View: 3315|Reply: 13
|
Bunyi Ketukan Pada Kapal Angkasa Lepas, Makhluk Asing 'Menyapa' Angkasawan
[Copy link]
|
|
Tahun 2003 merupakan tahun bersejarah bagi angkasawan ini di mana dia pertama kali dihantar ke angkasa lepas melalui program angkasa China, mengorbit bumi beberapa kali semasa penerbangan 21 jam.
Bagaimanapun, dia mengalami kejadian pelik apabila sebuah bunyi pelik kedengaran di seluruh ruang kapal angkasa.
Angkasawan China pertama, Yang Liwei mengakui bunyi seperti ketukan itu membuatkan dia berasa resah dan gementar.
Sumber foto: Mail Online
'Cuak' dengan bunyi berkenaan, dia cuba melihat ke angkasa lepas untuk mencari dari mana datangnya bunyi itu, namun gagal menemui sesuatu yang luar biasa.
Liwei menyamakan bunyi itu seperti hentakan tukul pada sesuatu yang diperbuat daripada besi. Malah, bunyi itu kedengaran seperti seseorang sedang mengetuk kapal angkasa berkenaan dengan tukul kayu.
"Ia tidak datang dari luar mahupun dalam kapal angkasa, tetapi kedengaran seperti seseorang mengetuk badan kapal angkasa bagai mengetuk baldi besi dengan tukul kayu," katanya kepada portal Xinhua.
Kesemua mereka yang berada di dalam kapal angkasa Shenzhou 6 and Shenzhou 7 turut mendengar bunyi sama.
Bagaimanapun, bunyi itu tidak lagi kedengaran ketika perjalanan pulang ke bumi.
Liwei kini berusia 51 tahun dan merupakan pegawai utama Tentera Udara China memberitahu media tempatan bahawa bunyi itu menimbulkan pelbagai teori termasuk makhluk asing. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
rakaman bunyi tu ade tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
bunyi beduk nak azan naik ke langit??? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..alien kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada kawan tertinggal kat luar kot
|
|
|
|
|
|
|
|
cicak tokek tu , nk masuk xleh. |
|
|
|
|
|
|
|
hantu kumkum kot?? |
|
|
|
|
|
|
|
I wonder apa bunyi tersebut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada scientific explanation ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin kerajaan langit nak masuk melawat |
|
|
|
|
|
|
|
Jin la tu..kan biasa kalau rumah flat kalau ada jin mesti mlm2 bunyi ketuk2 la..bunyi tumbuk lesung batu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi enjin kot |
|
|
|
|
|
|
|
bunyi hentaman batu2 kt badan kapal tu kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|