|
Malaysia Airlines akan memperkenalkan kempen jualan besar-besaran mulai 1 Januari 2017, yang menawarkan tambang serendah RM99 bagi laluan domestik dan ASEAN.
Memetik laporan Bernama, kempen berkenaan bersempena sambutan tahun baru dan jangkaan penyamaan caj perkhidmatan penumpang (PSC), yang akan menyaksikan pengurangan sebanyak RM35 (AS$8.33) setiap penumpang bagi penumpang ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tambang tersebut termasuk sajian serta elaun bagasi, tiada caj kad kredit, dan bagi tempoh perjalanan mulai 1 Januari 2017, menurut Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di sini.
“Sasaran kami ialah untuk menjadi syarikat penerbangan pilihan bagi perjalanan ke, dari dan sekitar Malaysia dan ASEAN. Susulan semakan PSC ini, kami dapat menarik lebih ramai penumpang dengan tambang yang lebih berdaya saing,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd Peter Bellew.- CARI
sumber foto: www.mynewshub.cc
|
|