Walaupun penganjur menyenaraikannya sebagai finalis Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), segelintir pihak mempertikaikan keputusan itu selepas dia ditegur 'pancit' dalam segmen persembahan solo. Zarul Umbrella, 43, bagaimanapun tidak berkecil hati dengan perkara itu.
Malah, Zarul mengakui keadaan itu berpunca daripada dirinya sendiri yang terlepas pandang tugasan lagu solo Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat Amdan disebabkan terlalu menumpukan fokus terhadap tugasan lagu duet bersama Marsha Milan.
"Saya mempunyai kelemahan sukar menyanyikan lagu duet. Malah saya disuruh pulang ketika sesi latihan bersama Datuk Ramli MS kerana gagal mencapai tahap dikehendaki. Disebabkan isu berkenaan saya memberikan fokus lebih kepada paduan suara bersama Marsha berjudul Salahkah.
Sumber foto: IG Zarul Umbrella
"Saya mengakui ia silap sendiri dan menyedari komen 'pancit' yang dikatakan Tok Ram (Ramli MS) ketika menyampaikan lagu solo tadi. Namun teguran itu saya sematkan dalam hati sekali gus berjanji memberi sepenuh hati dan tenaga untuk malam finale nanti," katanya kepada BH Online.
Menurut Zarul, dia terima setiap teguran dengan hati terbuka kerana setiap individu berhak memberi pendapat masing-masing.
Baguslah jika Zarul tak cepat melatah apabila diberi komen yang 'pedas'. Semoga dia dapat berikan yang terbaik pada pertandingan akhir GV3 Ahad ini. - CARI |