seat..
tak pasal-pasal orang lain pulak tanggung akibat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|